Orang ekzema tak boleh makan kentang ?



"Kau biar betul kentang pun tak boleh yu?"

Begitulah Mak terkejut bila Anas flare lepas makan bubur nasi campur kentang.
Allahu. CA pun rasa lemah semangat sangat. Kenapa kentang pun boleh radang?
Kentang je kot?
Masa ni lah baru CA tahu sekumpulan jenis makanan yang di panggil Nightshade.
Banyak juga yang tak boleh makan ni. Tapi kebanyakannya bukan untuk anak-anak. Orang dewasa je biasanya makan makanan nightshades ni. Satu lagi, kebanyakan darinya orang Malaysia jarang makan.
Antaranya :
-Kentang
-Terung
-Tomato
-Goji berries
-Lada panas (Cili, jalapeƱos, habaneros, rempah berasaskan cili, lada merah, cayenne)
-Paprika
-Lada loceng
-Pimentos (cherry pepper)
-Tomatillos
Tiga yang atas tu je kita biasa makan kan? Jadi rasanya tiada masalah untuk bercuti atau rehatkan diri dari makan semua tu.
Tapi macam mana dia boleh datangkan kesan pada penghidap autoimune diseases seperti eczema ?
Nightshades boleh menjadi masalah kerana terdapat kandungan lektin, saponin, dan capsaicin. Ini semua sebatian yang mempunyai potensi tinggi dalam sayur-sayuran nightshade.
Lektin
======
Semua tumbuhan dan haiwan mengandungi lektin. Salah satu tugas lektin adalah melindungi tanaman, khususnya benih. Beberapa lektin dikaitkan dengan peningkatan kebolehtelapan usus. Lectin ini tidak terurai semasa pencernaan atau memasak dan boleh berinteraksi dengan protein dalam membran sel yang melapisi usus.
Terdapat pelbagai kesan daripada lektin yang berlainan pada tubuh. Ia boleh menjadi proradang dan mendorong usus yang bocor.
Contohnya, lektin tomato memasuki aliran darah dengan cepat pada manusia dan boleh menyumbang kepada usus bocor. Orang dengan penyakit autoimun lebih cenderung mengalami usus bocor dan mempunyai lebih banyak cabaran untuk menyembuhkan usus yang bocor setelah ia berkembang.
Saponin
=======
Nightshades mengandungi sejenis saponin yang disebut glycoalkaloids. Bagi mereka yang mempunyai keadaan autoimun, saponin, dapat merangsang dan membesar-besarkan tindak balas imun. Ia menjadi overreact yang mengakibatkan pelbagai masalah.
Capsaicin
=========
Bahan lain yang bermasalah adalah capsaicin, perangsang steroid yang terdapat pada cabai yang menghasilkan rasa pedasnya. Walaupun berbagai manfaat kesihatan dikaitkan dengan capsaicin, ia juga mampu menghasilkan iritasi kuat terhadap berbagai tisu, termasuk kulit, mata dan selaput lendir. Lebih-lebih lagi, terdapat bukti bahawa capsaicin dapat meningkatkan kebolehtelapan usus.
BAGAIMANA CARA UNTUK MENGHINDARI NIGHTTSHADES?
=======================================
Macam susah je nak mengelakkan Nightshades ni kan?
Terdapat banyak produk yang merangkumi bahan-bahan nightshade. Sebilangan produk akan menyenaraikan ramuan sebagai "rempah" dan bukannya bahan sebenar yang biasanya ada paprika contohnya.
Banyak campuran rempah-rempah, seperti kari dan bumbu stik, biasanya mengandungi nightshade.
Terdapat juga pelbagai jenis sos pedas, semuanya mengandungi nighthades seperti tabasco atau sriracha. Jadi, sangat PENTING untuk baca semua bahan kandungan sebelum beli produk makanan. Jangan takut untuk bertanya soalan ketika makan diluar. Ia untuk kebaikan kita dan anak-anak juga.
Eh, tapi, sweet potatoe(keledek gaisss) dan lada hitam tidak tergolong dalam keluarga nightshade!
Jadi, CA rajin juga beli sweet potatoe dan rebuskan untuk Anas. Lembut, sedap, manis. Anas suka, alhamdulillah.
Sebagai nota terakhir, pantang makan sayur-sayuran nightshade tidaklah wajib untuk setiap pesakit penyakit autoimun.
Sebaliknya, ada tahap keadaan autoimun tertentu, terutama ketika masalah usus semakin teruk, barulah sayur-sayuran ini patut dielakkan.
Cara terbaik yang CA amalkan ialah, ambil dalam kuantiti sedikit, jika naik radang, maka CA akan catatkan bahawa Anas perlu elak dari makan makanan tersebut.
Selepas beberapa bulan, barulah CA akan cuba berikan lagi sekali dalam kuantiti sedikit-demi sedikit.
Alhamdulillah, sekarang ni Anas dah boleh enjoy makan kentang dalam masakan, french fries bersama adik-beradiknya yang lain.
Pengorbanan yang sangat berbaloi.

0 Respon anda:

Catat Ulasan