Mudah ke berniaga online ?

 Berniaga online tak semudah berniaga goreng pisang.

Eh, siapa kata berniaga pisang goreng tu mudah?
Hari pertama kau pacak payung, mungkin ramai serbu. Tetapi, jika adunan tepung kau tak kena dengan selera orang, pisang kau terlalu lembik, atau terlalu keras. Lepas tu, setiap hari tiada pembaharuan, mungkin pelanggan kau akan makin berkurang.
Nak jual pisang goreng pun kena ada persediaan yang lama. Kena cari resepi tepung goreng pisang yang paling best. Kena try and error juga. Cari pembekal pisang yang baik. Pembekal yang boleh kekalkan bekalan stok mengikut hari kita berniaga.
Pusingan minyak gorengan, boleh pakai berapa kali. Produk sampingan, yang mana nak tambah. Keropok lekor ke, sukun goreng ke, cempedak goreng ke. Semua tu perlu ada penelitian yang memerlukan kesabaran. Ia tidak dapat dalam masa singkat.
Ada orang mahukan CA dan suami berikan untung dan balik modal untuk produk pertama syarikatnya dalam tempoh dua bulan. Maaf kasar sikit, tapi itulah soalannya, kau gila ke?
Tapi kenapa ada orang tu baru keluar produk sebulan dua dah meletop?
Jawapannya mudah, dia dah buat PERSONAL BRANDING dan NETWORK.
Sama ada dia dah pun ada produk sebelum itu atau itu adalah produk pertama dia, dia dah ada dua perkara di atas untuk dapat sambutan yang meletop itu.
Jika kita:
1. Baru tukar bidang lain kepada bisnes - contoh dari architecture kepada bisnes kosmetik
2. Tak pernah ada network (samada dalam bisnes atau berkawan)
3. Belum pernah bangunkan personal branding
4. Tiada modal yang besar untuk bayar artis dan pakar marketing
5. Tak pernah ada ilmu sales & marketing
6. Tak berani nak bagi sejumlah besar free tester untuk dapatkan feedback dan testimoni
7. Tak ada mentor
Kita perlu ada modal SABAR.
Jika kita tahu produk yang kita mahu jual itu adalah produk yang bagus, berkualiti, boleh membantu ramai orang mendapatkan kehidupan yang lebih baik, apa salahnya kita bersabar?
Bukanlah mustahil untuk dapatkan pulangan penuh dalam tempoh dua bulan andai Allah izinkan. Tak mustahil pun.
Tetapi, dari pengalaman CA, dari melihat perjalanan bisnes kawan-kawan, baik founder produk kesihatan, kosmetik, taukey travel and tours, taukey bas, taukey kedai makan, taukey pakaian, mereka telah melalui berbulan malah bertahun pengalaman lain sebelum bertemu dengan produk yang boleh bagi mereka "BOOM".
Ini kebenaran yang tiada siapa boleh tutup.
Pergilah bertanya kepada mereka yang sedang berjalan di atas pelangi. Adakah pelangi itu mereka pijak dari awal penglibatan?
Biasanya tentu mereka juga akan ceritakan ranjau duri yang mereka perlu tempuhi sebelum mampu berjalan di atas pelangi.
Jadi, aku cuma nak pesan satu saja kepada semua sahabat yang baru mengorak langkah nak bisnes, atau pun sedang alami jatuh bangun, atau sedang berkira-kira untuk menukar bidang atau apa sekalipun.
SABAR, ISTIQAMAH dan TERUS BELAJAR.
Pegang lah TIGA perkara ini. Jika tidak, jauh lagi perjalanan mu untuk menjejak pelangi.
Ku Jejak
Jalan Yang Berliku
Membara Jiwaku
Memburu Impian
Ku Renang Lautan Gelora
Biarpun Tersadai
Di Hujung Dunia
Akan Ku Rempuhi Segala Rintangan
Biarpun Rebah Ku Bangun Sendiri
Akan Ku Genggam Biarpun Hitam
Menjadi Milikku
Ku Mula
Dengan Langkah Ini
Menuju Sinaran Yang Abadi

0 Respon anda:

Catat Ulasan