Memaparkan catatan dengan label Parenting. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parenting. Papar semua catatan

5 Tip Agar Anak Cepat Membaca dan Mengaji


    Setahun dua ini, semakin ramai ibu ayah yang bimbang tentang anak-anak yang masih belum lancar membaca dan megnaji. Maklumlah, naik darjah satu, kalau belum lancar membaca, memang akan mengganggu mood dan minat belajar anak-anak. 

    Sebelum ajar membaca dalam rumi, ajar ABC, CA akan ajar anak mengaji dahulu. CA memang ajar anak mengaji sendiri di rumah. Biasanya memang mulakan seawal usia 3 atau 4 tahun.

1. Mulakan dengan cara iqra atau muqaddam, cubalah ikut kesesuian anak.

    Sebenarnya, anak seawal usia 3 tahun sudah boleh mula ikut bacaan Iqra'.
Jadi, semasa peringkart awal, tak perlu gesa, tak perlu paksa, cuba-cuba saja. Sambil-sambil kita buat kerja rumah, kita ajak dia ulang sebut. Bila nampak dia minat, kita layankan.

2. Sebenarnya, lebih mudah jika ibu-ibu suka membaca semasa mengandung, banyakkan membaca buku ilmiah dan mengaji al-Quran pastinya, ia sangat membantu minat dan perkembangan otak anak-anak.

3. Ibu sendiri perlu ada aura suka belajar, kerana aura ibu dengan aura kanak-kanak sangat kuat.

4. Selalu ajarkan atau perdengarkan anak-anak dengan alunan zikir serta surah-surah pendek seawal usia bayi, dan jangan berhenti sehingga anak-anak masuk ke alam persekolahan.

    Alunan zikir yang biasa di dengar dari dalam kandungan, sewaktu bayi  dan semasa membesar sangat membantu anak memahami bunyi dan sebutan.

5. Jangan tunggu waktu yang tepat untuk ajar anak, ajar bila kita ada bersamanya, walau sedang menyusukannya, kita sebenarnya sedang menyampaikan sesuatu padanya.

    Mungkin dia belum faham apa yang kita cakapkan, tetapi dia menyimpannya dalam ingatan, kelak bila kita ulang, ia akan timbul semula dari kotak memorinya.

    Ajarkan mengaji Iqra' dahulu. Apabila dia sudah mula mengenal bunyi-bunyi dalam iqra' insya-Allah dia mudah nak terima bila kita ajar bacaan rumi.

    Perkembangan otak itu bermula dari usia dalam kandungan, jadi jangan tunggu.

    Semoga anak-anak kita dapat membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

TOILET TRAIN untuk anak.

 



"Alamak, nak beyak pulak," kata Anas sambil tangan pegang punggungnya buat mama dan ayah geli hati.

Anas, sangat cepat dari anak-anak CA yang lain, satu hari je dah boleh faham. CA mula minggu lepas. Alhamdulillah, sekarang ni, walau dia pakai diaper sebelum tidur malam, dia tetap nak pergi tandas buang air selagi dia belum tidur Jenuh juga melayan, tapi bagus, sebab dia dah tak rasa selesa membuang guna diaper. CA biasanya memang tunggu cuti sekolah dan nak sediakan mental sendiri dulu. Anak-anak CA biasanya CA akan mula potty train bila usia 2 hingga 3 tahun. Usia itu pada CA sesuai kerana dia sudah faham apa dia cakap, apa kita cakap. Juga sudah boleh buat beberapa perkara tanpa bantuan seperti buka dan pakai seluar. Bahagian dia selalu terrrr tu, biasanya sebab khayal bermain, syok sangat sampai tak sanggup nak tinggalkan kan permainan itu hanya untuk ke tandas, hehe itulah kebiasaannya. Mak-mak yang nak start potty train ni biasanya dalam dilema. Lagin yang WFH, atau surirumah yang juga ada bisnes online. Mesti risau serabut kan jadual kan ? CA nak share Tips dari CA sendiri untuk potty train anak kecil. TIPS NYA ? 1. Ibu perlu sediakan mental yang sihat. sebab kita tak tahu bila dan bagaimana dia nak "terlepas". Bila dah yakin bersedia, boleh mula! 2. Ibu perlu rajin. Rajin bertanya, rajin memeriksa, rajin memerhati, rajin mencuci dan membersih. Kalau malas, lambatlah anak kita nak berhenti pakai diaper dan belum boleh keluarkan dari bajetlah jawabnya. 3. Ibu perlu maklumkan seluruh ahli keluarga, yang kita sedang buat LATIHAN tandas untuk si anak, supaya semua orang ada kesedaran. 4. Tanya setiap setengah jam selepas minum air. Ada orang, proses urin cepat, ada orang lambat. Jadi untuk KESELAMATAN, eloklah selalu tanya. 5. Selalu lah mengingatkan bahawa yang dia "KELUARKAN" itu adalah kotor, geli, busuk dan perlu di buang. Tunjukkan emosi, riak wajah agar anak faham. 6. Jika nak ajar untuk tidur malam, pastikan anak buang segala air sebelum tidur. Pada awal pagi pula, sebelum kita solat subuh, kejutkan dia dan suruh ke tandas. Kalau dia jenis kerap buang air, kenalah kita bangun awal sikit, dalam pukul 3 atau 4 untuk bawa dia ke tandas. Buat sehingga kita yakin dia dah tak "TERKUCIL" lagi. 7. Tidak perlu marah-marah jika dia terkucil. Itu kebiasaan. Kita kena ingat, tak semua anak boleh cepat faham. Memang ada yang jenis khayal bermain sampai sanggup tahan kencing, tahan berak semua tu. Jadi kena tahan marah juga. 8. Puji anak kita bila setiap kali dia berjaya beritahu kita mahu bkencing sebelum terkucil. Dia berjaya buang air di tandas tanpa terkucil. Puji, ucap tahniah. Beri pelukan. 9. Selalu ulang cakap, contohnya bila tiba-tiba dia datang pada kita, kita ulang cakap, "Adik, kalau nak kencing kat mana?" biar dia jawab. Kalau dia jawab kat pampers, kenalah betulkan ya. 10. Boleh mula pada musim cuti sekolah jika dah ada anak yang bersekolah. Jadi ibu tak lah kelam kabut. Nak urus itu ini. Ada abang kakak yang boleh bantu. Semoga Bermanfaat bagi ibu-ibu yang baru nak cuba ajar anak tak pakai diaper. Semoga sabar dan berjaya. Cik Ayu Mom of 7 Kids #cikayushare