Memaparkan catatan dengan label macam2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label macam2. Papar semua catatan

Melayu mudah lupa ?

Tadi ke pej pos, poskan barang customer. Ramai orang. Didepan saya seorang wanita cina menunggu giliran sambil cuba tersenyum dan cuba memulakan perbualan dengan wanita melayu disebelahnya.. namun hanya dibalas senyuman kelat..

Datang seorang lelaki india, memulakan perbualan dengan wanita cina itu, dan setelah agak mesra perbualan, akhirnya wanita cina menolong untuk membayar kan bil lelaki india itu walau pun giliran lelaki india itu masih jauh. Katanya, x salah, bukan susah pun, memandangkan lelaki india itu ingin bergegas ke tempat kerjanya.

Saya duduk agak jauh dari mereka, dan dapat melihat pandangan2 berlainan makna dari wajah2 yg ada di dlm pej pos itu. Kesimpulan yang saya dapat, memang kaum Melayu tinggi EGO, kerana mereka mengaku bumi bertuah Malaysia bukan milik bangsa lain.... kasihan.... ego mereka membuat mereka lupa yang bumi Malaysia ini adalah milik Allah.... dan Allah menyuruh kita berbaik2 antara kaum yg berlainan.... untuk mengambil pelajaran.....

*saya pula, ramai yg ngeri nak berbual dengan saya sebab cuma nampak 2 biji mata saya aje....saya x salahkan mereka, mungkin mereka tidak tahu saya sedang tersenyum...... :)

Suami menipu untuk poligami ?

Topik ini saya dapat dari "Traffic Source " blog ini. FFuuuuuuhhhh.....Tarik nafas dulu sebelum cerita. Ini kes beraaattt ni.... huhuhu...

Siapa yang boleh menahan marah bila dapati suami menipu untuk berpoligami, betul ? Bagi yang mengenali saya, tentu anda tahu saya sangat positif tentang poligami. Tapi TIDAK jika ia berlaku dengan penipuan. Benar.... Sering saya luahkan pada suami, "Abang, kalau abang ada niat nak kahwin lagi, cakap aje, insyaALLAH, saya setuju... asalkan abang telus, jujur dan tidak bohong."

Tapi mengapa banyak kes suami menipu ni ? Ada beberapa punca sebenarnya.

Berpunca dari isteri

Salah isteri? Ada beberapa perkara juga yang boleh kita bincangkan bila ia berkait dengan "isteri punca suami menipu untuk poligami"

# Isteri yang tidak tahu menjaga diri. Namun dia tidak mahu melihat suaminya berpoligami. Sedangkan suaminya mampu dari segi kesihatan dan kewangan. Isteri ini tidak ambil kisah tentang rumahtangga, tidak ambil kisah tentang penampilan dihadapan suami, sibuk dengan kawan-kawan dan aktiviti sosial, namun kebajikan suami hanya diserah kepada pembantu rumah. Namun dia sangat mahu memiliki suaminya seorang  tanpa berkongsi. Pernah isteri jenis ini meletakkan diri ke tempat suami ? Suami juga mahu dimanja. Lagi pula, tugas seorang isteri sebenarnya adalah menjaga suami dan rumahtagga, bukan sibuk dengan hal-hal dunia yang lain. Bukan hanya berkepit dengan suami dan layani kehendak seksualnya, tetapi rohaninya perlu dijaga, dan kehormatannya perlu diutama.

# Isteri yang sentiasa suka perang mulut dengan suami. Suka meninggikan suara dan tidak mahu berlembut dengan suami. Suka mementingkan diri ketika berdialog dengan suami. Jadi bagaimana suami mahu jujur? Suami tak mahu bergaduh dan tak mahu juga putus asa untuk poligami. Lalu dia menipu. Suami memang bukan malaikat, malah bukan nabi. Suami kita juga ada buat salah. Tapi jika kita selalu menjadi pendengar setia, menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara berlemah lembut, insyaAllah, dalam cara yang baik suami kita akan sampaikan hajatnya. Walau hati pedih, namun sekurang-kurangnya suami tidak menipu.

# Isteri yang tidak berusaha menjadi isteri yang solehah. Isteri yang solehah biasanya akan menjadi penyejuk suami. Suami pasti rasa bersalah untuk menipu kerana isteri yang solehah ini biasanya boleh dibawa berbincang. Jika tidak, dia bukanlah solehah.....

Waaahhhh....salah isteri saja ke ? Sabar wahai insan sejantina...... belum habis lagi perbincangan kita. Okay, kita sambung....

Berpunca dari suami sendiri

# Suami yang memang tidak jujur. Suami seperti ini memang dah biasa berbohong. Tabiat berbohong ini kerana "kononnya" menjaga hati isteri. Wahai suami, hati isteri ini senang saja menjaganya, jujur sajalah.... jika menipu, lambat laun terbau juga......Suami seperti ini biasanya tidak faham akan isterinya. Tidak tahu cara memujuk dan takut pada bayang-bayang sendiri. Sedar akan melukai namun tetap melakukannya.

# Suami yang berpoligami kerana nafsu. Suami ini mungkin berniat tidak mahu menyebarkan poiligaminya kerana dia hanya menikah lagi kerana nafsunya. Diua tidak mampu melepaskan wanita yang di suka itu, dan mahu memiliknya tanpa bersusah payah dan tidak mahu berada dlam ketakutan andai terperangkap dengan serbuan jabatan agama. Mungkin tidak lama dia bersama wanita itu. bila sudah bosan, dia akan cari yang lain. Isteri yang ada itu perlu kerana ada zuriat dan "diiktiraf" keluarga.

# Suami yang takut isteri. Suami yang seperti ini konon berani tapi penakut. Berani menurut kata "pujaan baru", tapi takut kena marah dengan "buah hati lama". Kesian suami macam ni. Tak tegas, dan tak ada tokoh untuk berpoligami. Tapi sebagai isteri, mungkin kita tak perasaan pada awalknya, tapi tembelang pasti akan terbau juga, dan tetap akan meletup juga.

# Suami yang mahu jujur tapi belum bersedia. Suami seperti ini, mereka mahu jujur kepada isteri, tapi oleh kerana mereka sedar bukan mudah untuk menceritakan hal yang sebenar, jadi, mereka jalankan pernikahan dulu dan menanti waktu yang terbaik untuk menjelaskan segalanya. Sayangnya, terpaksa menipu untuk beberapa jangkamasa demi menjaga rumahtangga.

Tidak perlu begitu jika sayangkan isteri, wahai suami. Jujur dan bertangungjawab, tegas dan didiklah isteri menghormati setiap keputusan dari suami, didiklah isteri untuk fahami hukum hakam agama, didiklah isteri betapa pentingnya menjadi solehah.....insyaAllah, yang lain akan jadi mudah....

Berpunca dari madu

# Ada setengah kes, isteri baru itu mahu si suami menceraikan isteri pertama. Mereka suka beri kata dua, " I atau isteri tua ?" Suami yang tamak, mahu kedua-duanya, tanpa mampu memujuk kedua-dua untuk setuju berpoligami, terpaksa menipu isteri pertama bahawa dia tidak menikah lagi, dan tipu isteri baru bahawa mereka sudah bercerai.....apa jadi lepas tu? Tanggung sendirilah ye pihak suami.......

# Madu rela berpoligami tetapi takut diserang isteri pertama atau ahli keluarga yang lain. Si suami yang sayangkan orang baru pun mulalah melakonkan watak bohong untuk menjaga hidup barunya itu....

Perkara-perkara di atas adalah apa yang saya telah selidik dalam tempoh menyiapkan entri ini. Dari kenalan, dari kisah-kisah benar, dari kisah-kisah di internet dan penilaian saya sendiri. Ini bukanlah pendapat profesional, namun saya percaya, apa yang saya nyatakan ini adalah perkara yang terjadi di luar sana.

Apa jalan penyelesaian yang kita perolehi?

Bagaimana besar sekalipun kesalahan si suami menipu, tapi kita perlu kaji balik diri kita sendiri. Jangan suka tuding sana,tuding sini. Lepas itu, kita duduk berbincang bersama suami, mesti juga berbincang, mengapa dia menipu. Jaga / kawal api kemarahan kita supaya perbincangan dapat dibuat dari hati ke hati. Mulakan dengan kata-kata yang baik. Luahkan pengkuan sayang. Jangan ego. Minta dia berikan sebab mengapa dia mahu berpoligami. Minta dia ceritakan serba sedikit wanita baru itu, agar kita berpuas hati dengan pilihannya.

Andai jawapannya "Abang sayang awak, tak pernah berubah, abang sayang rumahtangga kita, tapi Allah bukakan pintu hati abang untuk menikah lagi. Wanita ini juga bersedia berpoligami," syukurlah...Allah telah permudahkan bagi kita...

Tetapi, jika tidak dapat penyelesaian yang baik contohnya suami tak mahu duduk bincang, asyik menyelahkan kita, dan sentiasa menunjukkan ketidakadilan, janganlah kita tangguh untuk dapatkan nasihat dari kaunselor-kaunselor di jabatan agama.

Selebihnya, perbaiki diri, perbaiki iman, dekatkan diri dengan Allah, istiqamah, dan berserahlah sepenuhnya kepada Allah kerana hanya dia yang tahu apa sebenarnya yang terbaik buat kita. Mohon dipinjamkan kesabaran lebih dari sebelumnya...agar bisa menempuhi hari-hari mendatang dengan tabah dan tenang.

Kepada suami-suami yang berhajat berpoligami, ingatlah, anda bukan mencari keseronokkan dunia, sebaliknya anda menambah tanggungjawab bila berhadapan dengan hari timbangan di akhirat nanti. Fikir-fikirkanlah........

 "Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(An-Nisaa' 4:129)


Saya pohon ampun andai segala yang tertulis ada menyakiti sesiapa di sini, sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu kesipan saya, dan segalanya berlaku atas izin Allah jua. Wallahualam.

Kalau macam ni, insyaAllah... best... :)

Subhanallah....banyaknya kasih sayang Allah....

Khamis yang lepas, en suami pergi memancing sembilang, Alhamdulillah, balik awal dengan hasil yang memuaskan.

Saya pula beberapa hari ini sibuk menyiapkan tempahan kuih untuk kenduri kendara yg dah terjadual minggu ini. Jumaat tempohari, ada kenduri kesyukuran di rumah bapa saudara. Saya hanya sempat memberikan kuih  dan bersalam-salaman bertanya khabar, tanpa berlama-lamaan kerana masih ada urusan lain. 

Allah sentiasa menjaga kita dan menyayangi kita, betul tak ?

Petang jumaat itu, sambil menghadap FB, saya pening memikirkan apa agaknya yang saya akan siapkan untuk hidangan makan malam ini. Tiba-tiba anak-anak riuh, rupanya atok mak mereka sampai. Mak saya datang bersama kakak saya dan suaminya, semata-mata mahu menghantar makanan kenduri dari rumah bapa saudara saya tadi. Penuh terus meja makan saya dengan pelbagai hidangan.

Padahal saya cuma memberikan satu bekas kuih apam pelangi sahaja. Maklumlah, tak jauh juga jarak rumah kami, dalam 20 minit perjalanan. Lagi pun , kata mak, mak cik saya tu berkeras minta dibawakan untuk saya makanan-makanan itu semua. Alhamdulillah ya Allah..!

Teringat ada sembilang dalam peti sejuk, saya keluarkan untuk emak bawa balik, buat rasa air tangan pancingan suami.. :)

Sambil saya siram dengan air di sinki, tangan saya dengan teramat berhati-hati merasa-rasa jika ada badan-badan yang sudah lembut. Perlu berhati-hati kerana sejak suami bawa pulang, saya belum sempat buangkan bisanya. Tapi kehendak Allah, tiba-tiba satu tusukan bisa mengena di jari kelingking kanan saya. Allahuakbar!!!! Sakit yang saya tak mampu nak ceritakan. Namun dalam menahan sakit itu, saya buangkan bisa sebanyak mana yang saya mampu, emnak yang selesai solat maghrib meluru bila saya memanggil dengan suara kesakitan... Tanpa lengah mak urut dengan minyak gamat dan menurut abang ipar saya, tekan dengan biji asam supaya disedut keluar bisanya. Saya tahu, bisanya kalau menular, boleh membawa maut.

Ya Allah, benar-benar sakit, terasa bisa menular... namun saya cuba bertahan, apa sahaja yang mampu merawat, saya cuba usahakan. 

Namun disinilah kebesaran kasih sayang Allah... Sudah sekian lama rasanya saya tidak dapat benar-benar bermanja dengan ibu saya, tapi, saat saya ditusuk bisa itu, ibu saya ada di sisi ! Alhamdulillah.... memang membantu memberi semangat dalam menahan kesakitan. Allah Maha Penyayang, dan sebahagian kasih sayangNYA DIA salurkan melalui hamba-hambaNYA yang lain.

Kronologi sengatan pada saya :

Allah datangkan dulu semua benda-benda, perkara-perkara dan insan-insan yang menggembirakan saya sebelum DIA menguji saya dengan bisa sembilang itu. pilihan di tangan saya, adakah saya mahu melatah dan menolak kesakitan yang penuh nikmat ini atau menerima nya dengan keredhaan dan rendah hati ?

saya memilih untuk meminta dari Allah menyembuhkan kesakitan ini dan alhamdulillah, semasa entri ini ditaip, tangan saya tidak lah berasa bisanya lagi...dan amat bersyukur sekali kerana dari peristiwa ini, saya tersa kasih sayang dari insan terdekat lebih dari sebelumnya.... ♥ Allah Forever.......

OPS Expired !!

Hari minggu ni saya tak ke mana. Suami pun sibuk dengan aktivitinya sendiri, jadi apa aktiviti saya ?

Selain dari rutin harian, ada operasi khas hari ini.....apa ye ?

OPS Expired. Hari ini, saya nak semak semua stok-stok makanan yang tersimpan dalam kabinet. Dua hari lepas saya dah buat OPS Fridge. Sebenarnya operasi ni mesti dibuat setidak-tidaknya dua minggu sekali, setuju tak ? Kenapa ye?

Kita perlu prihatin dengan masalah tarikh luput ni. Sangat tidak bagus dan boleh membawa bahaya bila makan makanan yang dah terlepas tarikh luput. Saya tak mahu anak-anak atau suami "termakan" makanan yang dah luput ni. Nanti datang pulak penyakit.

Kalau rajin, setiap makanan yang di beli tu, diletakkan label sendiri. Bukan apa, takut label yang diletakkan hilang atau terpadam. Kalau tulis sendiri kan lebih jelas.......

Jadi, itulah aktiviti saya hari ini. Rasa macam nak susun balik perabot dalam rumah ni, tapi dah tak tahu nak susun macam mana, sebab, kalau di alih sofa dekat dengan tingkap, ada plak yang jadi spiderwoman nanti.

Okaylah, selamat berhujung minggu semua ye. Semak stok makanan anda !  ♥

Dunia tak kemana


Redup di luar tidak mendinginkan keadaan di dalam. Cuaca yang panas dingin ini sering saja menguji kesungguhan menghadapi dugaan hidup. Cinta hati yang kejap malap kejap bersinar, menjadikan hidup cukup teruji. 

Aku tak mahu lagi terikat dengan dunia ini sebenarnya. Namun kehadiran cahaya mata yang sedang membesar dan memerlukan bimbingan aku untuk mereka menghadapi dunia, membuatkan aku cuba bertahan dan cuba lagi berinteraksi dengan dunia ini. 

Ya benar, selagi bernama khalifah di muka bumi, banyak sebenarnya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Bukan aku tidak tahu, yang dunia zaman ini tidak lagi aman untuk membiarkan anak-anak memilih cara mereka sendiri. Dan pergolakan di dalam masyarakat islam saja tidak pernah selesai. Muncul sahaja isu-isu yang cuba memecahbelahkan keteguhan umat Islam.

Di sentuh dari segi politik, ekonomi, sosial, dan akedemik. Islam yang sepatutnya menjadi panduan dikatakan menyebabkan kemunduran. Lalu bagaimana aku mahu membiarkan anak-anak ku terjerumus dengan pemikiran yang menghina agama Allah ini ?

Anak-anakku sepatutnya aku bawa melalui jalan-jalan yang memperlihatkan kebenaran, bahawa Islam adalah agama sebenar bagi umat manusia. Lalu bagaimana pula aku menjawab persoalan -persoalan seperti :

"Mama, kenapa orang tu tak tutup aurat? Mama, kenapa orang tu tak puasa ? Mama, kenapa orang tu tak solat? Mama, kenapa kita tak boleh make-up cantik-cantik macam perempuan lain?"

Begitu banyak lagi sebenarnya persoalan yang bakal diajukan oleh mereka dalam proses mengenali dunia ini.....Oh, andainya mampu aku fahamkan mereka, yang dunia ini hanya sementara, usah kau berat memikirkan dunia, cukup sekadar menjalani kehidupan dengan penuh tanggungjawab........

Mama sudah lelah melayani karenah dunia yang semakin sakit kerana pembawa penyakitnya semakin banyak....Namun daya apakah kita menahan semuanya, sedangkan tiada sesuatu pun yang bergerak dalam dunia ini tanpa izin Allah swt. Justeru, kita perlu belajar menjadi muslimah yang baik, kita perlu belajar memilih jala dan cara hidup, dan belajar mendidik hati agar tidak tergoda dengan kenikmatan dunia yang akan musnah...... dunia ini tidak kemana, kita yang bakal meninggalkan dunia.

~

JIRAN SEBELAH RUMAH ANDA BEST TAK ?

Selama hampir 7 tahun saya tinggal di taman perumahan yang sama. Jiran di kiri kanan pun dah macam-macam jenis yang saya jumpa.

Jiran sebelah kanan punya cerita.

1st : Best, orang sarawak. Isterinya ramah dan punya anak yang sangat comel. Kami selalu bertukar juadah sebab dia pun suka masakan semenanjung. Pernah sekali kami masak bersama-sama untuk meraikan hari lahir anaknya. Jika saya lewat pulang kerana urusan kerja, anak-anak saya yang pulang dari sekolah akan melepak sekejap di rumah mereka sehingga saya sampai. Rindu pulak dengan mereka. Mereka berpindah ke rumah sendiri selepas setahun lebih saya berjiran dengan mereka.

2nd : Indians. Tak berapa campur sangatlah. Sebab bahasa ibunda berbeza kan. Masa tu pun saya dah sibuk di pejabat. Dah tak duduk rumah. Tapi ada satu peristiwa yang saya tak boleh lupa. Suami dia pemandu lori besar. Satu pagi tu, saya bangun dan nak basuh baju (mesin basuh kat luar), terkejut gila tengok ada kepala lori kat parking lot rumah sebelah.........

3rd : Best jugak. Suami orang sarawak, isteri orang indon. Lama juga duduk berjiran dengan kami. Ramah sangat. Kami pun selalu bertukar juadah. Saya suka sangat jemput-jemput dia. Ada taugeh, ada daun bawang, sedappppp sangat....Seronok juga melihat mereka suami isteri, bekerja bersungguh-sungguh. Si suami ada buat dua kerja, si isteri kerja kilang dekat je dengan taman perumahan kami ni. Si isteri tu sampai berjaya bawa mak ngan adik bongsu dia yang dekat indon tu tinggal sini pulak. Dari bermotor buruk aje, sekarang dah ada kereta dan skuter. Mereka pindah sebab dapat beli rumah dekat dalam taman ni juga.

4th : Jiran sekarang. Ok lah. Seorang lelaki bujang. Sarawak juga rasanya. Kerja rajin. Bila tak kerja, asyik duk rumah je, kecuali pergi keluar makan. Nampak macam boleh jadi seorang calon suami yang baik je... kehkekeh... bukan untuk saya la kan, untuk anak-anak dara la........

Jiran sebelah kiri punya cerita :

1st : India muslim.  Anak ramai. Kecil-kecil, berderet..... Mereka ni baik juga. Selalu juga bertukar makanan, lebih lagi di bulan Ramadhan. Meriah je selalu. Anak-anak mereka ni suka main hujan. Kalau hujan turun, fuhh! Gumbiranya bukan kepalang !

2nd : Pasangan melayu. Suaminya kenalan suami saya. Baru kahwin jugaklah. Masa pindah masuk tu, isterinya mengandungkan anak pertama. Oklah. Kira ngamjugaklah dengan diorang ni. Pasal makan memang tak ada hal lah kan..... Suami dia mekanik. Jadi, kalau ada masalah je kereta kami, cuma rujuk orang sebelah aje. Best jugak. Tapi mereka pindah sebab ada masalah peribadi..........

3rd : Jiran yang sedang berjiran dengan saya sekarang ini. Mereka ni pula menyewa pejabat bawah pejabat saya. Jadi, jiran di rumah, jiran di pejabat jugak lah kan....... Malas nak cerita banyaklah kan pasal dia orang nih, nanti jadik mengumpat plak... hehehe.... bukan apa, kaum kerabat diorang nih, suka sangat parking kereta sesuka hati aje. Kadang-kadang betul-betul depan rumah saya. Kadang-kadang, tengah-tengah jalan,sampai menyusahkan kenderaan yang lalu lalang. Dekat pejabat pun macam tu! Hmmmm.... malas nak cerita lagilah........

Pssstttt: Jiran anda semua mesti best2 kan?