HENTIKANLAH COPYPASTE HASIL ORANG LAIN.

 




"Kau bolehlah, kau kan penulis. Semua status kau best-best. Aku ni tak pandai nak buat status macam kau."

HENTIKANLAH COPYPASTE HASIL ORANG LAIN.
Walau apa alasan sekalipun.
.
Tak mudah nak buat content. Lebih lagi nak buat content yang mampu beri manfaat.
.
Konten yang hanya mengandungi satu ayat dan mungkin nampak "Simple", itu pun kita ada lalui proses berfikir dan mengedit. Bukannya taip 5 saat lepas tu post. Tak semudah itu.
.
Kadang tu anak-anak pun tak berani dekat bila tengok mama sedang menaip.
.
Ye, siap bagi amaran lagi, "Kalau mama tengah menaip ni, tak maulah bising sangat dan kacau mama. Nanti terbang semua yang ada dalam kepala, korang pun terbang sekali."
.
Ha begitulah!
.
Kalau yang melibatkan hadis, lagilah lama nak siap. Semak dulu hadis sahih ke tak. Buka tafsir al-Quran, buka kitab bukhari, buka google, tanya orang yang lebih arif. Bila dah yakin baru lah masukkan dalam content.
Sampai pening kepala, sampai rasa tegang segala urat saraf.
.
Dengan terkejar-kejar siapkan sarapan, sambil menaip, sebab idea tengah mencurah! Dengan kelam kabut nak hantar anak sekolah tu kadang, dalam kereta tunggu anak pun edit lagi, menaip lagi.
Itu pun belum post lagi, peram dulu, baca ulang kali, edit lagi. Dah masukkan kat FB pun still edit lagi sebelum tekan post.
.
Kadang tu dah post pon still tekan edit post, nak betulkan kekemasan, salah ejaan atau apa saja yang nampak tak best.
Itulah pengorbanan untuk satu post yang nak di update di FB.
.
Tapi semua rasa penat tu macam tak berbaloi bila ada yang salin tampal atau kata mat saleh Copy and Paste dan Postingnya jadi seolah dia yang tulis. Tanpa kredit kepada penulis.
.
Betul ya, ilham tu Allah yang bagi.
Tapi Allah bagi pada siapa ? Pada penulis tu kan, sebab penulis tu yang minta.
.
Macam CA, tiap pagi CA akan berdoa minta Allah kurniakan ilham yang baik, supaya dapat sebar manfaat, sebar kebaikan.
Banyak membaca untuk dapat idea. Banyak berinteraksi untuk cari isu. Sebolehnya tak mahu kopipes. CA suka 'originality'.
.
Kadang tu, bila tak ada idea, guna juga post lama, tapi tetap buat suntingan dan tambah baik.
.
.
Boleh nak copy paste apa yang CA tulis, atau rakan-rakan yang lain, malah influencer dan ustaz ustazah sekalipun.
Namun berilah penghargaan.
.
Paling malas pun, akhir ayat tu tulislah;
Kredit to : Ayu Rashidah (penulis asal)
.
Contohnya gitulah.
.
.
Jadi pembaca tahu ia penulisan siapa. Jika benda baik, kita tetap dapat ganjaran. Sedangkan semua buku yang CA baca kecuali novel, akan disertakan no. kecil untuk kita semak RUJUKAN.
.
Jadi orang tahu ia sumber yang sahih atau orang tahu ia petikan dari kata-kata siapa.
.
Sedangkan bila kita sebutkan ayat al-Quran, kita kena tuliskan ayat ke berapa dan surah apa. Bila sebut hadis, kena tunjukkan Riwayat dari siapa, buku hadis yang mana, kalau boleh siap dengan no hadisnya.
.
Tak salah copy paste. Yang salah tu buat seperti penulisan tu kita yang bersusah payah taip. Kita yang bersusah payah mentelaah.
.
Last but not least, kalau orang tu tulis benda betul, kita copypaste, mungkin boleh sambung pahala.
.
Tapi kalau orang tu tulis benda yang salah, dan kita tak tahu, kita pun copypaste juga, kita tak boleh elak dari jariah dosa. Allahuakbar.
.
Semoga ramai yang sedar amalan copypaste ini tak bawa faedah. Sebagai seorang yang sedang meletakkan diri sebagai penulis, isu ini terlalu sensitif.
.
Ada seorang editor ni (bekas editor sekarang), CA tak nak mention nama dia. Dia pernah kata, bila dia jumpa orang copypaste post dia sekarang, dia takkan tunggu, terus block dan report.
.
CA belum sampai tahap tu lagi. Harap dimengerti.
.
Hentikan Copypaste, mahupun plagiat.
Be original.
.
posting ini CA siar pada 5 November 2020.
Dan siar lagi pada 21 Mac 2022.
CA ulangsiar hari ini sebab ada status CA yang di copypaste, ada juga yang diplagiat tanpa kredit. Kemudian ada juga pengguna FB lain yang alami isu yang sama.
Ye, isu copypaste adalah isu yang berulang. Sebab itu, teguran ini juga akan berulang. Insya-Allah.
.
.
Done bebel malam ni.
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul, okey?

0 Respon anda:

Catat Ulasan