Macam mana nak fokus ? Serabut betul.


Banyak saya terima aduan dari kawan-kawan berkaitan fokus. Mereka mengadu blur, keliru, tak tahu nak buat yang mana, nak pilih bisnes apa. Saya sebenarnya sangat faham kerana saya dah beberapa kali alami perkara macam ni. Blur, tak boleh fokus apa. Bila telah melepasi tahap itu, saya akhirnya sedar kenapa saya lalui proses itu. Rupanya saya tak kenali kekurangan dan kelebihan saya di mana. Sahabat, sini saya nak cerita. Saya pernah berhenti berniaga satu brand tudung kerana terlalu berebut-rebut. "Beritahu customer, produk ini cepat habis, kalau habis, tak pasti bila masuk stok lagi." kata HQ. Dan bila kita dah confirm dengan customer, tak dapat pula, dah habis stok. Saya mula rasa serabut bila perkara berulang. Saya sering lambat baca info kerana uruskan keluarga dan anak sekolah 5 orang waktu itu. Sedangkan, agen lain, sebaik produk masuk katalog, terus diserbu. Pernah juga menjual pakaian muslimah. Perkara yang sama berlaku. Saya juga pernah cuba jadi agen produk buku. Bila semakin banyak produk, saya jadi tak tahu mana nak promosi dulu. Antara puncanya, sama juga, saya buka wasap sesekali kerana berebutkan ulang alik hantar ambil anak, memasak, mengemas dan lain-lain. Sambil itu kadang saya ambil tempahan design. Bila mula buat design, telefon memang saya tak sentuh. Tapi masih sibuk nak jual itu ini untuk tambah pendapatan sebab saya tak buat design full time. Tak semua customer saya sapu. Saya ada limit sebab design itu minat saya. Saya juga tak suka buat design dengan paksa diri. Nanti hasilnya saya sendiri tak puas hati. Sebab itu saya tak buat full time. Penah juga saya tidak boleh fokus kerana tidak dapat bersetuju dengan cara leader memotivasikan anak team. Saya tinggalkan begitu sahaja kerana semakin hari semakin tidak selesa bersama mereka. Itu cara mereka. Saya tak kata salah atau betul. Cuma tidak kena dengan jiwa saya. Bila saya bertenang. Tinggalkan semua. Saya cuba cari jiwa saya di mana. Saya tanya, apa yang saya nak sebenarnya? Kenapa saya kelam kabut tak tentu arah, semua benda saya nak buat? Akhirnya, saya dapat juga jalannya. Inilah yang saya buat. 1. Saya susunkan semula priority saya. 1. Allah & Rasul 2. Suami & emak 3. Anak-anak 4. Apa yang saya nak buat 2. Kemudian saya kaji kelemahan dan kelebihan saya - Saya tak mampu handle kerja berebut-rebut - Saya tak minat urusan yang meleret-leret - saya tak suka dipaksa - saya suka suasana tenang - saya suka sampaikan kebaikan - saya suka bercerita dengan bercakap atau menulis - saya dah biasa bekerja di rumah ikut masa saya 3. Saya menuntut ilmu yang saya suka. Macam-macam kelas saya dah masuk tahun lepas. Bila ada kelas yang saya rasa macam syok, saya daftar. Tapi semua kelasnya dari bidang yang lebih kurang sama iaitu penulisan, copywriting, Content, personal branding. Tajuk nampak lain-lain tapi semua sebenarnya berkait dengan penulisan.

Nah saya perasan sesuatu. Penulisan adalah sesuatu yang saya seronok untuk dalamai dan buat.

Untuk mengecam ini, ada kelas yang ditakdirkan Allah saya join dan banyak membantu saya yakin dengan pilihan saya. PBEST. Dalam PBEST, saya dah jumpa minat dan kelebihan saya dengan izin Allah. Bila saya dah jumpa apa yang saya NAK dan BOLEH buat, ada ilmunya, barulah saya boleh FOKUS. Jadi, jika sahabat nampak apa yang saya nampak, ada tiga point sebelum kita fokus. PERTAMA : Tetapkan PRIORITY (Kepentingan) KEDUA : Kenali kelemahan dan kelebihan KETIGA : Cari ilmu Dan yang paling utama sekali dari semua ini adalah DOA. Mohon kepada Allah dengan hati rendah dan merayu, mohon Allah tunjukkan jalan mana kita patut pilih, mohon Allah pandu arah tujuan kita di dunia agar kita dapat tempat yang baik di akhirat. Saya menulis ini melalui apa yang saya rasa. Mungkin orang lain ada point of view sendiri. Jika baik, bolehlah kalian manfaatkan buat diri sendiri atau orang lain.

0 Respon anda:

Catat Ulasan