SAHAJA AKU JATUH CINTA : REVIEW




Pernah dulu semasa mengandungkan anak ke enam, tahun 2015, aku sudah pun pilih nama Ammar jika anak ku itu lelaki.


Waktu itu, masyarakat islam dunia dan penduduk Malaysia dan Turki khasnya baru setahun lebih mengambil ibrah dari kematian seorang pelajar Malaysia yang dikatakan syahid pada akhir 2013.
Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayub Al-Ansari r.a.

Aku sangat tersentuh, teruja, tertampar, terbangun dengan kisah pemuda ini. Sehingga berhajat meletakkan nama anak yang bakal lahir dengan nama Ammar juga. Nama Ammar juga nama Sahabat Rasulullah, yang syahid dalam peperangan dan ibunya pula wanita pertama syahid dalam islam.

Namun Allah telah pun menulis semuanya di Luh Mahfuz. Lahirnya anak ke enam, lelaki dan aku namakan Umar sempena sahabat baginda juga.

Nama Umar juga antara nama piliham aku kerana sangat bahagia mengetahui kisah keberanian sahabat yang seorang ini dalam menyebarkan dan mempertahankan Islam.

Berbalik kepada kisah Ammar. Aku teringin mengetahui bentuk didikan yang bagaimana diterapkan dalam dirinya.

Minggu lepas, Bonda Nor telah membuat promosi di mana , beli dua bukunya yang lain, dan percuma buku Sahaja Aku Jatuh Cinta.
Buku itu antara yang berada dalam 'wishlist' aku. Jadi memang aku tak lepaskan peluang.

Helaian demi helaian aku baca, sangat menyentuh jiwa. Bagaimana seorang wanita yang melahirkan seorang Ammar itu bukan lah baik hanya bila anaknya berada di dalam kandungan.

Dia telah pun meletakkan dirinya di jalan yang benar sejak zaman muda, zaman bujangnya.

Bila dia menerima pinangan bersyarat yang memerlukan dia menyerahkan suami, keluarga dan anak-anak yang bakal ada sepenuhnya kepada Allah, dia tidak pernah membayangkan apa kisah masa depannya.

Apa yang penting, dia tahu, jalan dakwah itu jalan yang benar, dan perlukan pengorbanan.

Bila melepaskan anaknya di bumi Turki, bukan dia melepaskan untuk anaknya kembali kepadanya. Tetapi dia melepaskan anaknya untuk Rabbnya.

Buku ini tidaklah ditulis seratus peratus mengikut cerita sebenar, namun cerita utamanya tidak lari untuk dijadikan ibrah.

Seharian aku menghabiskan bacaan, cukup menghidupkan jiwa ibu aku ini. Sambil mengikuti kelas online bersama ticer Dhuha, aku sambung bacaan setiap waktu rehat.

Maka bertimpa-timpa ilmu Allah beri pada aku hari ini.
Sesungguhnya, ilmu tidak hadir jika tidak di cari. Mohon ilmu yang Allah beri adalah ilmu yang diberkati.

Kenapa Gluten tak elok untuk orang eczema?



Cik Ayu, gluten tu apa? Kenapa Gluten tu tak elok untuk orang eczema? Anak saya suka sangat roti, tiap hari nak makan roti.


CA pun dulu kan, tiap malam, masa dalam pantang, sebelum tidur mesti makan roti putih tu cicah milo. Sedap kan? Tulah, rupanya dia boleh jadi punca eczema yang teruk. Sedih.

Sebab apa gluten ni di panggil Glu-ten? Sebab ‘Glu’. Haa dia macam melekit macam gam tu. Tapi gam ni dalam tepung gandum atau bijirin lain seperti oat, nestum. Dia melekit-lekit kan? Orang kita ada yang panggil kanji.

Jadi, benda melekit tu dipanggil gluten. Dalam usus kita, gluten ni susah sangat nak dicerna sebab sifat dia tu. Gluten ni pula boleh menyebabkan usus kita bocor (Leaky Gut). Bukan bocor macam berlubang tu. Ada kerosakan di usus tu.

Jadi bila dah bocor tu dia membantu sangat bendasing seperti bakteria jahat, makanan tak cerna, toksin keluar dari usus kita dan masuk ke aliran darah.

Bila dah banyak bendasing dalam aliran darah, dia akan merayap ke serata badan dan berlakulah keradangan sistemik. Masa tulah jadinya Eczema dan lain-lain masalah.

Bukan setakat itu aje, kebocoran usus juga menyebabkan usus gagal menghasilkan enzim DAO untuk memecahkan histamin. Maka, histamin yang berkumpul pun menyebabkan hal seperti eczema juga.

Oleh kerana punca dia dah dua, memang ada peluang sangat dapat masalah yang lebih teruk. Kalau eczema, eczemanya akan jadi melarat dan jadi kronik. Kalau resdung, mula lah bersin tak berhenti, hidung gatal teruk, sentiasa berlendir, muka pun rasa merenyam dan sebagainya.

Kalau asma, mulalah datang serangan semput tu. Tak boleh salah sikit, semput.

Jadi nak buat macam mana ni?

Sebab itu kita nasihatkan supaya hentikan makan bahan mengandungi gluten. Bukanlah berhenti makan seumur hidup.

Kita cuma beri peluang usus kita membaik. Kita makan makanan yang tinggi kandungan vitamin C. Kita beri peluang badan kita buang toksin.

Biarkan semuanya kembali pulih secara semula jadi. Jadi ia memang akan memakan masa. Mungkin sebulan, 3 bulan, 6 bulan. Bergantung kepada badan kita dan amalan pemakanan kita.

Intoleransi gluten boleh mempunyai banyak gejala. (Seperti dalam gambar)

Walau bagaimanapun, ingat bahawa kebanyakan gejala dalam senarai di dalam gambar mungkin juga mempunyai penjelasan lain.

Dalam kes ini, kita harus berjumpa doktor untuk memeriksa jika ada penjelasan lain atau mencuba mengelakkan gluten dari diet anda untuk melihat apakah ia membantu.

Jika jelas gluten lah penyebab sismptom itu, anda boleh lah terus ambil tindakan.

Kalau nak cepat sihat, cepat pulih, kita kena ambil vitamin C, makanan yang tingkatkan imuniti badan, makanan yang tidak menyebabkan radang, makanan yang mengandungi antioksida yang tinggi, meningkatkan anti-histamin semula jadi.

Pada CA kan, memang susah nak pantau apa makanannya. Jadi mudahnya ambil supplement je lagi senang. Supplement ni dah merangkumi semua yang kita perlukan. Tinggal ambil je tiap hari. Mudahkan?

Supplement apa ? Redox Ultra.

Memang power sebab ada astaxanthin yang sangat berkhasiat beribu kali ganda dari vitamin C. Dah tak payah susah lah nak mencari kan?

30 TANDA-TANDA HATI KOTOR

 




30 TANDA-TANDA HATI KOTOR


1. Gelisah walaupun tiada masalah.

2. Selalu berbangga dengan diri sendiri.

3. Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain.

4. Tidak amanah dan mungkir janji.

5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya.

6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.

7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.

8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.

9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.

10. Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.

11. Menyampaikan ilmu dengan riak.

12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.

13. Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk.

14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa.

15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)

16. Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada.

17. Solat yang tidak khusyuk.

18. Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik.

19. Selalu mengeluh serta tidak redha dgn suratan takdir.

20. Cinta kepada duniawi dan materialistik.

21. Mudah bersangka buruk terhadap orang.

22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh.

23. Suka bergosip dan menabur fitnah.

24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.

25. Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat.Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia.

26. Pendendam.

27. Penting diri dalam semua hal.

28. Berpura-pura dan suka membodek.

29. Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain.

30. Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.

Kesemua sifat di atas adalah sifat Mazmumah (terkeji).

Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk di atas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

#CikAyuisTyping
#SelfImprovement

Teruskan penyusuan eksklusif untuk anak ekzema



CA pun pernah putus asa. Pernah je CA luahkan rasa dalam group untuk hentikan menyusu secara ekslusif.

Konon rasa kasihan pada anak. Susu tak cukup banyak. Anak tidak cukup zat untuk membesar.
Padahal Susu ibulah paling penting untuk anak kita atasi ekzema.
Susu ibu ni banyak sangat membantu anak untuk kembali sihat.
1.Bila anak dapat susu secara ekslusif, tahap imun badannya akan bertambah baik dari masa ke masa.
2.'Bonding' yang terjadi saat penyusuan amat penting untuk tenangkan anak dan kurangkan stressnya.
3. Ibu pun boleh kurangkan stress semasa proses penyusuan berlaku.
4.Jadi penting untuk ibu makan makanan yang baik, betul dan sesuai untuk bekalan ibu dan anak.
5.Penyusuan secara eksklusif sangat penting untuk pembentukan otak, minda, emosi dan fizikal anak.
6.Bila kita menysukan anak, dia akan rasa lebih selamat lalu dia pun kurang rasa stress kerana satu-satunya orang yang tak pernah tinggalkan dia di dunia ini ada bersama dia.
7.Jangan risau tentang tumbesaran anak, selepas dia pulih, tumbesarannya akan back-in-track.
8.Bila kita berpantang sambil menysukan anak, lebih cepat kita dapat kesan makanan apa yang sensitif dan tidak kepada anak kita.
9.Susu FM untuk bayi ekzema semuanya memerlukan bajet yang tinggi.
10.Tak semua bayi sesuai minum susu FM yang dirumus untuk bayi ekzema.
Jadi, ibu-ibu sekalian, usah berputus asa. Teruskan menyusukan bayi ekzema anda. Yakin Allah akan berikan kesembuhan.
Tiada makanan yang lebih baik dari susu ibu untuk bayi baru lahir hingga 2 tahun.
Tetapkan hati. Ramai yang faham rasa 'down' itu. Kita sekapal. Tak siapa sanggup tengok anak menderita.
Inilah masa untuk kita berkorban lebih untuk kehidupan anak kita yang lebih baik.