Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan

Cerita Interview pertama aku

 Hari tu, hari terakhir aku di kolej untuk semester itu. Semester depan adalah semester final. Tak ada kelas. Jadi aku nekad nak cari kerja.

Keluar dari kolej, aku singgah kedai alat tulis yang bertentangan dengan kolej aku tu. Memang aku suka masuk situ. Aku suka tengok notebook, marker, artline, kertas warna. Kadang tak membeli apa pun. Auntie dan Uncle tu pun dah biasa dengan aku.
Aku masuk hari tu, aku cuma nampak uncle tu sorang aje. Auntie yang selalu jaga kedai tu aku tak nampak.
"Uncle, itu auntie tak kerja ka?"
"Sudah berhenti lah."
"Owh, dia bukan u punya wife ka uncle?"
"Eh, bukanlah. Dia kerja saja. Tapi sudah tak berapa sihat. Saya pun susah lah."
"U tak mau cari orang kerja ka uncle?"
"Mau lah, tapi susahlah, u tau ka siapa mau kerja?"
"Tau lah."
"Siapa?"
"I lah. Hehehe."
"Haiyaaa. U mana boleh kerja sini."
"Alah uncle ni, kenapa tak boleh?"
"U belajar sana kolej kan? Mana saya boleh bayar gaji besar."
"Tak apa lah uncle, asalkan saya lepas bayar sewa rumah sama makan pun ok."
"Tapi tak boleh bayar besar maa. U mau ka?"
"Haiyaaa, saya kan, itu diploma pun belum dapat, berapa pun ok, u mau bayar berapa uncle?"
"Enam ratus, enam ratus lima puluh macam lahh."
Haaaaa? Reaksi aku dalam hati. Banyak tuuuu. Sewa rumah baru RM60 sebulan. Duit sarahidup dari MARA pun dapat juga nanti. Ok confirm, on.
"Boleh uncle. itu pun banyak lah uncle. Saya punya rumah dekat tau, jalan kaki saja, tak payah keluar duit transport. Cukuplah makan."
"Eh, tapi u ok ka ini macam? Tak banyak ooo."
"Ok Uncle. Ok sangat. Saya mau. Saya mau."
"Eh, tapi macam mana u punya belajar?"
"Tak pe. next semester, i tak ada kelas la uncle. Hantar report saja."
"Ohh, itu macam kaa. ok lah. Bila u mau kerja ?"
"U kasi saya balik kampung satu minggu la uncle. Lepas tu saya masuk kerja."
Haa, begitulah cara aku interview uncle wong untuk minta kerja. Bukan dia interview aku tau. Haha.
Orangnya sangat ringkas. Mudah berurusan.
Hari pertama aku kerja, dia serahkan kunci pada aku. Dia tunjukkan semua yang aku patut tahu.
Dia ajar aku guna mesin fotokopi yang akhirnya jadi boifren aku tu.
Dia ajar aku guna binding machine.
Dia ajar aku laminate.
Dia ajar aku guna cashier machine.
Dia ajar aku kira duit untuk didepositkan ke bank. Berapa perlu tinggal di cashier, no akaun dan yang berkaitan.
Dia bagi tahu bank mana nak tukar duit syiling.
Selepas tiga hari, dia bagi aku Amanat.
"Shida, lepas ni u jaga terus lah oorrr, Saya datang pun satu minggu tiga empat kali saja. Sebenarnya, saya ada tiga kedai lagi mau jaga. Tapi satu kedai sana saya punya abang tolong jaga full time. Jadi lagi dua saya mau jaga, sana dua kedai besar. Sini tak ramai customer. tak pack, u boleh jaga sorang punya."
Terkejut juga aku dengar. Baru tiga hari dia dah percaya nak tinggal kedai ni kat aku ? Mungkin terpaksa lah kan memandangkan dia ada banyak cawangan kedai lagi.
Aku pun akur lah.
Semua nombor telefon penting dia bagi.
Hari yang cukup sebulan aku kerja, dia ada di kedai. Dia kirakan gaji aku dari cashier. Dia bagi pada aku.
"Bulan depan, kalau saya tak datang hujung bulan, u kira gaji u sendiri aarr."
Bulat mata aku. Uncle Wong ni biar betul. Tapi memang betul, dari gaji aku RM650.00 sampailah selepas lebih setahun bekerja dah jadi RM900.00, dia suruh aku kira sendiri aje.
Sebenarnya bukan saja dia percaya pada aku sepenuhnya, dia juga banyak kongsikan pengalaman dan ilmu bisnes yang dia tahu pada aku.
Setahun lebih aku kerja, aku nak berhenti, dia tak bagi, nak bagi tambah gaji.
"Sorry uncle, mak sudah panggil balik."
"Yalah, yalah," kata uncle.
Dia majikan pertama aku. Alhamdulillah, majikan pertama yang tidak memberi sejarah buruk. Aku sangat suka bekerja dengan dia.
Nanti ada masa, aku cerita lagi. Aku cuba recall semula tips dan ilmu yang dia pernah kongsi dengan aku. Aku kongsi pulak dengan korang ye.
Sebelum ni dah pernah share cerita uncle Wong ni. Ada peminatnya dulu. Siap tanya aku jumpa dia lagi ke tak, haha. Mana tau ada cerita bersiri #UncleWong pulak, haha.
~rindu pula bermain dengan mesin fotokopi dan binder, rindu je, bukan nak buat lagi. Cukuplah hanya rindu, haha.
Sekadar kisah interview pertama. Korang punya cerita macam mana ?


- gambar sekadar hiasan.

Subhanallah....banyaknya kasih sayang Allah....

Khamis yang lepas, en suami pergi memancing sembilang, Alhamdulillah, balik awal dengan hasil yang memuaskan.

Saya pula beberapa hari ini sibuk menyiapkan tempahan kuih untuk kenduri kendara yg dah terjadual minggu ini. Jumaat tempohari, ada kenduri kesyukuran di rumah bapa saudara. Saya hanya sempat memberikan kuih  dan bersalam-salaman bertanya khabar, tanpa berlama-lamaan kerana masih ada urusan lain. 

Allah sentiasa menjaga kita dan menyayangi kita, betul tak ?

Petang jumaat itu, sambil menghadap FB, saya pening memikirkan apa agaknya yang saya akan siapkan untuk hidangan makan malam ini. Tiba-tiba anak-anak riuh, rupanya atok mak mereka sampai. Mak saya datang bersama kakak saya dan suaminya, semata-mata mahu menghantar makanan kenduri dari rumah bapa saudara saya tadi. Penuh terus meja makan saya dengan pelbagai hidangan.

Padahal saya cuma memberikan satu bekas kuih apam pelangi sahaja. Maklumlah, tak jauh juga jarak rumah kami, dalam 20 minit perjalanan. Lagi pun , kata mak, mak cik saya tu berkeras minta dibawakan untuk saya makanan-makanan itu semua. Alhamdulillah ya Allah..!

Teringat ada sembilang dalam peti sejuk, saya keluarkan untuk emak bawa balik, buat rasa air tangan pancingan suami.. :)

Sambil saya siram dengan air di sinki, tangan saya dengan teramat berhati-hati merasa-rasa jika ada badan-badan yang sudah lembut. Perlu berhati-hati kerana sejak suami bawa pulang, saya belum sempat buangkan bisanya. Tapi kehendak Allah, tiba-tiba satu tusukan bisa mengena di jari kelingking kanan saya. Allahuakbar!!!! Sakit yang saya tak mampu nak ceritakan. Namun dalam menahan sakit itu, saya buangkan bisa sebanyak mana yang saya mampu, emnak yang selesai solat maghrib meluru bila saya memanggil dengan suara kesakitan... Tanpa lengah mak urut dengan minyak gamat dan menurut abang ipar saya, tekan dengan biji asam supaya disedut keluar bisanya. Saya tahu, bisanya kalau menular, boleh membawa maut.

Ya Allah, benar-benar sakit, terasa bisa menular... namun saya cuba bertahan, apa sahaja yang mampu merawat, saya cuba usahakan. 

Namun disinilah kebesaran kasih sayang Allah... Sudah sekian lama rasanya saya tidak dapat benar-benar bermanja dengan ibu saya, tapi, saat saya ditusuk bisa itu, ibu saya ada di sisi ! Alhamdulillah.... memang membantu memberi semangat dalam menahan kesakitan. Allah Maha Penyayang, dan sebahagian kasih sayangNYA DIA salurkan melalui hamba-hambaNYA yang lain.

Kronologi sengatan pada saya :

Allah datangkan dulu semua benda-benda, perkara-perkara dan insan-insan yang menggembirakan saya sebelum DIA menguji saya dengan bisa sembilang itu. pilihan di tangan saya, adakah saya mahu melatah dan menolak kesakitan yang penuh nikmat ini atau menerima nya dengan keredhaan dan rendah hati ?

saya memilih untuk meminta dari Allah menyembuhkan kesakitan ini dan alhamdulillah, semasa entri ini ditaip, tangan saya tidak lah berasa bisanya lagi...dan amat bersyukur sekali kerana dari peristiwa ini, saya tersa kasih sayang dari insan terdekat lebih dari sebelumnya.... ♥ Allah Forever.......