LELAKI PENGHANTAR CINTA





 Bila kita down dalam apa saja situasi. Kita kena tetapkan kita nak ‘down’ sampai tahap mana.

“Dalam fikiran kau, kau nak jatuh sampai jadi macam mana? Kau nak jatuh sampai jadi pengemis tepi jalan baru nak bangkit, ataupun kau fikirkan jatuh setakat menumpang di rumah aku lalu kau bangkit?”
Itulah antara bait kata dari Novel tulisan Tuan
Bahruddin Bekri
. Saya habiskan bacaan dalam masa satu hari sahaja. Sambil menguruskan rumah tangga, sambil saya selak satu persatu helaian muka suratnya. Masih berbau baru. Ya baru beli Jumaat lepas.
Novel ini bukan setakat kisah cinta yang kita biasa baca, tonton atau dengar. Saya rasa emosi saya tidak berapa berganjak, tapi minda saya bergerak.
Setelah ‘jammed’ beberapa hari, saya rasa direzekikan untuk membeli naskhah ini bukan saja-saja. Tiada kebetulan kan? Banyak nasihat daripada Mahmud kepada Rayyan dalam buku ini saya rasakan seperti Mahmud itu menasihatkan saya sebenarnya.
Ia novel yang tidak membuatkan air mata saya jatuh, tetapi ia membuatkan fizikal dan mental saya yang seperti jatuh terus terhenti di dasar akhir. Ia membuatkan saya rasa, cukuplah jatuh sehingga di sini. Saya kena bangkit!
Allah juga sesungguhnya yang merancang semua ini. Terima kasih Tuan Bahrudin untuk naskhah yang penuh makna ini.
Bagi saya, sesiapa yang tidak tahu bila mahu bermula, patut membaca naskhah ini. Tidak berat namun membawa mesej yang dalam.
Saya tidak rasa rugi memilih novel ini untuk jadi tambahan koleksi di rak buku saya.
Wow sangat!

0 Respon anda:

Catat Ulasan