Memaparkan catatan dengan label Kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kehidupan. Papar semua catatan

Kesian suami ku diduga selalu oleh kaumku sendiri !

Kesian! Memang kesian! Kenapa ye?

Baru suami duduk di luar rumah untuk mengambil angin petang, lalulah wanita yang tidak dikenali, dengan pakaian yang sungguh menarik perhatian, hingga saya sahaja merenungnya sehingga hilang dari pandangan.

Baru suami ke kedai runcit, terlihat wanita yang sedang tunduk dengan seluar ketat sedang memilih barang.

Suami pergi bertemu pelanggan, pelanggan pula datang dengan wangian harum dan senyuman meleret.

Suami membawa kami berjalan ke pusat beli belah, disekelilingnya dipenuhi wanita yang sentiasa "berkongsi" kecantikan mereka.

Suami ke pasar, disambut oleh hilaian tawa isteri-isteri orang lain yang sedang enak bercerita tanpa menghiraukan angin menerbangkan kain dan baju mahupun tudung mereka.

Mungkinkah boleh suami tetap saja di rumah? Agak sukar pula nanti.

Suami yang terusik syahwatnya, dan mampu mengawal nafsunya, akan pulang mendapatkan isterinya seperti yang dipesan Rasulullah SAW, bagaimana pula dengan lelaki yang tidak beristeri atau pun yang tidak mampu menahan syhahwatnya, ataupun yang isterinya tidak mapu memenuhi gelora jiwanya?

Wanita sekalian..., itukah sumbangan anda selama hidup di dunia ini?

Mencari Persahabatan Yang Diberkati.

 Hidup ni, akan sampai satu tahap, kita rasa, ujian yang pernah kita lalui itu sebenarnya indah. Ujian membuatkan kita pandai menilai baik dan buruk. Ujian juga membuatkan kita pandai menghargai emosi orang lain. Ujian juga membantu kita menilai sahabat yang baik atau tidak.

 

Entahlah, itu cara CA memandang perjalanan hidup.

 

Sepanjang perjalanan kita adalah pelajaran langsung.

Dari salah faham, akan berjumpa titik faham.

Dari salah jalan, akan jumpa jalan yang betul.

 

Walau kita ada buat salah, kita masih teruskan.

Mudah saja, macam orang jawa kata, "Just endure, eventually you will meet the finish line."

 

Cuma ada satu perkara yang langsung kita tak boleh tinggalkan sebagai seorang Islam, iaitu kembali kepada Allah. Jika hati kita tak pernah lupakan Allah, seberapa jauh kita sesat, Allah akan bawa kita ke jalan yang sepatutnya.

 

Bagi CA, zaman bermusafir, jauh dari keluarga merupakan zaman yang sangat 'mudah pecah' atau kata orang London, FRAGILE.

 

Jika kita terus lupa bahawa Allah Maha Melihat dan Allah Maha Mengetahui, susah untuk kita tetap di laluan betul. Kita akan mudah tersalah masuk lorong dan sangat jauh dengan U-Turn.

 

Itulah sebabnya, penting memilih dengan siapa kita berkawan. CA dikelilingi pelbagai jenis perangai manusia. Tapi antara mereka yang rapat, masih ramai yang menjaga solat.

 

Itulah antara perkara yang amat CA syukuri. Bila kita lalai, ada yang ingatkan. Bila kita jatuh, ada yang tolong bangunkan. Bila kita hampir putus asa, ada yang mengingatkan bahawa kita ada Tuhan.

 

Sebagaimana hadis yang bermaksud:

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah Salallhu ‘Alaihi Wasalam bersabda,

 

"Seorang itu akan mengikuti agama temannya, kerana iu hendaklah salah seorang di antara kalian mencermati siapa temannya."

(Tirmidzi 2300/2378)

 

Rasulullah Salallhu ‘Alaihi Wasalam juga bersabda yang bermaksud; 

"Sesungguhnya perumpamaan teman dekat yang baik dan teman dekat yang buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang pandai besi. Seorang penjual minyak wangi terkadang mengoleskan wanginya kepada kamu dan terkadang kamu membelinya sebagian atau kamu dapat mencium semerbak harumnya minyak wangi itu. Sementara tukang pandai besi adakalanya ia membakar pakaian kamu ataupun kamu akan menciumi baunya yang tidak sedap."

 (Muslim 2628/4762)

 

Jadi sahabat, dalam keadaan apa sekalipun hidup kita, kita pasti dikelilingi orang-orang. Maka pastikan kita bergaul dengan orang-orang yang mengingatkan kita kepada Allah. Kita dekat dengan mereka yang tidak teragak-agak untuk menegur silap kita. Kita dekat dengan mereka yang mahu kita berjaya mencapai jannah.

 

Siapa kita berkawan, akan memberi kesan nasihat apa danpelajaran apa yang kita akan dapat. Maka carilah persahabatan yang berkat.

Insya-Allah.





Cik Ayu is Typing.

LELAKI + WANITA = BEST FRIEND ? Boleh ke?




LELAKI + WANITA = BEST FRIEND ? Boleh ke? . . Bagi CA sendiri, berkawan itu tidak salah sama sekali. Kita kenal dia, dia kenal kita. Dalam berkawan ini, pasti kita mahu cari banyak perkara baik dalam satu perhubungan itu, kan ? . Tapi apa yang kita terjemahkan sebagai "best friend" atau kawan karib itu? . Biasanya, kawan karib akan kongsikan banyak sangat perkara. Perkara yang seronok, yang sedih, hobi, minat, idea, masa dan emosi. Kalau tak sama minat pun, kawan baik ini akan menyokong dan membantu kita teruskan dengan minat dan hobi kita. Sentiasa bersama dalam suka dan duka. . Bila kita celaru, bila kita terasa nak meluahkan, bila kita perlu bahu untuk bersandar, biasanya kita cari best friend kita kan. Betul tak ? . Ok lah, CA menyerah, CA nak cerita kenangan lalu. CA pernah anggap seorang kawan lelaki ini sebagai kawan baik, di Kolej. Memang banyak sangat perkara kami kongsi. Contohnya kami selalu bertukar ilmu. Dia pandai penagturcaraan komputer, CA pula boleh kata fahamlah perakaunan. Jadi kami bertukar ilmu. . CA ada BFF (Best Friend Forever) perempuan, tapi si lelaki ni memang agak rapat dengan CA. Waktu ini, memang tak pandailah apa tu ikhtilat ke apa. . Tapi tetap jaga jugalah batasan antara lelaki dan perempuan tu. . Banyak jugalah kami kongsi sepanjang kami berkawan baik. Namun rupanya dia ada niat lain, dia mengaku dia "ada hati" pada CA. CA terpaksa tarik diri dari persahabatan itu sebab CA tak sedia pun untuk itu. (Hish tak mau cerita pasal hatilah, nanti jadi DRAMA SANGAT pulak, haha) . Waktu itu, BFF CA dan kawan-kawan yang lain memberi reaksi lebih kurang begini; . "Kan aku dah kata, tak ada maknanya dia anggap kau kawan baik, mesti ada udang disebalik mi." "Kan dah kata, macam kuch kuch hota hai tu lah, cuma kau Rahul, dia Anjeli, hah." . Berat kisah yang terjadi sebenarnya. Kami pun tidak berjodoh. Masing-masing sudah bahagia dengan jodoh yang Allah aturkan. Namun ia jadi pengalaman untuk jadikan CA seorang ibu yang sangat memberi perhatian kepada anak-anak dara CA. . Begitulah ceritanya. Boleh saja berkawan dengan lain jantina, atas urusan muamalah. Sebab itu dalam agama sendiri sudah ada cara menjaga batas pergaulan yang dinamakan ikhtilat. . Zaman kita ini, mungkin sukar nak jaga ikhtilat. Namun eloklah beringat dan terus beringat. Bila mula mengukir senyum dan bergelak tawa, ada saja hati terusik dan teruja. . Bergurau di media sosial juga ada batasnya. Bukan boleh hentam taram saja, mentang-mentanglah kita tidak pernah berjumpa. . Tak salah pun jika si kawan baik lain jantina ini jadi suka, dan niat baik pula nak jadikansah sentuh selamanya. Ikutlah cara yang sudah di ajar dalam agama beralaskan adat yang dibawa ayah bonda. Jika tertulis jodoh, tak mungkin ke lain perginya. . Tapi, jika sudah tidak ada urusan, eloklah jarakkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Jagalah batas perhubungan. . Kawan baik CA sekarang juga berlainan jantina, hari-hari buka mata, terllihat wajahnya, alahai orang sebelah kanan kita lahh, 😉 . Suamiku, BFF ku. BFF yang best sebab sentiasa tegur setiap kesilapan yang CA buat. . . . #CikAyuisTyping

BELAJAR ADALAH PROSES SEPANJANG HAYAT.

 



Belajar ni, bila kita rendahkan hati, keberkatan dia sangat berbeza.

.
CA dulu selalu juga 'berlagak'.
'Tak apalah, aku dah belajar benda tu, aku dah tahu.'
'Lah, dia ni ajar benda yang aku dah tahu, malas lah.'
.
Tapi, bila CA buang ego, tetap juga belajar dan ikut banyak kelas, jadi lebih mudah terima dan praktikkan ilmu tu.
.
Kadang tu ada juga kelas tu ulang benda yang sama dengan kelas yang pernah CA ikut sebelumnya. Tapi bila kita datang dengan gelas kosong dan isikan semula, fuhh!
Ya Allah, beza tau rasa tu. Bila Allah mudahkan urusan kita. Ilmu yang berulang tu jadi lebih jelas dalam kepala.
Macam kita buat maths. Dari dulu dah mahir tambah. Bezanya jumlah digit. Darjah satu belajar sampai dua digit. Darjah dua jadi tiga digit. Darjah tiga jadi empat digit.
Benda yang sama, tapi tahapnya berubah.
.
Macam FB ads juga. Cik Ayu dulu, dalam 2014 memang rancak buat FB Ads. Masa tu jual jamu.
Tapi, sekarang, tak berani dah nak buat beria. Sebab dah lama tak buat dan tak topup ilmu. Banyak perubahan dalam ads manager tu. Kalau nak buat betul-betul, kena masuk kelas lagi.
.
Ilmu bisnes juga begitu. Paling penting ilmu agama.
Kadang kita rasa, ah cukuplah, aku tahu solat, tahu mengaji, tahu hukum asas dalam islam, boleh baca terjemahan, kita dah rasa cukup.
Padahal, bila kita makin belajar, makin banyak kita tidak tahu.
Rupanya, wudhuk kita tak sama macam wudhu Rasulullah. Solat kita masih ada salah. Ada hukum yang kita tidak pernah dengar. Bila tadabbur, banyak perkara tauhid yang kita tidak pernah kisah.
.
.
Jadi, tak rugi kita belajar semula benda yang kita rasa dah tahu. Yang beri ilmu itu bukan guru, tapi Allah. Allah bagi ilham tak sama untuk setiap orang. Yang penting jangan sombong.
.
.
Setakat ini dulu. CA pun tengah bersemangat nak belajar bila ada dalam group SAM ni. Subhanallah, rasa membuak-buak terujanya. haish!

TAK CUKUP MASA, MACAM MANA ?


Ada yang tanya, Cik Ayu bahagi masa macam mana.

Sempat berkebun, menulis lagi, baca buku lagi. Urusan anak dan rumah tangga lagi. Kadang ambil tempahan design.

Bagi aku kan, semua akan sampai pada waktu yang ditetapkan. Apa yang penting kita ada keinginan.

Semasa duduk di rumah teres, aku dah berimpian nak ada masa tanam itu ini. Cuba juga buat masa tu, tak dapat. Bermacam dugaan.

Bila dah tinggal dengan mak pula, aku pun rasa kali ini dah sampai peluang. Rupanya tidak juga. Sebab masih ada anak kecil. Di uji dengan eczema teruk pula. Memang tak boleh buat apa. Hadap dia saja.

Baca buku? Bertahun juga tak beli buku. Maka banyaklah buku dalam senarai yang nak aku dapatkan. Akhirnya bila ada bajet, buku anak juga yang aku beli. Buku aku? Nantilah.

Teringin nak ikut seminar, kelas menulis, kelas buat kuih, roti dan lain-lain. Tak sempat langsung. Tiada siapa boleh jaga anak aku pula.

Banyak dugaan bila nak buat apa yang kita nak.
Tapi bila dah sampai masanya, semuanya berlaku macam tu je. Macam tahun lepas, tahun 2020 tu.

Dalam tempoh PKP je banyak seminar dan bengkel dapat aku sertai walau kebanyakannya online. Tetap ada ilmunya. Dan semua kelas yang aku sertai memang berbaloi. Seronok sangat.

Tahun ini juga dapat beli beberapa buah buku untuk bacaan sendiri. Dapat juga masa menyambung penulisan yang tersimpan berbelas tahun lepas.

Paling tak sangka dapat berkebun. Kebun kecil je. Tak lah macam kebun sangat tapi sikit-sikit yang membahagiakan.

Macam mana susun masa ? Aku tak susun masa sangat masa tu. Semua jadi lancar sebab anak kecil dah umur 3 tahun. Dah semakin kurang clingy nya. Kalau tak, melekap aje, nak buat apa kan?

Jika yang menghentikan keinginan kita itu adalah tanggungjawab pada anak-anak dan keluarga, itu bukan halangan, bukan gangguan. Itu satu perjalanan. Tunggu je. Kita ikut keadaan kita. Tak perlu pun rasa, eh bestnya dia dapat buat itu, ini. Aku ni, ada je 'gangguan' bila nak buat.

Sebab tu hati tak senang, sebab kita rasa tanggungjawab itu gangguan. Kita sibuk melayan rasa hati mahu buat itu dan ini. Bukankah lebih baik, kita hargai amanah yang Allah beri, kita jalankan tanggungjawab dengan baik.

Ya, ada orang tu, ada juga anak kecil, boleh aje buat bermacam kerja satu masa. Kenapa kita tak boleh? Sebab…

1.Sebab pasangan kita tidak sama dengan pasangan dia. Tanggungjawab kita tak sama banyak dengan dia. Anak-anak kita juga tidak sama dengan anak-anak dia.

2.Dia ada suami yang sentiasa support, tolong buat kerja rumah, tidak ada masalah tolong jaga anak. Suami kita pula kerja sentiasa sibuk. Uursan rumahtangga tu memang kitalah yang uruskan.

3.Anak dia mungkin jenis mudah tidur mudah makan dan mudah semuanya. Allah bagi dia mudah. Kita pula Allah uji dengan anak yang sering tidak sihat, anak yang selalu tantrum, anak yang sukar diurus.

4.Dia mungkin tinggal sendiri dengan keluarga kecilnya di bandar di mana semua dekat. Pos laju, bank, sekolah semua dekat. Kita pula mungkin Pos laju kena ke bandar, bank pun jauh, bandar pun jauh. Ada orang tua juga selain anak yang perlu perhatian.

Eh, banyak lagi kalau nak disenaraikan.
Jadi jika kita ada keinginan, kita pahatkan dalam hati, kita selalu lah doa, Allah permudahkan semuanya untuk kita.

Jaga solat, jaga Allah.
Jaga tanggungjawab.
Usah anggap ia beban atau halangan untuk kita berjaya.

Macam mana kita nak bezakan tanggungjawab dengan gangguan? Kita kena senaraikan kepentingan. Orang putih kata Priority.

Kan sudah tahu, kita punya kepentingan tidak sama dengan orang lain. Mungkin lah ada lebih kurangnya, tetapi tetap ada beza.

Jadi, kita kena tulis. Nanti kita nampak yang mana kita kena letak atas dan yang mana boleh kita kompromikan.