Pintu-pintu bisnes

 



Bila kita tekad nak bisnes, banyak bahagian atau 'Pintu' kita kena buka untuk mula berbisnes.

1.Buka hati
Dalam bisnes hati kita mestilah lebih terbuka dalam banyak hal. Tidak semua perkara kita boleh ikut kata hati. Hati kita hendaklah terbuka untuk menerima perubahan dalam jadual harian, perubahan pandangan orang, perubahan kedudukan.
Terbuka untuk menerima teguran. Terbuka untuk berbaik sangka kepada Allah agar yakin untuk menyerahkan segala urusan kepada-Nya.
2.Buka mata
Pandangan kita perlulah lebih luas dari sebelumnya. Elakkan memandang dengan kesempitan dan kesamaran. Buka mata dengan luas untuk melihat peluang. Buka mata untuk melihat dan menilai keadaan sebelum membuat keputusan. Buka mata lebih luas agar dapat belajar lebih banyak lagi.
3.Buka buku
Perlu banyakkan membaca. Bacaan bukanlah hanya bentuk perniagaan dan motivasi bangkit. Bacaan sepatutnya meliputi segala aspek kehidupan agar pandangan jadi lebih jauh, bermakna dan berfakta.
4.Buka minda
Minda mestilah lebih terbuka dan matang. Minda yang jumud dan mundur membuatkan perniagaan sukar berkembang. Mungkin membuatkan kita sukar menerima keadaan yang mendesak. Buka minda untuk pembaharuan.
5.Buka tangan
Terimalah huluran tangan yang mahu membantu dan mahu dibantu. Terima pertolongan orang yang sesuai menjauhkan rasa sombong. Hulurkan bantuan walau kepada tukang cuci pejabat. Ini mampu membentuk hati yang selalu bersyukur.
Pintu-pintu ini semua, jika kita tutup rapat, bisnes kita jadi susah nak berkembang. Kita hanya akan berada pada tahap yang sama sampai bila-bila atau lebih teruk lagi, bisnes akan jatuh. Tak mahulah begitu kan?
Jadi ayuhlah, buka pintu hati,mata, buku, minda, dan tangan. Walaupun masih banyak lagi pintu yang perlu kita buka, inilah antara pintu awal yang sangat perlu untuk kita buka agar boleh pergi ke langkah yang lebih besar. Insya-Allah.
Boleh kan? Yes, boleh!

0 Respon anda:

Catat Ulasan