Memaparkan catatan dengan label Keluarga dan Perkahwinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga dan Perkahwinan. Papar semua catatan

Menyingkap Isi kandungan AlQuran Untuk panduan kehidupan seharian : BHGN 1

Bismillahirrahmaanirrahiim. Assalamualaikum.

Dalam kehidupan seharian, sebagai ibu bapa, kadang-kadang kita lalai, atau lupa untuk menerapkan nilai-nilai keislaman kepada anak-anak.

Sebagai ibu bapa moden, ramai yang sedar perhatian amat peting untuk anak-anak. Penting juga mengajar disiplin, kerjasama dan sebagainya. Namun, ramai yang leka, dan alpa untuk menerapkan garis panduan dari alQuran dalam kehidupan anak-anak. Mengapa ?

Jelas kerana kita sendiri tidak menyiapkan masa mendalami alQuran untuk dijadikan panduan hidup.

Sedarkah kita, Islam telah memberikan garis panduan untuk menjadi mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat dari awal hingga akhir ?

Dari dalam perut, hinggalah ke alam kubur. Kita punyai AlQuran dan Hadith untuk di rujuk.

Namun keghairahan kita mencapai tahap pendidikan mengikut level negara-negara besar dan"hebat", keseronokan kita dalam mengejar kepandaian dan kebijaksanaan mengikut cetak barat, membuatkan kita lebih mudah mengambil kata-kata "tokoh" bukan islam tanpa mencari jawapan dalam alQuran dan hadith, iaitu pegangan untuk umat Muhammad SAW.

Di sini saya ingin berkongsi ayat yang mampu mengelakkan terjadinya sumbang mahram dan sebagainya, dari surah aN-Nur, ayat 58-59 yang jelas mengajar bagaimana kita mendidik anak dalam menghormati privasi orang tua dan juga akhlak yang baik dalam kehidupan berkeluarga.

Bismillaahirrahmaanirrahiim.
A058

A059

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nuur 24:58)Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nuur 24:59)

Dalam ayat di atas, diterangkan supaya :
Sunat ajar anak-anak yang belum baligh/hamba minta izin untuk masuk ke bilik pada 3 waktu yang KEBIASAANNYA TERDEDAH AURAT. (ini termasuk dalam bab Adab) 

3 waktu itu ialah :
-sebelum subuh 
-waktu tidur tengah hari/qailullah
-selepas solat isyak

*Disuruh ajar kepada mereka minta izin kerana anak-anak yang belum baligh/ hamba memang selalu keluar masuk/ada kepentingan dengan ibubapa, 
**Ajarkan mereka untuk minta izin untuk masa yang 3 ini(sunat). Untuk masa selain 3 ini, tidak mengapa.
***Bagi anak-anak yang sudah baligh,wajib untuk meminta izin, di waktu yang 3 ini.
****Jelas betapa pentingnya menjaga aurat walaupun dengan mahram sendiri.
*****Betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita.

Saya suka mengajak kawan-kawan merajinkan diri membaca alQuran dan tafsirnya sekali. Kalau kita baca buku-buku dari luar negara dan sanggup buka kamus untuk menambah pengetahuan, kenapa tidak kita utamakan tambah ilmu dari alQuran dan baca tafsir yang telah tersedia.

InsyaAllah, kita sama-sama perbaiki diri. Saya masih banyak nak diperbetul, sedikit pengetahuan yang saya dapat, ingin saya kongsikan bersama agar bermanfaat, InsyaAllah.

Berpantang Sendiri ? Apa yang perlu diambil kira ?

Assalamualaikum..... dalam saya menyepi, alhamdulillah, telah dikurniakan seorang lagi cahaya mata....seorang bayi perempuan yang sangat comel....dan sihat....

Kini, masih dalam tempoh berpantang. Seperti biasa, saya berpantang di rumah sendiri. Persediaan saya biasa-biasa saja. Kali ini ibu saya hanya sempat temankan saya semalam saja.... ibu mertua pula tidak sempat datang sebab sedang buat persiapan kenduri di rumahnya.

Berurut pula bermula pada hari ke 3. Wadduhhh... kali ini memang rasa macam nak sepak aje mak bidan..... huhuhuhu... badan saya memang teruk kali ini. Mungkin banyak sangat memandu sepanjang kehamilan. Serta duduk menghadap komputer terlalu lama.

Dalam berpantang sendiri, kita kena beringat....

JANGAN buat kerja berat.
JANGAN makan makanan yang sejuk seperti timun, kobis, tembikai,kangkung
JANGAN makan makanan yang tinggi kolesterol
JANGAN lewatkan berurut
JANGAN takut untuk minum banyak air kosong. Bayi menyusu... takut "dehydrated" pula kalau kurang air.
JANGAN jalan menghentak kaki
JANGAN minum air sejuk.
JANGAN bergerak terlalu keras dalam tempoh sekurang2nya 7 hari.
Saya sediakan beberapa keperluan sepanjang berpantang.....

1. Bengkung : ada 2 bengkung....
Satu bengkung biasa dari kain belacu... di pakaikan oleh bidan urut.....
Satu lagi bengkung dari SERI DEWI MALAM. Bengkung moden dan mudah untuk pakai sendiri jika tiada yang dapat bantu pakaikan bengkung.

2. Produk2 dari SERI DEWI MALAM

FEMININ WASH :

  • pencuci miss v, 
  • merawat keputihan,
  • membasmi, membunuh kuman & fungus, 
  • melegakan gatal-gatal, 
  • mencegah bau yg kurang menyenangkan di area miss v 
  • menyegarkan dan menyejukkan miss v yang merengsa.

MULTIPURPOSE HOT ESSENCE :

  • memecahkan lemak dan flush ke sistem pembuangan, 
  • melangsingkan badan, 
  • menghangatkan urat dari dimasuki angin, 
  • memecahkan angin bisa didaalm badan,
  • melegakan sakit lutut dan otot .

MASKER INTIM :

  • mengembalikan warna pinkish miss v anda, 
  • menggebukan miss v yg menggeleber , merapatkan missv, 
  • pintu lubang missV tertutup, 
  • mengeringkan luka jahitan bersalin, 
  • melegakan gatal2 n pedih, 
  • mencerahkan pangkal paha, ketiak, puting payudara, tengkuk.

TUNGKU HERBA :

  • memanasakan perut utk mempercepatkan pengecutan rahim & melancarkan pengeluaran darah kotor. 
  • berfungsi sebagai ''batu tungku '' yg mudah & ringkas. 
  • memanaskan badan utk melonggarkan otot serta urat2 tegang, 
  • melancarkan perjalanan darah, 
  • memecahkan angin dlm badan.

JAMU DEWI DARA :

  • merawat dalaman wanita, keputihan, senggugut, 
  • mencairkan n memecahkan darah haid, kecutkan fibroid, cyst, 
  • menaikkan tombong. 
  • mengecutkan rahim slps bersalin, 
  • bantu membanyakkan susu ibu.
  • mengembalikan tenaga

MEDICATED ESSENCE SLIMMING SOAP :

  • sabun herba pemecah lemak, 
  • menghilanggkan kekotoran & daki yg terpendam,
  • memecahkan lemak dibawah kulit, 
  • menjadikan kulit tubuh yg licin, cantik, lembap & tegang.

MAJUN CINTA ADAM & HAWA :

  • membantu membuang angin dlm badan, 
  • melawaskan pembuangan air besar ,
  • mnghangat ngilu2 badan n urat, 
  • memecahkan darah2 beku,
  •  melancarkan edaran darah, 
  • melegakan lenguh2 badan.

JAMU DEWI SUCI :

  •  merapatkan/mengetatkan faraj
  •  mengembalikan dalaman faraj yang berpasir (meningkatkan kegelian ketika bersama)
  •  meningkatkan kemutan
  •  menyerap dan mengeluarkan kotoran/keputihan/darah beku
  •  mengecutkan rahim dan batu meroyan

TUNGKU BAYI :

  • Mampu menghindarkan batuk & selsema, masalah kembung semasa bayi dalam tempoh pantang, 
  • Mengurangkan kesan lebam akibat jatuh/terhantuk dan sebagainya serta mengurangkan bintat/bengkak akibat gigitan serangga dengan menuam ditempat yang sakit, 
  • Melindungi/Menghindarkan bayi dari terkena masalah angin pasang.
MINYAK TELON YUYU (HALAL) 
  • Elok utk memberi kehangatan kpd bayi
  • Mengelakkan bayi dari dr kembung atau dimasuki angin
  • memberi kesegaran dan herbanya unik dan harum
  • mengelakkan sendi2 n urat sejuk pada si comel

MANDIAN HERBA 

  • Elok digunakan utk kesegaran badan selepas penat meneran semasa bersalin. 
  • Haruman herbanya sungguh harum, menyegarkan dan menenangkan minda. 
  • Menghalang angin masuk badan penyebab gila meroyan































Nanti kita kongsikan pula menu-menu semasa berpantang ye.

Suami menipu untuk poligami ?

Topik ini saya dapat dari "Traffic Source " blog ini. FFuuuuuuhhhh.....Tarik nafas dulu sebelum cerita. Ini kes beraaattt ni.... huhuhu...

Siapa yang boleh menahan marah bila dapati suami menipu untuk berpoligami, betul ? Bagi yang mengenali saya, tentu anda tahu saya sangat positif tentang poligami. Tapi TIDAK jika ia berlaku dengan penipuan. Benar.... Sering saya luahkan pada suami, "Abang, kalau abang ada niat nak kahwin lagi, cakap aje, insyaALLAH, saya setuju... asalkan abang telus, jujur dan tidak bohong."

Tapi mengapa banyak kes suami menipu ni ? Ada beberapa punca sebenarnya.

Berpunca dari isteri

Salah isteri? Ada beberapa perkara juga yang boleh kita bincangkan bila ia berkait dengan "isteri punca suami menipu untuk poligami"

# Isteri yang tidak tahu menjaga diri. Namun dia tidak mahu melihat suaminya berpoligami. Sedangkan suaminya mampu dari segi kesihatan dan kewangan. Isteri ini tidak ambil kisah tentang rumahtangga, tidak ambil kisah tentang penampilan dihadapan suami, sibuk dengan kawan-kawan dan aktiviti sosial, namun kebajikan suami hanya diserah kepada pembantu rumah. Namun dia sangat mahu memiliki suaminya seorang  tanpa berkongsi. Pernah isteri jenis ini meletakkan diri ke tempat suami ? Suami juga mahu dimanja. Lagi pula, tugas seorang isteri sebenarnya adalah menjaga suami dan rumahtagga, bukan sibuk dengan hal-hal dunia yang lain. Bukan hanya berkepit dengan suami dan layani kehendak seksualnya, tetapi rohaninya perlu dijaga, dan kehormatannya perlu diutama.

# Isteri yang sentiasa suka perang mulut dengan suami. Suka meninggikan suara dan tidak mahu berlembut dengan suami. Suka mementingkan diri ketika berdialog dengan suami. Jadi bagaimana suami mahu jujur? Suami tak mahu bergaduh dan tak mahu juga putus asa untuk poligami. Lalu dia menipu. Suami memang bukan malaikat, malah bukan nabi. Suami kita juga ada buat salah. Tapi jika kita selalu menjadi pendengar setia, menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara berlemah lembut, insyaAllah, dalam cara yang baik suami kita akan sampaikan hajatnya. Walau hati pedih, namun sekurang-kurangnya suami tidak menipu.

# Isteri yang tidak berusaha menjadi isteri yang solehah. Isteri yang solehah biasanya akan menjadi penyejuk suami. Suami pasti rasa bersalah untuk menipu kerana isteri yang solehah ini biasanya boleh dibawa berbincang. Jika tidak, dia bukanlah solehah.....

Waaahhhh....salah isteri saja ke ? Sabar wahai insan sejantina...... belum habis lagi perbincangan kita. Okay, kita sambung....

Berpunca dari suami sendiri

# Suami yang memang tidak jujur. Suami seperti ini memang dah biasa berbohong. Tabiat berbohong ini kerana "kononnya" menjaga hati isteri. Wahai suami, hati isteri ini senang saja menjaganya, jujur sajalah.... jika menipu, lambat laun terbau juga......Suami seperti ini biasanya tidak faham akan isterinya. Tidak tahu cara memujuk dan takut pada bayang-bayang sendiri. Sedar akan melukai namun tetap melakukannya.

# Suami yang berpoligami kerana nafsu. Suami ini mungkin berniat tidak mahu menyebarkan poiligaminya kerana dia hanya menikah lagi kerana nafsunya. Diua tidak mampu melepaskan wanita yang di suka itu, dan mahu memiliknya tanpa bersusah payah dan tidak mahu berada dlam ketakutan andai terperangkap dengan serbuan jabatan agama. Mungkin tidak lama dia bersama wanita itu. bila sudah bosan, dia akan cari yang lain. Isteri yang ada itu perlu kerana ada zuriat dan "diiktiraf" keluarga.

# Suami yang takut isteri. Suami yang seperti ini konon berani tapi penakut. Berani menurut kata "pujaan baru", tapi takut kena marah dengan "buah hati lama". Kesian suami macam ni. Tak tegas, dan tak ada tokoh untuk berpoligami. Tapi sebagai isteri, mungkin kita tak perasaan pada awalknya, tapi tembelang pasti akan terbau juga, dan tetap akan meletup juga.

# Suami yang mahu jujur tapi belum bersedia. Suami seperti ini, mereka mahu jujur kepada isteri, tapi oleh kerana mereka sedar bukan mudah untuk menceritakan hal yang sebenar, jadi, mereka jalankan pernikahan dulu dan menanti waktu yang terbaik untuk menjelaskan segalanya. Sayangnya, terpaksa menipu untuk beberapa jangkamasa demi menjaga rumahtangga.

Tidak perlu begitu jika sayangkan isteri, wahai suami. Jujur dan bertangungjawab, tegas dan didiklah isteri menghormati setiap keputusan dari suami, didiklah isteri untuk fahami hukum hakam agama, didiklah isteri betapa pentingnya menjadi solehah.....insyaAllah, yang lain akan jadi mudah....

Berpunca dari madu

# Ada setengah kes, isteri baru itu mahu si suami menceraikan isteri pertama. Mereka suka beri kata dua, " I atau isteri tua ?" Suami yang tamak, mahu kedua-duanya, tanpa mampu memujuk kedua-dua untuk setuju berpoligami, terpaksa menipu isteri pertama bahawa dia tidak menikah lagi, dan tipu isteri baru bahawa mereka sudah bercerai.....apa jadi lepas tu? Tanggung sendirilah ye pihak suami.......

# Madu rela berpoligami tetapi takut diserang isteri pertama atau ahli keluarga yang lain. Si suami yang sayangkan orang baru pun mulalah melakonkan watak bohong untuk menjaga hidup barunya itu....

Perkara-perkara di atas adalah apa yang saya telah selidik dalam tempoh menyiapkan entri ini. Dari kenalan, dari kisah-kisah benar, dari kisah-kisah di internet dan penilaian saya sendiri. Ini bukanlah pendapat profesional, namun saya percaya, apa yang saya nyatakan ini adalah perkara yang terjadi di luar sana.

Apa jalan penyelesaian yang kita perolehi?

Bagaimana besar sekalipun kesalahan si suami menipu, tapi kita perlu kaji balik diri kita sendiri. Jangan suka tuding sana,tuding sini. Lepas itu, kita duduk berbincang bersama suami, mesti juga berbincang, mengapa dia menipu. Jaga / kawal api kemarahan kita supaya perbincangan dapat dibuat dari hati ke hati. Mulakan dengan kata-kata yang baik. Luahkan pengkuan sayang. Jangan ego. Minta dia berikan sebab mengapa dia mahu berpoligami. Minta dia ceritakan serba sedikit wanita baru itu, agar kita berpuas hati dengan pilihannya.

Andai jawapannya "Abang sayang awak, tak pernah berubah, abang sayang rumahtangga kita, tapi Allah bukakan pintu hati abang untuk menikah lagi. Wanita ini juga bersedia berpoligami," syukurlah...Allah telah permudahkan bagi kita...

Tetapi, jika tidak dapat penyelesaian yang baik contohnya suami tak mahu duduk bincang, asyik menyelahkan kita, dan sentiasa menunjukkan ketidakadilan, janganlah kita tangguh untuk dapatkan nasihat dari kaunselor-kaunselor di jabatan agama.

Selebihnya, perbaiki diri, perbaiki iman, dekatkan diri dengan Allah, istiqamah, dan berserahlah sepenuhnya kepada Allah kerana hanya dia yang tahu apa sebenarnya yang terbaik buat kita. Mohon dipinjamkan kesabaran lebih dari sebelumnya...agar bisa menempuhi hari-hari mendatang dengan tabah dan tenang.

Kepada suami-suami yang berhajat berpoligami, ingatlah, anda bukan mencari keseronokkan dunia, sebaliknya anda menambah tanggungjawab bila berhadapan dengan hari timbangan di akhirat nanti. Fikir-fikirkanlah........

 "Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(An-Nisaa' 4:129)


Saya pohon ampun andai segala yang tertulis ada menyakiti sesiapa di sini, sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu kesipan saya, dan segalanya berlaku atas izin Allah jua. Wallahualam.

Kalau macam ni, insyaAllah... best... :)

OPS Expired !!

Hari minggu ni saya tak ke mana. Suami pun sibuk dengan aktivitinya sendiri, jadi apa aktiviti saya ?

Selain dari rutin harian, ada operasi khas hari ini.....apa ye ?

OPS Expired. Hari ini, saya nak semak semua stok-stok makanan yang tersimpan dalam kabinet. Dua hari lepas saya dah buat OPS Fridge. Sebenarnya operasi ni mesti dibuat setidak-tidaknya dua minggu sekali, setuju tak ? Kenapa ye?

Kita perlu prihatin dengan masalah tarikh luput ni. Sangat tidak bagus dan boleh membawa bahaya bila makan makanan yang dah terlepas tarikh luput. Saya tak mahu anak-anak atau suami "termakan" makanan yang dah luput ni. Nanti datang pulak penyakit.

Kalau rajin, setiap makanan yang di beli tu, diletakkan label sendiri. Bukan apa, takut label yang diletakkan hilang atau terpadam. Kalau tulis sendiri kan lebih jelas.......

Jadi, itulah aktiviti saya hari ini. Rasa macam nak susun balik perabot dalam rumah ni, tapi dah tak tahu nak susun macam mana, sebab, kalau di alih sofa dekat dengan tingkap, ada plak yang jadi spiderwoman nanti.

Okaylah, selamat berhujung minggu semua ye. Semak stok makanan anda !  ♥

Ada ijazah, tak kerja, membazir ke?

Sejak dari sekolah rendah, ibu bapa saya sentiasa menyuruh saya mementingkan pelajaran. Mereka meletakan saya sebagai harapan keluarga. Mereka menyokong segala kemahuan saya selagi perkara itu menjurus ke arah pendidikan.

Sehinggalah saya berjaya ke peringkat Diploma, saya terhenti setakat itu, walaupun masih mempunyai minat untuk belajar. Mengapa ? Saya mengenangkan ibubapa yang sudah sangat berusia, saya mahu bersama dengan mereka sebelum saya berkahwin. Saya tidak mahu menambah beban hutang pinjaman pelajaran. Saya mahu buat sesuatu untuk saya dan keluarga sebelum saya membina keluarga sendiri.

Itu adalah saya. Bagi anda yang berjaya mendapatkan ijazah, Master, PHD , Tahniah dari saya. Anda sangat cekal.

Namun bagi seorang wanita, yang akhirnya berkahwin, dan akan menjadi surirumah bila suami kata "Its okay. Gaji abang cukup untuk sara kita dan anak-anak."

Saya pasti, ada yang gembira, ada juga yang menyimpan rasa. Gembira kerana dapat menjadi surirumah sepenuh masa, melihat perkembangan anak-anak di depan mata, dan tidak lagi berkejar-kejar kepenatan menguruskan rumah dan keluarga selepas seharian di tempat kerja. Mungkin ada yang menyimpan rasa seperti kerugian masa, menghabiskan sebahagian usia di universiti, tapi hanya sebentar saja mempraktikkan ilmu. Tak kurang juga yang mahu terus bekerja kerana mahu mempunyai pendapatan sendiri.

Itu adalah pendapat masing-masing.

Namun  adakah anda berasa rugi menyimpan ijazah dan lain-lain sebagai hiasan di rumah ? Kadang-kadang ada "makcik-makcik" yang akan berkata, " penat-penat dihantar belajar dulu, ko tak kerja dah? Duk rumah jer sekarang? Rugi jer mak ayah habiskan duit sekolahkan ko. Dah ada jawatan besar, lepas macam tu aje?"

Tiada kerugian walau sedikitpun. Ilmu yang kita dapat bukanlah hanya untuk sekeping kertas. Ilmu yang kita cari telah membentuk pemikiran dan peribadi kita hari ini. Siapa kita sebelum dan sesudahnya, pasti ada beza.

Mempunyai pengalaman ke universiti, kita boleh jadikan panduan dalam mendidik anak-anak kita. Bagi seorang ibu yang hidupnya duduk di rumah selalu, perlu juga punyai pengetahuan lain untuk mendidik dan membesarkan anak-anak. Dari ilmu yang kita ada, kita boleh bekalkan anak-anak kita dengan pengetahuan dan pengalaman yang kita ada supaya mereka lebih bersedia menghadapi perjalanan mereka.

Tiada runginya ilmu itu bagi seorang wanita yang duduk di rumah, kerana dia boleh menjadi isteri dan ibu yang sangat baik jika dia tahu mengaplikasikannya dalam menjaga kerukunan rumahtangga dan mendidik anak-anak.

Isteri yang berilmu, mampu membantu suami menguruskan rmahtangga, ibu yang berilmu mampu menjadi ibu yang membantu menyelesaikan permasalahan anak-anak. Besar manapun jawatan atau kedudukan kita semasa bekerja, besar lagi jawatan kita di rumah. Besar mana gaji yang kita dapat semasa berkerjaya, besar lagi ganjaran jika mampu masuk ke dalam golongan isteri solehah. ♥