Durian Crepe Oh Durian Crepe ♥



Setiap hari di FB, saya asuik ternampak gambar-gambar durian crepe ni...... demam FB'ers yg baru. Nak beli, malas. Bila saya cari resepi di internet, rupanya tak susah membuatnya....Kebetulan siang tadi, saya ke kedai runcit, ada pula durian dijual. Jadi, dengan gembiranya saya mencuba. Alhamdulillah, sedap rasanya. Anak-anak suka. :) Saya ada jumpa 2 resepi, terpulanglah anda semua nak cuba yang mana satu. Rasanya lebih kurang saja. selamat mencuba...♥

RESEPI PERTAMA
BAHAN2

250 gm tepung gandum
3 biji telur ( reen guna 2 biji telor gred A)500  ml santan                                                                            
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pes pandan dan sedikit pewarna hijau untuk kulit berwarna hijau
1 sudu teh pewarna kuning untuk kulit berwarna kuning

Cara : 
1) Satukan semua bahan & masukkan dalam blender dan kisar.Kemudian tapiskan
) Panaskan non-stick pan
3) Bubuh sikit minyak reen guna minyak jagung sapu guna tissue 
4) Tuang 1 senduk ke dlm  non-stick pan.
5) Angkat pan lenggokkan bulat ikut arah jam macam lenggok inul ye supaya cantik bulat
6) Bila dah masak angkat dengan perlahan romantik2 gitu .tak perlu terbalikkan
7) Ulang hingga adunan habis.

Bahan inti :
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya.

 Cara :
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak di hidangkan dingin


*********************************************

RESEPI KE DUA
BAHAN2
Durian.. Diambil isi sahaja
 50 gram tepung gandum..
1 penutup esen vanilla..
Pewarna
 1 sudu besar tepung ubi kayu
sebiji telor..
 3 sudu teh/kecil butter, kemudian cairkan..
160 ml air
40 ml susu cair / fresh milk
2 sudu besar gula halus / kastor

  CARA MEMBUATNYA :
campurkan tepung gandum dgn tepung ubi ( di ayak kedua2nya terlebih dahulu ).. masukkan sekali gula
  Kemudian.. tuang susu cair keatasnya..
 Kacau sebati dgn menggunakan whisker (pemukul tangan)
 Selepas itu, masukkan pula telor yg dah di kacau menggunakan garfu terlebih dahulu.. telor dikacau begitu saja,  bukan pukul sampai kembang.. lepas masukkan telor tu sila kacau sebati..
 Seterusnya, masukkan esen vanilla.. kacau lagi..
 Masukkan pula air.. kacau lagi..
Pastu lak, masukkan butter cair.. kacau..
 Masukkan pewarna.. ikut pilihan masing2
 sila tapiskan adunan tersebut sebelum di masak

 CARA MASAK CREPE :
 Sediakan kuali anti lekat ( non stick pan ).. panaskan dgn api yg kecil..
  Kemudian, ambik sesenduk kecik adunan..
 Tuang dgn lemah lembut.. bentukkan adunan menjadi bulat dgn menggunakan bontot senduk tu aje.. adunan tersebut jgn tebal sgt atau nipis sgt.. just nice org kata..
 Masak sampai bahagian bawah adunan tu mcm nak kering.. kering tau, bkn hangit.. adunan ni JANGAN di terbalikkan masa proses memasak..
  Bila dah masak, diangkat dengan berhati2 dan diterbalikkan ke atas bekas/pinggan.
Hasilnya, permukaan crepe yg kering di bahagian atas, yg licin di bahagian bawah.. masak lagi sampai adunan abis..

BAHAN INTI :
 150 ml fresh cream../ whipping cream
Putar whipping krim/fresh cream sampai kental.

 CARA MENGGULUNG CREPE :
Letak sesudu krim, 
Letak pula sesudu isi durian..
  Lapiskan semula dgn krim.. tak perlu tebal sangat, nanti susah nak balut..
  Lipat crepe anda, simpan dalam peti sejuk sebelum di makan……


Ada ijazah, tak kerja, membazir ke?

Sejak dari sekolah rendah, ibu bapa saya sentiasa menyuruh saya mementingkan pelajaran. Mereka meletakan saya sebagai harapan keluarga. Mereka menyokong segala kemahuan saya selagi perkara itu menjurus ke arah pendidikan.

Sehinggalah saya berjaya ke peringkat Diploma, saya terhenti setakat itu, walaupun masih mempunyai minat untuk belajar. Mengapa ? Saya mengenangkan ibubapa yang sudah sangat berusia, saya mahu bersama dengan mereka sebelum saya berkahwin. Saya tidak mahu menambah beban hutang pinjaman pelajaran. Saya mahu buat sesuatu untuk saya dan keluarga sebelum saya membina keluarga sendiri.

Itu adalah saya. Bagi anda yang berjaya mendapatkan ijazah, Master, PHD , Tahniah dari saya. Anda sangat cekal.

Namun bagi seorang wanita, yang akhirnya berkahwin, dan akan menjadi surirumah bila suami kata "Its okay. Gaji abang cukup untuk sara kita dan anak-anak."

Saya pasti, ada yang gembira, ada juga yang menyimpan rasa. Gembira kerana dapat menjadi surirumah sepenuh masa, melihat perkembangan anak-anak di depan mata, dan tidak lagi berkejar-kejar kepenatan menguruskan rumah dan keluarga selepas seharian di tempat kerja. Mungkin ada yang menyimpan rasa seperti kerugian masa, menghabiskan sebahagian usia di universiti, tapi hanya sebentar saja mempraktikkan ilmu. Tak kurang juga yang mahu terus bekerja kerana mahu mempunyai pendapatan sendiri.

Itu adalah pendapat masing-masing.

Namun  adakah anda berasa rugi menyimpan ijazah dan lain-lain sebagai hiasan di rumah ? Kadang-kadang ada "makcik-makcik" yang akan berkata, " penat-penat dihantar belajar dulu, ko tak kerja dah? Duk rumah jer sekarang? Rugi jer mak ayah habiskan duit sekolahkan ko. Dah ada jawatan besar, lepas macam tu aje?"

Tiada kerugian walau sedikitpun. Ilmu yang kita dapat bukanlah hanya untuk sekeping kertas. Ilmu yang kita cari telah membentuk pemikiran dan peribadi kita hari ini. Siapa kita sebelum dan sesudahnya, pasti ada beza.

Mempunyai pengalaman ke universiti, kita boleh jadikan panduan dalam mendidik anak-anak kita. Bagi seorang ibu yang hidupnya duduk di rumah selalu, perlu juga punyai pengetahuan lain untuk mendidik dan membesarkan anak-anak. Dari ilmu yang kita ada, kita boleh bekalkan anak-anak kita dengan pengetahuan dan pengalaman yang kita ada supaya mereka lebih bersedia menghadapi perjalanan mereka.

Tiada runginya ilmu itu bagi seorang wanita yang duduk di rumah, kerana dia boleh menjadi isteri dan ibu yang sangat baik jika dia tahu mengaplikasikannya dalam menjaga kerukunan rumahtangga dan mendidik anak-anak.

Isteri yang berilmu, mampu membantu suami menguruskan rmahtangga, ibu yang berilmu mampu menjadi ibu yang membantu menyelesaikan permasalahan anak-anak. Besar manapun jawatan atau kedudukan kita semasa bekerja, besar lagi jawatan kita di rumah. Besar mana gaji yang kita dapat semasa berkerjaya, besar lagi ganjaran jika mampu masuk ke dalam golongan isteri solehah. ♥

Pilihan yang baik, jangan ditangguh...♥

Sekali sekala tergoda juga hati melihat tudung yang cantik-cantik di laman muka buku. Setiap hari, pagi petang ada saja penjual-penjual tudung yang mempromosikan produk mereka. Saya fikir, "Kalau aku zaman dulu-dulu ni, mesti aku dah beli dah...."

Tapi hanya suka melihat corak tudung-tudung itu, itu saja. Bila membayangkan saya memakainya, hati rasa tak seronok. Tak mampu membayangkan diri bertudung cara itu lagi. Pilihan saya kini hanyalah yang satu warna dan yang berwarna gelap. Bagi saya ia sangat selesa dan mudah. Lebih-lebih lagi, kini mudah nak dapatkan tudung yang bermaterial tak perlu gosok dan siap ber"awning". Jadi, ia amat mudah bagi saya yang ulang alik keluar masuk rumah menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah.

Saya pernah melalui zaman di mana mementingkan penampilan. Walaupun gaya saya dulu bukan lah gaya yang seksi atau terlalu up-todate kata orang, namun saya selalu utamakan  warna dan corak baju yang menarik. Menarik bagi saya, menarik jugalah bagi orang lain. Saya juga suka mengenakan make-up nipis, yang walau pun tidak terlampau, tetapi tetap menarik perhatian lelaki.

Sewaktu saya di kolej dahulu, pernah saya berniat untuk menukar penampilan dari bertudung singkat dan bergaya, kepada tudung labuh ala-ala ustazah. Namun, niat saya itu terbantut kerana tidak ada seorang pun rakan sekeliling saya memberi sokongan ataupun dorongan. Saya mula-mula cuba juga tabahkan hati, namun, bila berada disekitar orang-orang yang tidak bersetuju dan kelihatan "tidak gembira" dengan perubahan yang saya ambil, saya terhenti setakat itu, 2 helai tudung yang telah siap dijahit kakak hanya terpakai 2-3 kali sahaja, dan kemudian tersimpan semula.

Dalam kegembiraan saya mengharungi "indah"nya remaja, hati ini masih menyimpan hasrat yang saya akan berubah juga satu hari nanti. Doa untuk terus tabah dan berusaha memperkukuh iman tak pernah putus dari hati saya. Setelah bertemu jodoh, dikurniakan zuriat, saya mula memperbaiki segala kelemahan saya sedikit demi sedikit.

Alhamdulillah.... syukur, masih saya sempat memperbaiki diri ini sebelum saya tiba ke hujung nyawa. Apa yang sekarang selalu terlintas difikiran saya, betapa syukurnya saya telah dapat menemukan apa yang saya cari selama ini. Selesanya bila kehidupan yang saya lalui seiring dengan hati. Ketenangan yang saya tak pernah temui di zaman "keseronokan" dulu, kini saya kecapi.

Sedarlah saya, walau tinggi manapun orang puji kita, walau banyak mana pun akuan kasih dan janji sayang manusia kepada kita, takkan mungkin sama dengan anugerah dan kuniaan Allah yang tak mampu saya hitung sejak berada di dalam rahim emak saya.

Sahabat sekalian, saya ini hanyalah seorang wanita yang punyai sejarah yang berbeza dengan keadaan saya kini. Namun saya mahu juga berkongsi pengalaman ini untuk membawa kita semua menyedari betapa hidup ini sebenarnya singkat, betapa ruginya kita menangguh perubahan ke arah kebaikan......

Penangguhan biasanya akan memberikan kesan tidak baik, dan penyesalan yang tidak sepatutnya berlaku. Bukannya satu keuntungan bagi kita mencari nikmat dunia, tetapi bila kita nekad mencari keuntungan akhirat, Allah telah berjanji yang kita tidak akan rugi.

Sesiapa yang telah terdetik dihati untuk berubah kepada yang lebih baik, ayuh! Jangan tunggu orang lain, jangan tunggu sokongan  atau dorongan lain, mintalah perlindungan dan bantuan Allah. Kita perlu tegas dengan diri sendiri.

Semoga jelas dihati kita semua apa yang kita mahu selama kita hidup di dunia ini. Mahu mengumpul harta dunia atau pun mengumpul amal, peneman di akhirat ?

Bertudung cantik untuk pujian rakan dan mata liar ataupun menutup aurat untuk mendapat redha Allah ? Sama-sama kita muhasabah diri...♥

Dunia tak kemana


Redup di luar tidak mendinginkan keadaan di dalam. Cuaca yang panas dingin ini sering saja menguji kesungguhan menghadapi dugaan hidup. Cinta hati yang kejap malap kejap bersinar, menjadikan hidup cukup teruji. 

Aku tak mahu lagi terikat dengan dunia ini sebenarnya. Namun kehadiran cahaya mata yang sedang membesar dan memerlukan bimbingan aku untuk mereka menghadapi dunia, membuatkan aku cuba bertahan dan cuba lagi berinteraksi dengan dunia ini. 

Ya benar, selagi bernama khalifah di muka bumi, banyak sebenarnya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Bukan aku tidak tahu, yang dunia zaman ini tidak lagi aman untuk membiarkan anak-anak memilih cara mereka sendiri. Dan pergolakan di dalam masyarakat islam saja tidak pernah selesai. Muncul sahaja isu-isu yang cuba memecahbelahkan keteguhan umat Islam.

Di sentuh dari segi politik, ekonomi, sosial, dan akedemik. Islam yang sepatutnya menjadi panduan dikatakan menyebabkan kemunduran. Lalu bagaimana aku mahu membiarkan anak-anak ku terjerumus dengan pemikiran yang menghina agama Allah ini ?

Anak-anakku sepatutnya aku bawa melalui jalan-jalan yang memperlihatkan kebenaran, bahawa Islam adalah agama sebenar bagi umat manusia. Lalu bagaimana pula aku menjawab persoalan -persoalan seperti :

"Mama, kenapa orang tu tak tutup aurat? Mama, kenapa orang tu tak puasa ? Mama, kenapa orang tu tak solat? Mama, kenapa kita tak boleh make-up cantik-cantik macam perempuan lain?"

Begitu banyak lagi sebenarnya persoalan yang bakal diajukan oleh mereka dalam proses mengenali dunia ini.....Oh, andainya mampu aku fahamkan mereka, yang dunia ini hanya sementara, usah kau berat memikirkan dunia, cukup sekadar menjalani kehidupan dengan penuh tanggungjawab........

Mama sudah lelah melayani karenah dunia yang semakin sakit kerana pembawa penyakitnya semakin banyak....Namun daya apakah kita menahan semuanya, sedangkan tiada sesuatu pun yang bergerak dalam dunia ini tanpa izin Allah swt. Justeru, kita perlu belajar menjadi muslimah yang baik, kita perlu belajar memilih jala dan cara hidup, dan belajar mendidik hati agar tidak tergoda dengan kenikmatan dunia yang akan musnah...... dunia ini tidak kemana, kita yang bakal meninggalkan dunia.

~