Memaparkan catatan dengan label Ekzema. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ekzema. Papar semua catatan

Ekzema anak lepas pantang.

 Pagi tadi, CA ke Klinik Desa untuk ambil Oralcon. Nampaklah seorang ibu ni bawa anak kecil yang merah pipinya. Terus teringakan Anas.

Memang macam Anas sewaktu Eczemanya sedang radang. CA terus rasa simpati. 

Anas di usia 6 bulan

"Ha, ni akak ni dah sampai. Kau tanya akak ni. Anak dia dulu lagi teruk daripada ni tau. Aku siap bawa baju biru datang rumah dia tau," kata JM kepada si ibu. CA cuma ketawa pada mulanya.

Kemudian CA pun bertanya usia si kecil dan bila bermulanya.

Katanya sebelum habis pantang dah mula.

Bila mula ada soal jawab, CA pun kongsikanlah secara ringkas.Tips yang CA boleh bagi, CA bagi saja secara percuma.

Sebelum ini, CA memang dapat latihan sebagai Coach untuk bantu ibu-ibu rawat anak eczema sehingga pulih. CA berhenti sebab CA tak cukup kuat dengan ujian dari ibu-ibu ni.

Mereka ni bukan tidak faham, tapi mereka kurang sabar untuk menghadap tangisan anak eczema. Kurang sabar bila melihat kulit anak rosak dan kadang sampai berair. CA faham sangat perasaan itu. 

CA tak tidur malam berbulan-bulan. Muka CA dah macam orang sakit. Mata cengkung. Badan letih. Makan itu tak boleh, makan ini tak boleh.Cuba guna krim yang pernah digunakan kepada kakak-kakaknya dulu yang pernah juga eczema, tapi makin teruk pula jadinya.

BUNTU. Nak makan apa pun takut.

Ada keadaan Anas yang lebih teruk daripada gambar di atas. Sampai tahap berdarah-darah. Dibalut dan diikat supaya dia tak menggaru setiap malam. Masak pun berebut. Nak tidur pun ambil masa sangat lama. Bukan setakat letih tubuh badan, mental juga terganggu.

Sampailah CA jumpa dengan link group Dr. Hafiz Sulaiman. Alhamdulillah. Allah juga yang melorongkannya dan memberi izin kesembuhan. Usaha yang CA buat adalah mengikuti protokol pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Hafiz.

Tidak menggunakan ubat sapuan steroid. Anas sekarang sudah berusia hampir lima tahun. Dia sudah bebas makan seperti orang lain. Tiada lagi timbul ruam gatal seperti dulu-dulu.

Pastilah CA sebagai ibunya sangat bersyukur dan senang hati.

Kalian yang ada masalah Eczema, cubalah follow Dr Hafiz Sulaiman. Buat saja carian namanya di FB. Apa yang beliau sampaikan pun bukan sesuka hati. Semuanya berdasarkan kajian yang telah bertahun-tahun dibuat.

Kita ikhtiar supaya anak kita membesar dengan baik, tanpa gangguan eczema lagi. Insya-Allah.

Orang ekzema tak boleh makan kentang ?



"Kau biar betul kentang pun tak boleh yu?"

Begitulah Mak terkejut bila Anas flare lepas makan bubur nasi campur kentang.
Allahu. CA pun rasa lemah semangat sangat. Kenapa kentang pun boleh radang?
Kentang je kot?
Masa ni lah baru CA tahu sekumpulan jenis makanan yang di panggil Nightshade.
Banyak juga yang tak boleh makan ni. Tapi kebanyakannya bukan untuk anak-anak. Orang dewasa je biasanya makan makanan nightshades ni. Satu lagi, kebanyakan darinya orang Malaysia jarang makan.
Antaranya :
-Kentang
-Terung
-Tomato
-Goji berries
-Lada panas (Cili, jalapeƱos, habaneros, rempah berasaskan cili, lada merah, cayenne)
-Paprika
-Lada loceng
-Pimentos (cherry pepper)
-Tomatillos
Tiga yang atas tu je kita biasa makan kan? Jadi rasanya tiada masalah untuk bercuti atau rehatkan diri dari makan semua tu.
Tapi macam mana dia boleh datangkan kesan pada penghidap autoimune diseases seperti eczema ?
Nightshades boleh menjadi masalah kerana terdapat kandungan lektin, saponin, dan capsaicin. Ini semua sebatian yang mempunyai potensi tinggi dalam sayur-sayuran nightshade.
Lektin
======
Semua tumbuhan dan haiwan mengandungi lektin. Salah satu tugas lektin adalah melindungi tanaman, khususnya benih. Beberapa lektin dikaitkan dengan peningkatan kebolehtelapan usus. Lectin ini tidak terurai semasa pencernaan atau memasak dan boleh berinteraksi dengan protein dalam membran sel yang melapisi usus.
Terdapat pelbagai kesan daripada lektin yang berlainan pada tubuh. Ia boleh menjadi proradang dan mendorong usus yang bocor.
Contohnya, lektin tomato memasuki aliran darah dengan cepat pada manusia dan boleh menyumbang kepada usus bocor. Orang dengan penyakit autoimun lebih cenderung mengalami usus bocor dan mempunyai lebih banyak cabaran untuk menyembuhkan usus yang bocor setelah ia berkembang.
Saponin
=======
Nightshades mengandungi sejenis saponin yang disebut glycoalkaloids. Bagi mereka yang mempunyai keadaan autoimun, saponin, dapat merangsang dan membesar-besarkan tindak balas imun. Ia menjadi overreact yang mengakibatkan pelbagai masalah.
Capsaicin
=========
Bahan lain yang bermasalah adalah capsaicin, perangsang steroid yang terdapat pada cabai yang menghasilkan rasa pedasnya. Walaupun berbagai manfaat kesihatan dikaitkan dengan capsaicin, ia juga mampu menghasilkan iritasi kuat terhadap berbagai tisu, termasuk kulit, mata dan selaput lendir. Lebih-lebih lagi, terdapat bukti bahawa capsaicin dapat meningkatkan kebolehtelapan usus.
BAGAIMANA CARA UNTUK MENGHINDARI NIGHTTSHADES?
=======================================
Macam susah je nak mengelakkan Nightshades ni kan?
Terdapat banyak produk yang merangkumi bahan-bahan nightshade. Sebilangan produk akan menyenaraikan ramuan sebagai "rempah" dan bukannya bahan sebenar yang biasanya ada paprika contohnya.
Banyak campuran rempah-rempah, seperti kari dan bumbu stik, biasanya mengandungi nightshade.
Terdapat juga pelbagai jenis sos pedas, semuanya mengandungi nighthades seperti tabasco atau sriracha. Jadi, sangat PENTING untuk baca semua bahan kandungan sebelum beli produk makanan. Jangan takut untuk bertanya soalan ketika makan diluar. Ia untuk kebaikan kita dan anak-anak juga.
Eh, tapi, sweet potatoe(keledek gaisss) dan lada hitam tidak tergolong dalam keluarga nightshade!
Jadi, CA rajin juga beli sweet potatoe dan rebuskan untuk Anas. Lembut, sedap, manis. Anas suka, alhamdulillah.
Sebagai nota terakhir, pantang makan sayur-sayuran nightshade tidaklah wajib untuk setiap pesakit penyakit autoimun.
Sebaliknya, ada tahap keadaan autoimun tertentu, terutama ketika masalah usus semakin teruk, barulah sayur-sayuran ini patut dielakkan.
Cara terbaik yang CA amalkan ialah, ambil dalam kuantiti sedikit, jika naik radang, maka CA akan catatkan bahawa Anas perlu elak dari makan makanan tersebut.
Selepas beberapa bulan, barulah CA akan cuba berikan lagi sekali dalam kuantiti sedikit-demi sedikit.
Alhamdulillah, sekarang ni Anas dah boleh enjoy makan kentang dalam masakan, french fries bersama adik-beradiknya yang lain.
Pengorbanan yang sangat berbaloi.

Kenapa Gluten tak elok untuk orang eczema?



Cik Ayu, gluten tu apa? Kenapa Gluten tu tak elok untuk orang eczema? Anak saya suka sangat roti, tiap hari nak makan roti.


CA pun dulu kan, tiap malam, masa dalam pantang, sebelum tidur mesti makan roti putih tu cicah milo. Sedap kan? Tulah, rupanya dia boleh jadi punca eczema yang teruk. Sedih.

Sebab apa gluten ni di panggil Glu-ten? Sebab ‘Glu’. Haa dia macam melekit macam gam tu. Tapi gam ni dalam tepung gandum atau bijirin lain seperti oat, nestum. Dia melekit-lekit kan? Orang kita ada yang panggil kanji.

Jadi, benda melekit tu dipanggil gluten. Dalam usus kita, gluten ni susah sangat nak dicerna sebab sifat dia tu. Gluten ni pula boleh menyebabkan usus kita bocor (Leaky Gut). Bukan bocor macam berlubang tu. Ada kerosakan di usus tu.

Jadi bila dah bocor tu dia membantu sangat bendasing seperti bakteria jahat, makanan tak cerna, toksin keluar dari usus kita dan masuk ke aliran darah.

Bila dah banyak bendasing dalam aliran darah, dia akan merayap ke serata badan dan berlakulah keradangan sistemik. Masa tulah jadinya Eczema dan lain-lain masalah.

Bukan setakat itu aje, kebocoran usus juga menyebabkan usus gagal menghasilkan enzim DAO untuk memecahkan histamin. Maka, histamin yang berkumpul pun menyebabkan hal seperti eczema juga.

Oleh kerana punca dia dah dua, memang ada peluang sangat dapat masalah yang lebih teruk. Kalau eczema, eczemanya akan jadi melarat dan jadi kronik. Kalau resdung, mula lah bersin tak berhenti, hidung gatal teruk, sentiasa berlendir, muka pun rasa merenyam dan sebagainya.

Kalau asma, mulalah datang serangan semput tu. Tak boleh salah sikit, semput.

Jadi nak buat macam mana ni?

Sebab itu kita nasihatkan supaya hentikan makan bahan mengandungi gluten. Bukanlah berhenti makan seumur hidup.

Kita cuma beri peluang usus kita membaik. Kita makan makanan yang tinggi kandungan vitamin C. Kita beri peluang badan kita buang toksin.

Biarkan semuanya kembali pulih secara semula jadi. Jadi ia memang akan memakan masa. Mungkin sebulan, 3 bulan, 6 bulan. Bergantung kepada badan kita dan amalan pemakanan kita.

Intoleransi gluten boleh mempunyai banyak gejala. (Seperti dalam gambar)

Walau bagaimanapun, ingat bahawa kebanyakan gejala dalam senarai di dalam gambar mungkin juga mempunyai penjelasan lain.

Dalam kes ini, kita harus berjumpa doktor untuk memeriksa jika ada penjelasan lain atau mencuba mengelakkan gluten dari diet anda untuk melihat apakah ia membantu.

Jika jelas gluten lah penyebab sismptom itu, anda boleh lah terus ambil tindakan.

Kalau nak cepat sihat, cepat pulih, kita kena ambil vitamin C, makanan yang tingkatkan imuniti badan, makanan yang tidak menyebabkan radang, makanan yang mengandungi antioksida yang tinggi, meningkatkan anti-histamin semula jadi.

Pada CA kan, memang susah nak pantau apa makanannya. Jadi mudahnya ambil supplement je lagi senang. Supplement ni dah merangkumi semua yang kita perlukan. Tinggal ambil je tiap hari. Mudahkan?

Supplement apa ? Redox Ultra.

Memang power sebab ada astaxanthin yang sangat berkhasiat beribu kali ganda dari vitamin C. Dah tak payah susah lah nak mencari kan?

Teruskan penyusuan eksklusif untuk anak ekzema



CA pun pernah putus asa. Pernah je CA luahkan rasa dalam group untuk hentikan menyusu secara ekslusif.

Konon rasa kasihan pada anak. Susu tak cukup banyak. Anak tidak cukup zat untuk membesar.
Padahal Susu ibulah paling penting untuk anak kita atasi ekzema.
Susu ibu ni banyak sangat membantu anak untuk kembali sihat.
1.Bila anak dapat susu secara ekslusif, tahap imun badannya akan bertambah baik dari masa ke masa.
2.'Bonding' yang terjadi saat penyusuan amat penting untuk tenangkan anak dan kurangkan stressnya.
3. Ibu pun boleh kurangkan stress semasa proses penyusuan berlaku.
4.Jadi penting untuk ibu makan makanan yang baik, betul dan sesuai untuk bekalan ibu dan anak.
5.Penyusuan secara eksklusif sangat penting untuk pembentukan otak, minda, emosi dan fizikal anak.
6.Bila kita menysukan anak, dia akan rasa lebih selamat lalu dia pun kurang rasa stress kerana satu-satunya orang yang tak pernah tinggalkan dia di dunia ini ada bersama dia.
7.Jangan risau tentang tumbesaran anak, selepas dia pulih, tumbesarannya akan back-in-track.
8.Bila kita berpantang sambil menysukan anak, lebih cepat kita dapat kesan makanan apa yang sensitif dan tidak kepada anak kita.
9.Susu FM untuk bayi ekzema semuanya memerlukan bajet yang tinggi.
10.Tak semua bayi sesuai minum susu FM yang dirumus untuk bayi ekzema.
Jadi, ibu-ibu sekalian, usah berputus asa. Teruskan menyusukan bayi ekzema anda. Yakin Allah akan berikan kesembuhan.
Tiada makanan yang lebih baik dari susu ibu untuk bayi baru lahir hingga 2 tahun.
Tetapkan hati. Ramai yang faham rasa 'down' itu. Kita sekapal. Tak siapa sanggup tengok anak menderita.
Inilah masa untuk kita berkorban lebih untuk kehidupan anak kita yang lebih baik.

NAK TAHU JENIS EKZEMA ?




Ekzema merupakan sejenis penyakit kulit gatal disebabkan keradangan dan kulit sensitif.

Ia juga dalam golongan penyakit atopi iaitu penyakit keturunan.
Ada beberapa penyakit lain yang tergolong dalam kumpulan yang sama seperti asma, resdung, alergi konjuntivitis (gatalmata).
Punca sebenar ekzema belum dapat disahkan.
Namun ada beberapa Teori yang telah terhasil yang sangat dekat dengan punca penyakit tersebut iaitu LEAKY GUT dan HISTAMIN.
Ekzema ini ada mild, moderate, severe / kronik (atopic dermatitis).
- Mild ni biasanya dia memang hanya ada masalah alahan dan akan sedikit radang halus sahaja.
- Moderate ni pula penghidap akan berasa sangat tak selesa dan gatal tapi kulit tidak tebal dan cepat hilang.
- Severe/ kronik ini adalah eczema yang jenis lama danberulang-ulang. Ia sangat mengganggu kehidupan harian sehingga mengganggu waktu tidur dan pemakanan.
Jadi macam mana kita nak tahu kita atau anak kita ada eczema jenis apa ?
Ini adalah simptom biasa untuk semua jenis ekzema:
-kulit kering dan bersisik
-kemerahan
-gatal, yang mungkin perit
Ekzema juga terdapat dalam beberapa bentuk lain. Setiap jenis ekzema mempunyai rangkaian gejala dan pencetus tersendiri.
CA senaraikan di sini jenis eczema mengikut pencetus (trigger) dan simptom.
1. Dermatitis atopik (severe/kronik)
=======================
Gejala :
- ruam sering timbul pada lipatan siku atau lutut kita
- kulit di kawasan di mana ruam muncul boleh menjadi lebih terang atau lebih gelap, atau menjadi lebih tebal
- lebam kecil mungkin muncul dan keluar cecair jika kita menggaru
- bayi sering mendapat ruam pada kulit kepala dan pipi mereka
Trigger + faktor :
Dermatitis atopik berlaku apabila penghalang semula jadi kulit kita terhadap unsur-unsur melemah. Ini bermakna kulit kita kurang mampu melindungi kita daripada perengsa dan alergen.
Dermatitis atopik mungkin disebabkan oleh kombinasi faktor seperti:
- gen / keturunan
- kulit kering
- masalah sistem imun
- pencetus di persekitaran
2. Contact dermatitis
==============
Gejala :
- kulit kita gatal, berubah menjadi merah, terbakar, dan menyengat
- benjolan gatal yang disebut gatal-gatal boleh muncul di kulit kita
- lepuh berisi cecair boleh terbentuk yang boleh meleleh dan berkerak
- lama-kelamaan, kulit boleh menebal dan terasa bersisik atau berkulit
Trigger :
Menyentuh bahan yang merengsakan kulit kita atau menyebabkan reaksi alergi seperti :
- bahan pencuci
- peluntur
- barang kemas
- susu getah
- nikel
- cat
- racun ivy dan tumbuhan beracun lain
- produk penjagaan kulit, termasuk solek
- sabun dan minyak wangi
- pelarut
- asap tembakau
3. Ekzema dyshidrotic
=================
Ekzema dyshidrotic menyebabkan lepuh kecil terbentuk di tangan dan kaki kita. Ia lebih biasa pada wanita berbanding lelaki.
Gejala :
- lepuh berisi cecair terbentuk di jari, jari kaki, telapak tangan, dan telapak kaki kita
- lepuh ini boleh gatal atau sakit
- kulit boleh merekah, merekah, dan mengelupas
Trigger :
- alahan
- tangan dan kaki yang lembap
- pendedahan kepada bahan seperti nikel, kobalt, atau garam kromium
- tekanan / stress
4. Hand Eczema
==========
Ekzema yang hanya mempengaruhi tangan kita disebut ekzema tangan. Kita mungkin mendapat jenis ini jika kita bekerja dalam pekerjaan seperti merias rambut atau membersihkan, di mana kita selalu menggunakan bahan kimia yang merengsakan kulit.
Gejala :
- tangan kita menjadi merah, gatal, dan kering
- mereka boleh membentuk retakan atau lepuh
Trigger
- kerja pembersihan
- pendkitan rambut
- penjagaan kesihatan
- dobi atau cucian kering


5. Ekzema Nummular
==============
Ekzema jenis ini menyebabkan bintik-bintik berbentuk koin berbentuk bulat pada kulit kita. Perkataan "nummular" bermaksud duit syiling dalam bahasa Latin.
Ekzema Nummular kelihatan sangat berbeza dengan ekzema jenis lain, dan boleh jadi sangat gatal.
Gejala :
- bintik-bintik berbentuk syiling berbentuk bulat pada kulit kita
- bintik-bintik boleh gatal atau bersisik
Trigger
Eczemacan Numular dicetus oleh reaksi gigitan serangga, atau reaksi alergi terhadap logam atau bahan kimia. Kulit kering juga boleh menyebabkannya. Kita lebih cenderung mendapat jenis ini jika kita mempunyai jenis ekzema lain, seperti dermatitis atopik.
6. Dermatitis stasis
============
Dermatitis stasis berlaku apabila cecair keluar dari urat yang lemah ke kulit kita. Cecair ini menyebabkan bengkak, kemerahan, gatal, dan sakit.
Gejala :
- bahagian bawah kaki kita mungkin membengkak, terutama pada waktu siang ketika kita berjalan
- kaki kita mungkin sakit atau terasa berat
- kita mungkin juga mengalami vena varikos, yang merupakan urat kaki yang tebal dan rosak pada kaki kita
- kulit di atas urat varikos akan kering dan gatal
- kita mungkin mengalami luka terbuka pada kaki bawah dan bahagian atas kaki kita
Punca
Dermatitis stasis berlaku pada orang yang mengalami masalah aliran darah di bahagian bawah kaki mereka. Sekiranya injap yang biasanya mendorong darah ke arah jantung kita rosak, darah dapat mengumpul di kaki kita. Kaki kita boleh membengkak dan urat varikos boleh terbentuk.
.
.
Jadi, macam mana nak pastikan ini eczema atau bukan?
Jumpalah doktor. Doktor pakar kulit boleh membantu mendiagnos samada kita mengalami eczema atau pun penyakit kulit yang lain.
Untuk membantu doktor memahami keadaan kita, mungkin berguna untuk menyimpan buku harian untuk mengenal pasti pencetus ekzema kita.

Catatkan:
- apa yang kita makan dan minum
- apa produk kulit, bahan kimia, sabun, solek, dan bahan pencuci yang kita gunakan
- aktiviti apa yang kita lakukan, seperti berjalan-jalan di luar di hutan atau berenang di kolam berklorin
- berapa lama kita menghabiskan masa di tab mandi atau mandi, dan suhu air
- adakah dan berapa lama kita berada dalam keadaan tertekan
Kita harus mula melihat hubung kait antara aktiviti kita dan kemunculan ekzema kita. Bawa jurnal ini ke doktor kita untuk membantu mereka menentukan pencetus/trigger kita.
Biasanya, kita akan diberi beberapa jenis ubatan seperti antibiotik, antihistamin, dan sapuan steroid untuk menghentikan radang dan kegatalan.
Tapi, CA tidak suka menggunakan Steroid. (ini pilihan CA.)

Kenapa? Sebab ia akan buat kulit kita ketagih nakkan steroid setiap kali radang. Nanti, lama-lama, dah tak lut dah ubat tu. Susah!

Anak CA, Anas adalah penghidap Atopic Dermatitis pada 2018.
Alhamdulilah, dah ok hanya dengan rawatan semulajadi saja.

Apa kaitannya gula dengan ekzema




Pernah tak korang perasan, bila makan terlebih manis di siang hari, malam terasa gatal-gatal. 

Korang tahu tak, kadar glukos yang tinggi dalam darah boleh memberi kesan dramatik dan tidak diingini pada kulit kita?

Diet bebas gula bukanlah solusi untuk sembuh eczema 100%  sebab ada beberapa lagi punca eczema on-off ni. Cuma ia sangat mempengaruhi keputusan semasa kita merawat eczema ni.

Gula mempengaruhi kulit kita dengan tiga cara penting:

.

.

1 - Meningkatkan Insulin:

kadar gula yang tinggi menyebabkan lonjakan insulin dan ia boleh menjadi trigger kepada tindak balas sistem imun seperti Radang bila terkena bulu kucing atau minyak wangi sintetik dalam kosmeti.

Mungkin untuk sedar yang kita mempunyai reaksi segera terhadap gula-gula atau minuman bergula yang menimbulkan kegatalan dan kemerahan ini agak mengambil masa.

Sementara itu, jumlah gula yang tinggi dalam makanan juga dapat memperburuk keradangan kronik, yang bermaksud bahawa masalah itu telah pun berlarutan dalam jangka panjang.

.

.

2- Mempengaruhi Gut Flora:

Gut Flora ialah Bakteria dan organisma lain yang hidup di dalam usus. Mereka membantu mencerna makanan. Vitamin seperti biotin dan vitamin K dibuat oleh gut flora.

Pengambilan gula yang tinggi mengetepikan keseimbangan flora yang sihat dalam usus kita, kerana ia mendorong pertumbuhan yis yang suka gula dll.

Ia juga mengurangkan penyerapan nutrien sihat yang diperlukan dan memberi kesan kepada sistem imun tubuh, sehingga tubuh berjuang untuk bertindak balas dengan tepat terhadap pencetus, sekali lagi menyebabkan keradangan kronik.

.

.

3- AGEs Skin:

Semakin tinggi kadar glukosa dalam darah, semakin banyak tubuh menghasilkan zat yang disebut AGE (advanced glycation endproducts) yang mencegah kulit memperbaiki dan meregenerasi dirinya dengan baik.

Ini bererti bahawa kerosakan kulit dari menggaru pada tompok ekzema memerlukan waktu lebih lama untuk sembuh, dan bahawa penghalang kulit kurang berkesan daripada sepatutnya, membiarkan alergen tembus dan kehilangan kelembapan, menyebabkan kulit lebih gatal, kering dan kulit retak.

Jadi ?

Sekarang dah nampak tak kenapa pentingnya kita hentikan pengambilan GULA sepanjang merawat masalah eczema ?

Jika kita masih sayang nak tinggalkan gula, eczema juga sayang nak tingglkan kita!