Hari minggu ni saya tak ke mana. Suami pun sibuk dengan aktivitinya sendiri, jadi apa aktiviti saya ?
Selain dari rutin harian, ada operasi khas hari ini.....apa ye ?
OPS Expired. Hari ini, saya nak semak semua stok-stok makanan yang tersimpan dalam kabinet. Dua hari lepas saya dah buat OPS Fridge. Sebenarnya operasi ni mesti dibuat setidak-tidaknya dua minggu sekali, setuju tak ? Kenapa ye?
Kita perlu prihatin dengan masalah tarikh luput ni. Sangat tidak bagus dan boleh membawa bahaya bila makan makanan yang dah terlepas tarikh luput. Saya tak mahu anak-anak atau suami "termakan" makanan yang dah luput ni. Nanti datang pulak penyakit.
Kalau rajin, setiap makanan yang di beli tu, diletakkan label sendiri. Bukan apa, takut label yang diletakkan hilang atau terpadam. Kalau tulis sendiri kan lebih jelas.......
Jadi, itulah aktiviti saya hari ini. Rasa macam nak susun balik perabot dalam rumah ni, tapi dah tak tahu nak susun macam mana, sebab, kalau di alih sofa dekat dengan tingkap, ada plak yang jadi spiderwoman nanti.
Okaylah, selamat berhujung minggu semua ye. Semak stok makanan anda ! ♥
KENALI SAYA
ULASAN BUKU
Entri Popular
-
Telah menceritakan kepada kami [Hajjaj] dari [Ibnu Juraij] berkata; telah menceritakan kepadaku [Yunus bin Yusuf] dari [Sulaiman bin Yasar] ...
-
Orang yang bersyukur itu adalah yang merasa cukup dengan apa yang Allah beri. Sedikit pun tidak pernah di kleuh kesahkan. Allah dah beritahu...
-
"Kau biar betul kentang pun tak boleh yu?" Begitulah Mak terkejut bila Anas flare lepas makan bubur nasi campur kentang. Allahu. C...
-
Ada yang tanya, Cik Ayu bahagi masa macam mana. Sempat berkebun, menulis lagi, baca buku lagi. Urusan anak dan rumah tangga lagi. Kadang amb...
-
Setiap hari kita berdoa. Kita meminta dari Allah. Tetapi kadangkala kita tidak perasan, doa kita itu seperti menyuruh-nyuruh Allah. Cubalah ...
Contact form
Design by - Blogger Templates
| Distributed by Free Blogger Templates
0 Respon anda:
Catat Ulasan