Kesian suami ku diduga selalu oleh kaumku sendiri !

Kesian! Memang kesian! Kenapa ye?

Baru suami duduk di luar rumah untuk mengambil angin petang, lalulah wanita yang tidak dikenali, dengan pakaian yang sungguh menarik perhatian, hingga saya sahaja merenungnya sehingga hilang dari pandangan.

Baru suami ke kedai runcit, terlihat wanita yang sedang tunduk dengan seluar ketat sedang memilih barang.

Suami pergi bertemu pelanggan, pelanggan pula datang dengan wangian harum dan senyuman meleret.

Suami membawa kami berjalan ke pusat beli belah, disekelilingnya dipenuhi wanita yang sentiasa "berkongsi" kecantikan mereka.

Suami ke pasar, disambut oleh hilaian tawa isteri-isteri orang lain yang sedang enak bercerita tanpa menghiraukan angin menerbangkan kain dan baju mahupun tudung mereka.

Mungkinkah boleh suami tetap saja di rumah? Agak sukar pula nanti.

Suami yang terusik syahwatnya, dan mampu mengawal nafsunya, akan pulang mendapatkan isterinya seperti yang dipesan Rasulullah SAW, bagaimana pula dengan lelaki yang tidak beristeri atau pun yang tidak mampu menahan syhahwatnya, ataupun yang isterinya tidak mapu memenuhi gelora jiwanya?

Wanita sekalian..., itukah sumbangan anda selama hidup di dunia ini?

6 ulasan:

  1. selalu kalau saya nampak perempuan seksi,saya selalu bawak tunang saye g tmpat lain..haihhh..

    BalasPadam
  2. betul tu ayu,,abang kata kakNo seharusnya bersyukur duduk kat rumah..dia diluar sana banyak betul dugaan mendatang..hanya doa yang mampu dipohon supaya tetap teguh pegangan amalan..

    BalasPadam
  3. yup kak no, kita ni pompuan, kalau keluar pon, tak delah terusik mana syahwat kita, ye lah, lelaki semua masih berbaju dan beseluar kan ? huhuhu..... tak adalah teruk sangat dugaan kita ni.... kesian kat suami kita....

    BalasPadam
  4. Inilah yang suami saya selalu cakap. Dia mengaku, dugaan dalam bentuk wanita sangat hebat baginya. Semoga Allah jadikan saya penyejuk matanya dan penenang kepada imannya yang selalu terkacau. Amin.

    BalasPadam
  5. Amin...insyaAllah.... semoga suami kita mampu menahan diri dan pandangan dari berlebihan kerana pandangan mata...

    BalasPadam