5 Perkara yang boleh melemahkan sistem imun anda




Aktiviti-aktiviti yang kita lakukan dalam kehidupan seharian boleh menjejaskan sistem ketahanan badan. Sistem imun yang kurang aktif dan lemah boleh membawa kepada beberapa penyakit dan masalah kesihatan.





Fungsi utama sistem imun ialah melindungi tubuh daripada jangkitan. Meningkatkan dan Mengukuhkan sistem imun merupakan langkah penting untuk mencapai ketahanan terhadap penyakit serta mengurangkan jurang mendapat penyakit seperti selesema, kesejukan, dan kanser.

Individu perlu melibatkan diri dalam gaya hidup yang sihat, dengan mengurangkan masalah tekanan, melalui bersenam, pemakanan yang betul dan menggunakan makanan tambahan yang sesuai seperti ubat-ubatan herba bagi menguatkan sistem ketahanan badan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara untuk kita atasi masalah sistem imuniti ini.

1.TEKANAN (STRESS)

Menurut Institut kanser Kebangsaan (US), tekanan yang berpanjangan boleh menjejaskan sistem imun. John Spangler, MD, Professor Kesihatan Keluarga dan Komuniti Perubatan Wake Forest Baptist Medical Center di North Carolina, melaporkan bahawa tekanan terhadap otak boleh menyebabkan peningkatan penghasilan hormon kortisol, yang melemahkan fungsi sel T untuk melawan jangkitan. Dengan mengamalkan aktiviti melegakan tekanan ianya dapat membantu meningkatkan sistem imuniti kita.
Jadi, di musim pandemic ini, kita kena sentiasa bertenang dan jangan rasa tertekan. Chill je gais!

2. KURANG TIDUR

Ini adalah penyebab utama kepada fungsi sistem imun menjadi lemah dan ianya mengurangkan jumlah sel-sel pembunuh bagi melawan kuman.
Penyelidik Universiti Chicago yang ditemui dalam kajian bahawa mereka yang tidur hanya empat jam satu malam dalam satu minggu boleh menghasilkan selsema, dan menjejaskan pengeluaran antibodi yang berada dalam darah mereka, berbanding dengan mereka yang tidur 7 hingga 8 jam.

Tapi memang begitulah. Bila diingat semula, suami CA dulu, semasa mudanya, sering tidur beberapa jam sahaja kerana pulang lewat dan bangun awal. Bila keadaan begitu, dia akan selsema, dan suhu badan akan naik sedikit.
Waktu tidur kena betul ya gais!

3. ALKOHOL

John Spangler percaya mereka yang berlebihan dalam pengambilan alkohol boleh mengurangkan tindak balas sistem imun terhadap patogen yang menyerang. "Arak penyebab utama metabolite, acetaldehyde, mungkin merosakkan fungsi ciliary dalam paru-paru, menjadikan mereka lebih mudah terdedah kepada serangan bakteria dan virus," jelas beliau.
Ada hikmah setiap larangan Allah gais!

4.PEMAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG

Pengambilan berlebihan gula dan pemprosesan makanan (junk food) yang mengandungi racun, seperti aditif, bahan kimia dan bahan pengawet ianya boleh melemahkan sistem imun.
Mengikut satu kajian di dalam American Journal of Clinical Nutrition, 100gm gula mampu membunuh sel-sel darah putih. Jadi, sepanjang musim pandemic ni, jangan erlalu teruja nak hiburkan hati dengan makanan manis ya. Sedap memang sedap, tapi kesannya, tidak berbaloi!

5.OBESITI

Obesiti menyebabkan sistem imun menjadi lemah kerana ia boleh menjejaskan keupayaan sel darah putih untuk terus membiak, bagi menghasilkan antibodi dan mencegah dari keradangan. Ah ! Inilah yang sedang CA usahakan. Kena dapatkan berat ideal gais!

Kita sangat perlukan kekuatan imuniti, dalam melawan eczema. Bagitu juga dengan virus yang sedang menjadi pandemic sekarang ni.

Jika semua perkara di atas sukar untuk kita buat. CA sarankan kalian ambil lah vitamin C. Paling mudah dan selamat insyaaAllah, CA cadangkan ambil lah Redoxamin.

Kemampuannya dalam membantu meningkatkan imuniti badan telah dibuktikan dengan banyaknya testimonial.

Semua juga dengan izin Allah. Semoga kita dapat jaga diri dan keluarga kita di musim pandemic yang sangat menduga ini.

Semak cara berdoa




Setiap hari kita berdoa. Kita meminta dari Allah. Tetapi kadangkala kita tidak perasan, doa kita itu seperti menyuruh-nyuruh Allah.


Cubalah duduk dan renungkan semula cara kita berdoa.

Berdoa ini sebenarnya seperti kita mencurahkan isi hati kita. Sewaktu kita ada sahabat yang kita boleh ceritakan apa yang ada dalam hati kita, kita ceritakan dengan penuh perasaan dan bersungguh-sungguh. Sehingga menangis.

Sebenarnya, kita boleh buat begitu di hadapan Allah. Itulah yang sebenar-benar dan sepatutnya berlaku dalam hubungan hamba dan Tuhan-Nya, Allah.

Berdoa dengan mencurahkan segala isi hati kepada Allah yang Maha Mendengar.

Perhatikan juga cara kita berdoa. Ini antara perkara dan tatacara berdoa yang sepatutnya kita amalkan :

Tata cara berdoa kepada Allah :

1. Berdoalah dengan ketulusan hati, dengan Ikhlas. Usah berselindung, usah takut dan malu untuk merendahkan hati kepada Allah. Luahkan segalanya. Allah sebaik-baik tempat mengadu.

2. Berdoalah dengan rasa Takut akan azab Allah. Rasakan dalam hati betapa kita tidak mahu mendapat azab Allah. Betapa kita tak mampu menanggung azab Allah.

3. Berdoalah dengan rasa tamak akan rahmat Allah. Sentiasa perbanyakkan meminta rahmat dari Allah kerana Allah sajalah Maha Pemberi Rahmat.

4. Usahlah berdoa hanya di waktu susah. Berdoalah juga di waktu senangmu. Seperti Nabi Sulaiman yang berdoa agar dijauhkan sifat sombong kerana telah mendapat kurniaan Allah yang tidak ada pada manusia lain.

5. Sertakan dan mulakanlah dengan Pujian kepada Allah. Sebutkan nama-nama Allah bersesuaian dengan doamu. Pujilah sifat Allah yangMaha Agung.

6. Usah ada rasa tidak sabar dan tergesa-tergesa untuk doa dimakbulkan. Berdoa minta jadi pandai, perlu ada proses belajar. Berdoa minta sihat, perlu ada proses berubat dan merawat. Jika tidak, ia seakan kita menyuruh dan mengarah Allah.

5. Pastikan kehidupan kita itu sentiasa jauh dari makanan dan minuman yang haram.

6. Janganlah berdoa untuk meminta perkara yang haram atau tidak disukai Allah.

Semoga kita sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang tahu kedudukan kita sebagai hamba-Nya.

TIGA ORANG PERTAMA MASUK NERAKA




Telah menceritakan kepada kami [Hajjaj] dari [Ibnu Juraij] berkata; telah menceritakan kepadaku [Yunus bin Yusuf] dari [Sulaiman bin Yasar] berkata;

"Orang-orang berkumpul pada [Abu Hurairah], maka Natil Asy-Syami berkata kepadanya;
"Wahai syaikh, ceritakanlah kepada kami sebuah hadits yang kamu dengar dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
" Abu Hurairah berkata; "Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam Bersabda:
"Sesungguhnya manusia yang pertama kali dihukum pada hari kiamat ada tiga; seorang laki-laki yang gugur di medan peperangan lalu ia dihadapkan kepada Allah dan ditunjukkan kepadanya nikmatnya hingga ia mengetahuinya, lalu Allah 'azza wajalla bertanya kepadanya:
'Apa yang kamu perbuat di dalamnya? '
Ia berkata; 'Aku berperang karena-Mu hingga aku terbunuh, '
Allah berfirman: '
Kamu telah berdusta, akan tetapi kamu berperang agar supaya dikatakan; 'Dia adalah seorang pemberani, ' dan sungguh hal itu telah dikatakan, ' maka Allah memerintahkan agar dia di telungkupkan wajahnya hingga ia dilempar ke dalam neraka.
Dan seorang laki-laki yang belajar ilmu dan mengajarkannya serta membaca Al Quran, lalu dihadapkan kepada Allah 'azza wajalla untuk dilihatkan kepadanya nikmatnya hingga ia mengetahuinya, lalu Allah 'azza wajalla bertanya kapadanya:
'Apa yang kamu perbuat di dalamnya? '
laki-laki itu berkata; 'Aku belajar ilmu dan mengajarkannya karena-Mu dan aku juga membaca Al Quran karena-Mu, '
Allah berfirman:
'Kamu telah berdusta, akan tetapi kamu belajar ilmu agar kamu dikatakan; 'Dia adalah seorang yang alim, ' dan hal itu telah dikatakan, dan kamu membaca Al Quran agar dikatakan; 'Dia adalah seorang qori' dan hal itu telah dikatakan.' kemudian Allah memerintahkan agar ia ditelungkupkan wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Dan seorang laki-laki lagi yang diberi oleh Allah kelapangan rezeki lalu ia memberikan dari seluruh bagian hartanya (menginfakkannya), lalu ia dihadapkan kepada Allah 'azza wajalla dan dilihatkan kepadanya kenikmatannya hingga ia mengetahuinya, Allah 'azza wajalla bertanya kepadanya:
'Apa yang kamu perbuat di dalamnya? '
ia berkata; 'Aku tidak pernah meninggalkan peluang yang Engkau suka untuk dikeluarkan infaq di dalamnya kecuali aku pasti berinfaq di dalamnya karena-Mu,
' Allah berfirman:
'Kamu telah berdusta, akan tetapi kamu melakukan itu agar dikatakan; 'Dia adalah seorang yang dermawan, ' dan yang demikkian itu telah dikatakan.' lalu Allah memerintahkan agar ditelungkupkan wajahnya hingga ia dilemparkan ke dalam neraka."
-HR. Ahmad 7928

Stress dengan rutin?



Bila dah terlalu lama terperap, rutin yang sama berbulan, bertahun, mungkin ada satu masa tu kita rasa bosan.

Bosan ni sebab kita penat sebenarnya.
Bosan juga datang bila kita terlalu mahukan kesempurnaan.
Tiap-tiap hari nak semua siap. Nak semua ada. Nak semua kemas dan lengkap.
Sahabat ku sayang, kita manusia je. Kita memang tak sempurna pun.
Jika ada masa kita mula rasa bosan atau penat, kita ubah rutin.
Contoh, biasa bangun pukul 5.30 buat sarapan, pukul 6.30 semua mesti dah siap. Kita ubah, bangun pukul 5.00, tahajud beberapa rakaat. Mengaji, tenangkan hati. Ada masa lagi, baca tafsir satu atau dua muka surat.
Berbicara dengan Allah. Mengadu kita penat. Bagilah ketenangan hari ni. Kejut anak-anak, ajak solat subuh, mengaji.
Buat sarapan sama-sama. Bergurau di pagi hari.
Bukan semua tanggungjawab mesti disempurnakan oleh kita seorang. Wujudkan kebersamaan.
Fleksibel kan jadual. Tak payah ketat sangat. Kita bukan di military school.
Kita di rumah kita sendiri.
Berterima kasih pada Allah kerana diberi peluang buat banyak pahala dan kebaikan. Ia bermakna kita ada banyak kasih sayang dari Allah.
Impikan rumah kita di syurga. insya-Allah.
Selamat pagi, selamat menjalani satu hari lagi dalam kehidupan dengan penuh rasa syukur dan kemaafan.
Hidup ini singkat, jangan diberat-beratkan gais ❤️