FEAR FACTOR KHALID AL WALEED

Assalamualaikum.. dah lama tak mengarang di blog kesayangan ini. Hari ini nak cerita tentang fear factor. Rasanya saya pun dah lama tak menonton rancangan Fear Factor atau yang seumpamanya.

Kenapa ada rancangan macam tu? Untuk kita mengatasi ketakutan ke atas sesuatu? Untuk apa ? Supaya kita dapat teruskan perjalanan tanpa rasa gentar dan rasa lebih yakin.

Apa pula dengan Saidina Khalid Al Waleed?

Dari pembacaan sejarah Islam dan rujukan dari beberapa sumber, kita tahu tentang siapa Khalid Al Waleed. Sahabat Rasulullah ini adalah seorang wira Islam yg mendapat gelaran Saifullah. Benar sekali, beliau ialah PEDANG ALLAH dan telah membawa kemenangan demi kemenangan kepada Islam dalam peperangan dengan Izin Allah. Beliau sangat berani hingga kehadiran beliau menjadi kegerunan setiap musuh Islam dalam peperangan.

Namun apakah sebenarnya FEAR FACTOR bagi Khalid Al Waleed ? Kiranya kita berada ditempatnya, peratusan mengatasi faktor itu amat tipis.. tetapi tidak beliau...

Sebaik memeluk  Islam, setiap muslimin pasti akan mendalami Al-Quran. Begitulah yang dilakukan Khalid Al Waleed.  Berapa ramaikah antara kita tahu tentang kisah Al Waleed iaitu bapa Khalid yang diceritakan di dalam Al Quran ? Siapakah Al Waleed ini ?

Al Waleed adalah antara pembesar di Kota Makkah yang menentang dakwah Rasulullah. Terkenal dan amat dipercayai sebagai orang yang bijaksana dalam berkata-kata di antara para pembesar. Al Waleed telah di pilih untuk menawarkan Rasulullah SAW pelbagai pilihan antaranya menawarkan kuasa dan juga wanita-wanita untuk meninggalkan dakwah. Namun dengan baik dan bijaksana, Rasulullah SAW telah membalas ajakannya itu dengan membacakan ayat-ayat dari surah Al Fusilat. Ayat-ayat yang membuatkan Al Waleed terpegun dan mengakui bahawa Rasulullah membawa kebenaran.

Namun setelah berhadapan dengan semua pembesar Makkah yang menanti berita dari hasil pertemuannya dengan Rasulullah, Al Waleed yang awalnya mengakui kebenaran Rasulullah telah menarik balik pengakuannya demi pengaruh dan kehormatan dari kaumnya. Dia yang telah mengakui kebenaran menutup pula kebenaran itu.  Kerana itu, turunlah ayat Al-Quran menceritakan tentang ini di dalam surah Al Mudassir yang bermaksud :

{Janganlah engkau bimbang wahai Muhammad} Biarkanlah aku sahaja membalas {orang yang menentangmu} yang aku telah ciptakan dia seorang diri {tidak berharta dan beranak-pinak}.
Lalu aku jadikan baginya harta yang banyak serta anak-pinak yang ramai yang sentiasa disisinya. Dan aku mudahkan kepadanya mendapat kekayaan dan kekuasaan dengan semudah-mudahnya.
Kemudian dia ingin sangat untuk Aku tambah lagi. Tidak sekali-kali akan ditambahi. Sesungguhnya dia telah menentang dengan degilnya ayat-ayat Kami {Al Quran yang disampaikan oleh Rasul Kami}.
Aku akan menyiksanya dengan azab yang memuncak beratnya. Kerana sesungguhnya dia telah memikirkan dan mereka-reka berbagi tuduhan terhadap Al Quran. Maka binasalah dia hendaknya!
Bagaimana dia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu). Kemudian dia telah bertenung dan memikirkan (berkali-kali jalan-jalan mencaci Al Quran, tetapi dia gagal). Kemudian dia memasamkan mukanya serta dia bertambah masam dan berkerut. Kemudian dia berpaling dari kebenaran dan berlaku sombong angkuh.
Lalu dia berkata "Al Quran ini tidak lain hanyalah sihir yang dipelajari dari ahli-ahlinya". "Ini tidak lain hanyalah kata-kata rekaan manusia'. (Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia kedalam neraka Saqar.
 (Al Mudassir 11-26)

Apa yang terjadi kepada Khalid Al Waleed ? Dari beberapa sejarah yang disampaikan, Sebaik Khalid Al Waleed memeluk Islam, beliau telah cuba menghafal ayat-ayat Al Quran dan antara ayat-ayat terawal yang beliau mahu hafalkan ialah ayat-ayat di atas........ayat-ayat yang menceritakan kemarahan Allah kepada bapa kandungnya.

Bagaimana beliau menahan hati nurani, membayangkan hukuman yang bakal diterima oleh bapanya sedangkan beliau telah diselamatkan oleh Kalimah Syahadah yang diucapkannya ? Sanggupkah kita berada ditempat beliau ? Dengan mengetahui keadaan dan azab yang diterima oleh penghuni di neraka Saqar ?
Mengetahui yang ayahnya adalah salah seorang penghuni neraka Saqar itu ?

Namun Khalid Al Walid mengatasi perasaan sedihnya dengan kecintaannya kepada Allah dan Rasul. Beliau telah  berjuang demi mendapatkan kemenangan Islam. Beliau telah bersedia untuk syahid pada bila-bila masa.........Beliau tidak takut mempertaruhkan nyawanya untuk memperjuangkan kebenaran.

Tiada lagi faktor takut, kecuali takut kepada Allah Swt. Jadi apakah perkara yang lebih besar yang kita hadapi dalam menegakkan keimanan kita berbanding Khalid Al Waleed ?


Stokin....Stokin.....Stokin.....

Sebenarnya, pada pemerhatian saya, masih ramai lagi yang berusaha menutup aurat, pakai baju kurung, pakai tudung melepasi dada, pakai seluar besar dengan blaus besar..... alhamdulillah... tetapi yang selalu orang tak perasan, lupa atau tak ambil port ialah bahagian KAKI.

Dari atas elok tertutup semua, tp bila dipandang ke bawah, jarijemari terkembang2 mintak ditutup. Amalkan sarung STOKIN bila keluar rumah. bukan setakat dapat tutup aurat dengan baik, dapat juga jaga kemulusan kaki tu dari di cemari debu2 dan habuk2 liar diluar. Dan pilihlah stokin yang panjang serta bewarna lebih gelap dari kulit kita. Agar ia membawa fungsi yang sebenar.....

Cuba anda perhatikan kaki2 wanita bila duduk menunggu di bank, pejabat pos atau duk makan di kedai2 makan. Yg mana lgi sedap mata memandang? bg saya, kaki yg tetutup molek.

Sekadar peringatan bersama... Dulu, saya pun rasa macam leceh nak berstokin... Alaaah, pergi kedai kejap je, sapa yg nak tengok punn... masa tu saya lupa, Allah Maha Melihat !! Kita hidup bukan untuk dipandang manusia, tetapi, untuk dipandang Allah.. Wallahualam....




Melayu mudah lupa ?

Tadi ke pej pos, poskan barang customer. Ramai orang. Didepan saya seorang wanita cina menunggu giliran sambil cuba tersenyum dan cuba memulakan perbualan dengan wanita melayu disebelahnya.. namun hanya dibalas senyuman kelat..

Datang seorang lelaki india, memulakan perbualan dengan wanita cina itu, dan setelah agak mesra perbualan, akhirnya wanita cina menolong untuk membayar kan bil lelaki india itu walau pun giliran lelaki india itu masih jauh. Katanya, x salah, bukan susah pun, memandangkan lelaki india itu ingin bergegas ke tempat kerjanya.

Saya duduk agak jauh dari mereka, dan dapat melihat pandangan2 berlainan makna dari wajah2 yg ada di dlm pej pos itu. Kesimpulan yang saya dapat, memang kaum Melayu tinggi EGO, kerana mereka mengaku bumi bertuah Malaysia bukan milik bangsa lain.... kasihan.... ego mereka membuat mereka lupa yang bumi Malaysia ini adalah milik Allah.... dan Allah menyuruh kita berbaik2 antara kaum yg berlainan.... untuk mengambil pelajaran.....

*saya pula, ramai yg ngeri nak berbual dengan saya sebab cuma nampak 2 biji mata saya aje....saya x salahkan mereka, mungkin mereka tidak tahu saya sedang tersenyum...... :)

Jangan harapkan ganjaran ♥

Sejuk hati melihat anak-anak saya suka belajar perkara-perkara yang berkaitan agama. Bukan mudah kita nak bentuk anak-anak zaman sekarang yang di "jajankan" dengan gajet-gajet dan aktiviti-aktiviti yang tidak semuanya berfaedah.

Saya suka mengajara mereka dengan berterus terang. Mungkin mereka belum tahu apa itu "REDHA" apa itu dosa, pahala, derhaka, apa motif solat dan sebagainya. Tapi kita perlu juga beri mereka penjelasan supaya mereka menyimpannya di otak dan di hati. Doa sahaja agar mereka cepat mendapat pemahaman dan melakukan segala tanggungjawab dengan baik bila mereka mula mengerti segalanya.



Saya tidak suka menjanjikan apa-apa hadiah atau ganjaran jika mahu mereka melakukan sesuatu yang berkaitan agama. Seperti solat.

Saya mengajarkan mereka bahawa solat itu adalah wajib. Bagi kita yang sudah dewasa, mungkin mudah faham akan maksud WAJIB. tapi anak sekecil 3 tahun, bagaimana mereka mahu dfaham ? Saya tidak cuba buat anak sekecil itu faham, saya cuma mahu dia tahu, kefahaman itu akan datang sendiri dalam perjalannan mereka melalui kehidupan. Semua itu diulang selalu.

Saya tidak mahu mereka melakukan ibadah kerana mengharapkan pahala atau sebagainya. Saya mahu mereka faham yang ibadah itu dilakukan kerana ia adalah kewajipan dan boleh mendapat redha Allah. Bila Allah redha, tentulah perkara-perkara baik saja yang akan terjadi dalam kehidupan, insyaAllah.

Antara dialog dengan anak, Ain, 7 tahun :

Mama, kenapa kita kena solat ? Kalau kita tak solat kita dapat apa ? kalau kita solat pula, kita dapat apa ?

Kita kena solat untuk kita tunjukkan tanda terima kasih kepada Allah. Cuba ain bayangkan bila ain bangun ain tak nampak apa-apa, cuba ain pejam mata ( Ain memejamkan matanya)
Ain nampak apa-apa ?

Tak. Gelap aje.

Macam mana kalau Ain bangun tidur esok, gelap macam tu, sedih tak ?

Sedih. Ain tak nak....

Jadi, kita kena berterimakasih kepada Allah, sebab Allah masih beri kita hidup, melihat, mendengar makan, minum berjalan dan macam-macam lagi. Ada baaaaanyak sangat yang Allah bagi pada kita. Ain boleh buat semua tu sendiri tak ?

Tak boleh. Ain mana ada kuasa.

Itu semua kuasa Allah kan..... Sebab Allah Maha Berkuasa.... Jadi kita kena berterima kasih tanpa harapkan apa-apa..... Bila kita berterima kasih Allah Redha..

Redha tu apa mama?

Redha tu macam suka. Contohnya, kalau Adik ain tolong ambilkan minuman untuk Ain, ain suka tak? (Angguk)

Tentu Ain nak buat baik je pada Adik sebab dia ingat pada Ain kan ? (Angguk lagi)

Macam tulah... Bila Ain selalu buat baik, dan rajin solat, maknanya Ain ingat Allah. Bila Ain ingat Allah, Allah pun suka, bila Allah suka, maknanya Allah Redha....

oooooo....sekarang Ain faham......

insyaAllah, bila mereka faham tentang kewajipan solat dan Redha Allah, mudah kita nak selitkan yang lain-lain....Mungkin cara anda mendidik anak-anak berbeza dengan cara saya... Asalkan kita terus mendidik anak-anak dan bawa mereka mengenali Islam yang indah dengan cara yang mudah, serta telus. Islam itu mudah dan telus. ♥ Islam....