LELAKI + WANITA = BEST FRIEND ? Boleh ke?
LELAKI + WANITA = BEST FRIEND ? Boleh ke?
.
.
Bagi CA sendiri, berkawan itu tidak salah sama sekali. Kita kenal dia, dia kenal kita. Dalam berkawan ini, pasti kita mahu cari banyak perkara baik dalam satu perhubungan itu, kan ?
.
Tapi apa yang kita terjemahkan sebagai "best friend" atau kawan karib itu?
.
Biasanya, kawan karib akan kongsikan banyak sangat perkara. Perkara yang seronok, yang sedih, hobi, minat, idea, masa dan emosi. Kalau tak sama minat pun, kawan baik ini akan menyokong dan membantu kita teruskan dengan minat dan hobi kita. Sentiasa bersama dalam suka dan duka.
.
Bila kita celaru, bila kita terasa nak meluahkan, bila kita perlu bahu untuk bersandar, biasanya kita cari best friend kita kan. Betul tak ?
.
Ok lah, CA menyerah, CA nak cerita kenangan lalu. CA pernah anggap seorang kawan lelaki ini sebagai kawan baik, di Kolej. Memang banyak sangat perkara kami kongsi. Contohnya kami selalu bertukar ilmu. Dia pandai penagturcaraan komputer, CA pula boleh kata fahamlah perakaunan. Jadi kami bertukar ilmu.
.
CA ada BFF (Best Friend Forever) perempuan, tapi si lelaki ni memang agak rapat dengan CA. Waktu ini, memang tak pandailah apa tu ikhtilat ke apa.
.
Tapi tetap jaga jugalah batasan antara lelaki dan perempuan tu.
.
Banyak jugalah kami kongsi sepanjang kami berkawan baik. Namun rupanya dia ada niat lain, dia mengaku dia "ada hati" pada CA. CA terpaksa tarik diri dari persahabatan itu sebab CA tak sedia pun untuk itu. (Hish tak mau cerita pasal hatilah, nanti jadi DRAMA SANGAT pulak, haha)
.
Waktu itu, BFF CA dan kawan-kawan yang lain memberi reaksi lebih kurang begini;
.
"Kan aku dah kata, tak ada maknanya dia anggap kau kawan baik, mesti ada udang disebalik mi."
"Kan dah kata, macam kuch kuch hota hai tu lah, cuma kau Rahul, dia Anjeli, hah."
.
Berat kisah yang terjadi sebenarnya. Kami pun tidak berjodoh. Masing-masing sudah bahagia dengan jodoh yang Allah aturkan. Namun ia jadi pengalaman untuk jadikan CA seorang ibu yang sangat memberi perhatian kepada anak-anak dara CA.
.
Begitulah ceritanya. Boleh saja berkawan dengan lain jantina, atas urusan muamalah. Sebab itu dalam agama sendiri sudah ada cara menjaga batas pergaulan yang dinamakan ikhtilat.
.
Zaman kita ini, mungkin sukar nak jaga ikhtilat. Namun eloklah beringat dan terus beringat. Bila mula mengukir senyum dan bergelak tawa, ada saja hati terusik dan teruja.
.
Bergurau di media sosial juga ada batasnya. Bukan boleh hentam taram saja, mentang-mentanglah kita tidak pernah berjumpa.
.
Tak salah pun jika si kawan baik lain jantina ini jadi suka, dan niat baik pula nak jadikansah sentuh selamanya. Ikutlah cara yang sudah di ajar dalam agama beralaskan adat yang dibawa ayah bonda. Jika tertulis jodoh, tak mungkin ke lain perginya.
.
Tapi, jika sudah tidak ada urusan, eloklah jarakkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Jagalah batas perhubungan.
.
Kawan baik CA sekarang juga berlainan jantina, hari-hari buka mata, terllihat wajahnya, alahai orang sebelah kanan kita lahh, 😉
.
Suamiku, BFF ku.
BFF yang best sebab sentiasa tegur setiap kesilapan yang CA buat.
.
.
.
#CikAyuisTyping
Ekzema anak lepas pantang.
Pagi tadi, CA ke Klinik Desa untuk ambil Oralcon. Nampaklah seorang ibu ni bawa anak kecil yang merah pipinya. Terus teringakan Anas.
Memang macam Anas sewaktu Eczemanya sedang radang. CA terus rasa simpati.
| Anas di usia 6 bulan |
"Ha, ni akak ni dah sampai. Kau tanya akak ni. Anak dia dulu lagi teruk daripada ni tau. Aku siap bawa baju biru datang rumah dia tau," kata JM kepada si ibu. CA cuma ketawa pada mulanya.
Kemudian CA pun bertanya usia si kecil dan bila bermulanya.
Katanya sebelum habis pantang dah mula.
Bila mula ada soal jawab, CA pun kongsikanlah secara ringkas.Tips yang CA boleh bagi, CA bagi saja secara percuma.
Sebelum ini, CA memang dapat latihan sebagai Coach untuk bantu ibu-ibu rawat anak eczema sehingga pulih. CA berhenti sebab CA tak cukup kuat dengan ujian dari ibu-ibu ni.
Mereka ni bukan tidak faham, tapi mereka kurang sabar untuk menghadap tangisan anak eczema. Kurang sabar bila melihat kulit anak rosak dan kadang sampai berair. CA faham sangat perasaan itu.
CA tak tidur malam berbulan-bulan. Muka CA dah macam orang sakit. Mata cengkung. Badan letih. Makan itu tak boleh, makan ini tak boleh.Cuba guna krim yang pernah digunakan kepada kakak-kakaknya dulu yang pernah juga eczema, tapi makin teruk pula jadinya.
BUNTU. Nak makan apa pun takut.
Ada keadaan Anas yang lebih teruk daripada gambar di atas. Sampai tahap berdarah-darah. Dibalut dan diikat supaya dia tak menggaru setiap malam. Masak pun berebut. Nak tidur pun ambil masa sangat lama. Bukan setakat letih tubuh badan, mental juga terganggu.
Sampailah CA jumpa dengan link group Dr. Hafiz Sulaiman. Alhamdulillah. Allah juga yang melorongkannya dan memberi izin kesembuhan. Usaha yang CA buat adalah mengikuti protokol pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Hafiz.
Tidak menggunakan ubat sapuan steroid. Anas sekarang sudah berusia hampir lima tahun. Dia sudah bebas makan seperti orang lain. Tiada lagi timbul ruam gatal seperti dulu-dulu.
Pastilah CA sebagai ibunya sangat bersyukur dan senang hati.
Kalian yang ada masalah Eczema, cubalah follow Dr Hafiz Sulaiman. Buat saja carian namanya di FB. Apa yang beliau sampaikan pun bukan sesuka hati. Semuanya berdasarkan kajian yang telah bertahun-tahun dibuat.
Kita ikhtiar supaya anak kita membesar dengan baik, tanpa gangguan eczema lagi. Insya-Allah.
BELAJAR ADALAH PROSES SEPANJANG HAYAT.
Belajar ni, bila kita rendahkan hati, keberkatan dia sangat berbeza.