Macam mana nak fokus ? Serabut betul.


Banyak saya terima aduan dari kawan-kawan berkaitan fokus. Mereka mengadu blur, keliru, tak tahu nak buat yang mana, nak pilih bisnes apa. Saya sebenarnya sangat faham kerana saya dah beberapa kali alami perkara macam ni. Blur, tak boleh fokus apa. Bila telah melepasi tahap itu, saya akhirnya sedar kenapa saya lalui proses itu. Rupanya saya tak kenali kekurangan dan kelebihan saya di mana. Sahabat, sini saya nak cerita. Saya pernah berhenti berniaga satu brand tudung kerana terlalu berebut-rebut. "Beritahu customer, produk ini cepat habis, kalau habis, tak pasti bila masuk stok lagi." kata HQ. Dan bila kita dah confirm dengan customer, tak dapat pula, dah habis stok. Saya mula rasa serabut bila perkara berulang. Saya sering lambat baca info kerana uruskan keluarga dan anak sekolah 5 orang waktu itu. Sedangkan, agen lain, sebaik produk masuk katalog, terus diserbu. Pernah juga menjual pakaian muslimah. Perkara yang sama berlaku. Saya juga pernah cuba jadi agen produk buku. Bila semakin banyak produk, saya jadi tak tahu mana nak promosi dulu. Antara puncanya, sama juga, saya buka wasap sesekali kerana berebutkan ulang alik hantar ambil anak, memasak, mengemas dan lain-lain. Sambil itu kadang saya ambil tempahan design. Bila mula buat design, telefon memang saya tak sentuh. Tapi masih sibuk nak jual itu ini untuk tambah pendapatan sebab saya tak buat design full time. Tak semua customer saya sapu. Saya ada limit sebab design itu minat saya. Saya juga tak suka buat design dengan paksa diri. Nanti hasilnya saya sendiri tak puas hati. Sebab itu saya tak buat full time. Penah juga saya tidak boleh fokus kerana tidak dapat bersetuju dengan cara leader memotivasikan anak team. Saya tinggalkan begitu sahaja kerana semakin hari semakin tidak selesa bersama mereka. Itu cara mereka. Saya tak kata salah atau betul. Cuma tidak kena dengan jiwa saya. Bila saya bertenang. Tinggalkan semua. Saya cuba cari jiwa saya di mana. Saya tanya, apa yang saya nak sebenarnya? Kenapa saya kelam kabut tak tentu arah, semua benda saya nak buat? Akhirnya, saya dapat juga jalannya. Inilah yang saya buat. 1. Saya susunkan semula priority saya. 1. Allah & Rasul 2. Suami & emak 3. Anak-anak 4. Apa yang saya nak buat 2. Kemudian saya kaji kelemahan dan kelebihan saya - Saya tak mampu handle kerja berebut-rebut - Saya tak minat urusan yang meleret-leret - saya tak suka dipaksa - saya suka suasana tenang - saya suka sampaikan kebaikan - saya suka bercerita dengan bercakap atau menulis - saya dah biasa bekerja di rumah ikut masa saya 3. Saya menuntut ilmu yang saya suka. Macam-macam kelas saya dah masuk tahun lepas. Bila ada kelas yang saya rasa macam syok, saya daftar. Tapi semua kelasnya dari bidang yang lebih kurang sama iaitu penulisan, copywriting, Content, personal branding. Tajuk nampak lain-lain tapi semua sebenarnya berkait dengan penulisan.

Nah saya perasan sesuatu. Penulisan adalah sesuatu yang saya seronok untuk dalamai dan buat.

Untuk mengecam ini, ada kelas yang ditakdirkan Allah saya join dan banyak membantu saya yakin dengan pilihan saya. PBEST. Dalam PBEST, saya dah jumpa minat dan kelebihan saya dengan izin Allah. Bila saya dah jumpa apa yang saya NAK dan BOLEH buat, ada ilmunya, barulah saya boleh FOKUS. Jadi, jika sahabat nampak apa yang saya nampak, ada tiga point sebelum kita fokus. PERTAMA : Tetapkan PRIORITY (Kepentingan) KEDUA : Kenali kelemahan dan kelebihan KETIGA : Cari ilmu Dan yang paling utama sekali dari semua ini adalah DOA. Mohon kepada Allah dengan hati rendah dan merayu, mohon Allah tunjukkan jalan mana kita patut pilih, mohon Allah pandu arah tujuan kita di dunia agar kita dapat tempat yang baik di akhirat. Saya menulis ini melalui apa yang saya rasa. Mungkin orang lain ada point of view sendiri. Jika baik, bolehlah kalian manfaatkan buat diri sendiri atau orang lain.

LELAKI PENGHANTAR CINTA





 Bila kita down dalam apa saja situasi. Kita kena tetapkan kita nak ‘down’ sampai tahap mana.

“Dalam fikiran kau, kau nak jatuh sampai jadi macam mana? Kau nak jatuh sampai jadi pengemis tepi jalan baru nak bangkit, ataupun kau fikirkan jatuh setakat menumpang di rumah aku lalu kau bangkit?”
Itulah antara bait kata dari Novel tulisan Tuan
Bahruddin Bekri
. Saya habiskan bacaan dalam masa satu hari sahaja. Sambil menguruskan rumah tangga, sambil saya selak satu persatu helaian muka suratnya. Masih berbau baru. Ya baru beli Jumaat lepas.
Novel ini bukan setakat kisah cinta yang kita biasa baca, tonton atau dengar. Saya rasa emosi saya tidak berapa berganjak, tapi minda saya bergerak.
Setelah ‘jammed’ beberapa hari, saya rasa direzekikan untuk membeli naskhah ini bukan saja-saja. Tiada kebetulan kan? Banyak nasihat daripada Mahmud kepada Rayyan dalam buku ini saya rasakan seperti Mahmud itu menasihatkan saya sebenarnya.
Ia novel yang tidak membuatkan air mata saya jatuh, tetapi ia membuatkan fizikal dan mental saya yang seperti jatuh terus terhenti di dasar akhir. Ia membuatkan saya rasa, cukuplah jatuh sehingga di sini. Saya kena bangkit!
Allah juga sesungguhnya yang merancang semua ini. Terima kasih Tuan Bahrudin untuk naskhah yang penuh makna ini.
Bagi saya, sesiapa yang tidak tahu bila mahu bermula, patut membaca naskhah ini. Tidak berat namun membawa mesej yang dalam.
Saya tidak rasa rugi memilih novel ini untuk jadi tambahan koleksi di rak buku saya.
Wow sangat!

Apa kaitannya gula dengan ekzema




Pernah tak korang perasan, bila makan terlebih manis di siang hari, malam terasa gatal-gatal. 

Korang tahu tak, kadar glukos yang tinggi dalam darah boleh memberi kesan dramatik dan tidak diingini pada kulit kita?

Diet bebas gula bukanlah solusi untuk sembuh eczema 100%  sebab ada beberapa lagi punca eczema on-off ni. Cuma ia sangat mempengaruhi keputusan semasa kita merawat eczema ni.

Gula mempengaruhi kulit kita dengan tiga cara penting:

.

.

1 - Meningkatkan Insulin:

kadar gula yang tinggi menyebabkan lonjakan insulin dan ia boleh menjadi trigger kepada tindak balas sistem imun seperti Radang bila terkena bulu kucing atau minyak wangi sintetik dalam kosmeti.

Mungkin untuk sedar yang kita mempunyai reaksi segera terhadap gula-gula atau minuman bergula yang menimbulkan kegatalan dan kemerahan ini agak mengambil masa.

Sementara itu, jumlah gula yang tinggi dalam makanan juga dapat memperburuk keradangan kronik, yang bermaksud bahawa masalah itu telah pun berlarutan dalam jangka panjang.

.

.

2- Mempengaruhi Gut Flora:

Gut Flora ialah Bakteria dan organisma lain yang hidup di dalam usus. Mereka membantu mencerna makanan. Vitamin seperti biotin dan vitamin K dibuat oleh gut flora.

Pengambilan gula yang tinggi mengetepikan keseimbangan flora yang sihat dalam usus kita, kerana ia mendorong pertumbuhan yis yang suka gula dll.

Ia juga mengurangkan penyerapan nutrien sihat yang diperlukan dan memberi kesan kepada sistem imun tubuh, sehingga tubuh berjuang untuk bertindak balas dengan tepat terhadap pencetus, sekali lagi menyebabkan keradangan kronik.

.

.

3- AGEs Skin:

Semakin tinggi kadar glukosa dalam darah, semakin banyak tubuh menghasilkan zat yang disebut AGE (advanced glycation endproducts) yang mencegah kulit memperbaiki dan meregenerasi dirinya dengan baik.

Ini bererti bahawa kerosakan kulit dari menggaru pada tompok ekzema memerlukan waktu lebih lama untuk sembuh, dan bahawa penghalang kulit kurang berkesan daripada sepatutnya, membiarkan alergen tembus dan kehilangan kelembapan, menyebabkan kulit lebih gatal, kering dan kulit retak.

Jadi ?

Sekarang dah nampak tak kenapa pentingnya kita hentikan pengambilan GULA sepanjang merawat masalah eczema ?

Jika kita masih sayang nak tinggalkan gula, eczema juga sayang nak tingglkan kita!

Pintu-pintu bisnes

 



Bila kita tekad nak bisnes, banyak bahagian atau 'Pintu' kita kena buka untuk mula berbisnes.

1.Buka hati
Dalam bisnes hati kita mestilah lebih terbuka dalam banyak hal. Tidak semua perkara kita boleh ikut kata hati. Hati kita hendaklah terbuka untuk menerima perubahan dalam jadual harian, perubahan pandangan orang, perubahan kedudukan.
Terbuka untuk menerima teguran. Terbuka untuk berbaik sangka kepada Allah agar yakin untuk menyerahkan segala urusan kepada-Nya.
2.Buka mata
Pandangan kita perlulah lebih luas dari sebelumnya. Elakkan memandang dengan kesempitan dan kesamaran. Buka mata dengan luas untuk melihat peluang. Buka mata untuk melihat dan menilai keadaan sebelum membuat keputusan. Buka mata lebih luas agar dapat belajar lebih banyak lagi.
3.Buka buku
Perlu banyakkan membaca. Bacaan bukanlah hanya bentuk perniagaan dan motivasi bangkit. Bacaan sepatutnya meliputi segala aspek kehidupan agar pandangan jadi lebih jauh, bermakna dan berfakta.
4.Buka minda
Minda mestilah lebih terbuka dan matang. Minda yang jumud dan mundur membuatkan perniagaan sukar berkembang. Mungkin membuatkan kita sukar menerima keadaan yang mendesak. Buka minda untuk pembaharuan.
5.Buka tangan
Terimalah huluran tangan yang mahu membantu dan mahu dibantu. Terima pertolongan orang yang sesuai menjauhkan rasa sombong. Hulurkan bantuan walau kepada tukang cuci pejabat. Ini mampu membentuk hati yang selalu bersyukur.
Pintu-pintu ini semua, jika kita tutup rapat, bisnes kita jadi susah nak berkembang. Kita hanya akan berada pada tahap yang sama sampai bila-bila atau lebih teruk lagi, bisnes akan jatuh. Tak mahulah begitu kan?
Jadi ayuhlah, buka pintu hati,mata, buku, minda, dan tangan. Walaupun masih banyak lagi pintu yang perlu kita buka, inilah antara pintu awal yang sangat perlu untuk kita buka agar boleh pergi ke langkah yang lebih besar. Insya-Allah.
Boleh kan? Yes, boleh!