Kalian tahu tentang Sutrah semasa solat?



Tolong ambil perhatian, solat tanpa meletakkan sutrah selalu terjadi di tempat solat wanita.
.
.
.
Semalam, dalam perjalanan pulang, kami berhenti solat di R&R. Kami pilih solat di surau stesen minyak sebab biasanya tak ramai sangat dan tak jauh nak berjalan.
.
Semasa kami sampai, memang hanya kami empat beranak yang baru nak solat. Ada dua tiga orang lain yang dah siap tengah nak pakai tudung.
.
CA dan anak terus dekat menghadap dinding supaya dinding menjadi sutrah. Namun ada jarak dengan dinding sebelah kiri. Lupa nak bawa sejadah, di surau juga tidak ada sejadah, jadi tudung kami gunakan sebagai alas tempat sujud. Semalamnya pun begitu.
.
Selesai CA solat, ada seorang akak ni baru mulakan solat betul belakang CA dan tidak menggunakan sejadah atau apa saja dihadapannya. Kosong sahaja. Sebelah kirinyanya berderet beg-beg dia dan anaknya merapat ke dinding. Anak perempuan kecilnya siap duduk mewarna di situ.
.
Serba salah nak keluar. Tak boleh nak lalu. Akhirnya CA terpandang handbagnya yang bentuknya menegak.
.
"Dik, ini beg ibu ke?" soal CA perlahan pada anak yang asyik mewarna. Dua kali CA tanya untuk sahkan. Dua kali juga dia mengangguk.
.
CA capai perlahan dan letakkan di hadapan tempat sujudnya. Kemudian barulah CA dapat keluar.
.
Niat CA jadikan handbagnya sebagai sutrah - pembatas bagi solatnya.
.
Sepatutnya dia sendiri kena letakkan sutrah itu, bukan orang lain. Tapi, dia mungkin tidak tahu berkenaan sutrah.
.
Perkara macam ni selalu CA jumpa bila bermusafir atau solat di surau di tempat awam seperti ini.
.
Jadi, CA beranggapan, ramai lagi yang tidak tahu, berjalan di hadapan orang yang sedang solat tanpa sutrah atau penghadang/pembatas adalah HARAM.
.
.
Ya, Haram. Sebagaimana dinyatakan dari sabda Rasulullah ﷺ dalam tiga hadis sahih berikut:
.
.
Hadis 1:
.
Abu An-Nadir mantan budak 'Umar bin 'Abaidullah dari Busr bin Sa'id bahwa Zaid bin Khalid mengutusnya kepada Abu Juhaim untuk menanyakan apa yang didengarnya dari Rasulullah ﷺ tentang orang yang berlalu di depan orang yang sedang solat.
.
Abu Juhaim lalu berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Sekiranya orang yang berlalu di depan orang yang mengerjakan solat mengetahui apa akibat yang akan ia tanggung, niscaya ia berdiri selama empat puluh lebih baik baginya daripada dia berlalu di depan orang yang sedang solat."
.
Abu An-Nadir berkata, "Aku tidak tahu yang dimaksud dengan jumlah 'empat puluh itu', apakah empat puluh hari, atau bulan, atau tahun."
.
(Hadis Riwayat Sahih: Bukhari 480, Fathul Bari 510)
.
.
Hadis Ke-2:
.
Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya dia berkata,
.
"Saya membaca di hadapan Malik dari Zaid bin Aslam dari Abdurrahman bin Abi Sa'id dari Abu Sa'id al-Khudri bahwa Rasulullah ﷺ bersabda,
.
"Apabila salah seorang dari kalian solat, maka janganlah dia membiarkan seseorang lalu di hadapannya, dan hendaklah dia (yang sedang solat) menghalanginya (orang yang hendak lalu) itu semampunya. Jika orang itu tetap mahu melintas lagi maka bunuhlah ia (perangilah) dia kerana sesungguhnya dia adalah Syaitan."
.
(Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)
Dari Musa bin Thahah dari Ayahnya, Thahah bin Ubaidillah dia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda,
"Apabila kamu memasang sutrah (pembatas) di depanmu seperti kayu di belakang binatang kendaraan, maka tidak akan memudharatkanmu orang yang lalu di depanmu".
(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud, 587)
.
.
.
Sebenarnya, masih banyak lagi hadis-hadis sahih berkenaan sutrah ni.
.
Ada pendapat menyatakan wajib dan ada yang mengatakan sunat. Pendapat sunat itu jatuh bila yakin tidak akan ada yang berlalu melintasi kita semasa solat.
.
Pendapat yang mengatakan wajib pula bila kita tidak yakin dan kita tahu kita solat di tempat yang orang berkemungkinan akan lalu.
.
Sebenarnya, panjang jika mahu dikongsikan sampai habis hal ini.
.
Sebelum CA tahu tentang sutrah, CA sendiri dah ada rasa tidak sedap hati untuk melintas orang yang sedang solat, atau membiarkan orang melintas CA bila sedang solat.
.
Mak ayah dulu juga tidak tahu tentang sutrah ini, tetapi selalu ingatkan jangan lalu depan orang solat.
.
Kita sepatutnya tahu, orang yang sedang solat itu sedang menghadap Allah. Kita yang solat juga kena ingat, kita nak solat ni, nak hadap Allah. Jadi, jangan lalu atau biar orang ada peluang untuk lalu depan kita yang sedang solat.
.
Ia boleh mengganggu khusyuk dan kita pun jadi orang yang tidak peduli. Tak kan nak begitu pula, kan?
.
CA sebolehnya cuba dapatkan tempat solat yang orang tidak akan berlalu atau melintas depan CA.
.
Tapi, sejak CA baca hadis pertama yang CA kongsikan di atas beberapa tahun lalu, memang rasa keras kaki nak melangkah depan orang solat TANPA SUTRAH.
.
Dalam post ini, CA kongsikan secara ringkas sahaja. Jadi, CA sertakan link-link untuk kalian jadikan rujukan agar lebih faham.
.
.
.
CA harap perkara ini dapatlah sampai kepada sesiapa yang belum tahu agar tahu dan cuba fahami dengan lebih dalam lagi. Lebih lagi kepada mereka yang selalu solat di surau-surau atau tempat awam.
.
.
CA kongsikan infografik yang menggunakan sumber dari laman Mufti Wilayah Persekutuan.
.
.
.
.
Tak sempat pula nak beritahu akak tu tentang sutrah. Moga, dengan tindakan CA tu, akak tu terfikir kenapa dan mengapa, insya-Allah dengan izin Allah.

HENTIKANLAH COPYPASTE HASIL ORANG LAIN.

 




"Kau bolehlah, kau kan penulis. Semua status kau best-best. Aku ni tak pandai nak buat status macam kau."

HENTIKANLAH COPYPASTE HASIL ORANG LAIN.
Walau apa alasan sekalipun.
.
Tak mudah nak buat content. Lebih lagi nak buat content yang mampu beri manfaat.
.
Konten yang hanya mengandungi satu ayat dan mungkin nampak "Simple", itu pun kita ada lalui proses berfikir dan mengedit. Bukannya taip 5 saat lepas tu post. Tak semudah itu.
.
Kadang tu anak-anak pun tak berani dekat bila tengok mama sedang menaip.
.
Ye, siap bagi amaran lagi, "Kalau mama tengah menaip ni, tak maulah bising sangat dan kacau mama. Nanti terbang semua yang ada dalam kepala, korang pun terbang sekali."
.
Ha begitulah!
.
Kalau yang melibatkan hadis, lagilah lama nak siap. Semak dulu hadis sahih ke tak. Buka tafsir al-Quran, buka kitab bukhari, buka google, tanya orang yang lebih arif. Bila dah yakin baru lah masukkan dalam content.
Sampai pening kepala, sampai rasa tegang segala urat saraf.
.
Dengan terkejar-kejar siapkan sarapan, sambil menaip, sebab idea tengah mencurah! Dengan kelam kabut nak hantar anak sekolah tu kadang, dalam kereta tunggu anak pun edit lagi, menaip lagi.
Itu pun belum post lagi, peram dulu, baca ulang kali, edit lagi. Dah masukkan kat FB pun still edit lagi sebelum tekan post.
.
Kadang tu dah post pon still tekan edit post, nak betulkan kekemasan, salah ejaan atau apa saja yang nampak tak best.
Itulah pengorbanan untuk satu post yang nak di update di FB.
.
Tapi semua rasa penat tu macam tak berbaloi bila ada yang salin tampal atau kata mat saleh Copy and Paste dan Postingnya jadi seolah dia yang tulis. Tanpa kredit kepada penulis.
.
Betul ya, ilham tu Allah yang bagi.
Tapi Allah bagi pada siapa ? Pada penulis tu kan, sebab penulis tu yang minta.
.
Macam CA, tiap pagi CA akan berdoa minta Allah kurniakan ilham yang baik, supaya dapat sebar manfaat, sebar kebaikan.
Banyak membaca untuk dapat idea. Banyak berinteraksi untuk cari isu. Sebolehnya tak mahu kopipes. CA suka 'originality'.
.
Kadang tu, bila tak ada idea, guna juga post lama, tapi tetap buat suntingan dan tambah baik.
.
.
Boleh nak copy paste apa yang CA tulis, atau rakan-rakan yang lain, malah influencer dan ustaz ustazah sekalipun.
Namun berilah penghargaan.
.
Paling malas pun, akhir ayat tu tulislah;
Kredit to : Ayu Rashidah (penulis asal)
.
Contohnya gitulah.
.
.
Jadi pembaca tahu ia penulisan siapa. Jika benda baik, kita tetap dapat ganjaran. Sedangkan semua buku yang CA baca kecuali novel, akan disertakan no. kecil untuk kita semak RUJUKAN.
.
Jadi orang tahu ia sumber yang sahih atau orang tahu ia petikan dari kata-kata siapa.
.
Sedangkan bila kita sebutkan ayat al-Quran, kita kena tuliskan ayat ke berapa dan surah apa. Bila sebut hadis, kena tunjukkan Riwayat dari siapa, buku hadis yang mana, kalau boleh siap dengan no hadisnya.
.
Tak salah copy paste. Yang salah tu buat seperti penulisan tu kita yang bersusah payah taip. Kita yang bersusah payah mentelaah.
.
Last but not least, kalau orang tu tulis benda betul, kita copypaste, mungkin boleh sambung pahala.
.
Tapi kalau orang tu tulis benda yang salah, dan kita tak tahu, kita pun copypaste juga, kita tak boleh elak dari jariah dosa. Allahuakbar.
.
Semoga ramai yang sedar amalan copypaste ini tak bawa faedah. Sebagai seorang yang sedang meletakkan diri sebagai penulis, isu ini terlalu sensitif.
.
Ada seorang editor ni (bekas editor sekarang), CA tak nak mention nama dia. Dia pernah kata, bila dia jumpa orang copypaste post dia sekarang, dia takkan tunggu, terus block dan report.
.
CA belum sampai tahap tu lagi. Harap dimengerti.
.
Hentikan Copypaste, mahupun plagiat.
Be original.
.
posting ini CA siar pada 5 November 2020.
Dan siar lagi pada 21 Mac 2022.
CA ulangsiar hari ini sebab ada status CA yang di copypaste, ada juga yang diplagiat tanpa kredit. Kemudian ada juga pengguna FB lain yang alami isu yang sama.
Ye, isu copypaste adalah isu yang berulang. Sebab itu, teguran ini juga akan berulang. Insya-Allah.
.
.
Done bebel malam ni.
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul, okey?

BEKALAN SEBELUM MULAKAN BISNES

 



 


Ada seorang sahabat lama, tanya pendapat, beliau nak berhenti kerja dan nak mulakan bisnes. Dia tanya, apa bekal asas yang dia perlu ada.

CA ni bukanlah ikon ke, atau figura
hebat
yang dah ada bermacam rekod pencapaian. Dia minta pendapat CA katanya, kerana CA dan suami dah lama tak kerja dengan orang dan suka bisnes. Paling utama, CA jenis cakap tegak, dan tak ada selindung, katanyalah.
Jadi beginilah CA jawab;
Nak capai sesuatu, bukan setakat kena berani dan rajin. Tapi kena kuatkan mental dan rohani, paling penting kena ada ilmu.
Bukan sekadar ilmu kaedah melakukan pekerjaan, tetapi ilmu mengatasi pelbagai dugaan dan cabaran.
Ilmu yang ada dalam Sunnah dan Al-Quran.
Allah dah tunjukkan bagaimana untuk kita hadapi segala ujian. Allah dah ceritakan melalui kisah-kisah Nabi dan umat terdahulu.
Contoh, kita nak berniaga, biasanya kita belajar cara buat jualan, cara buat pemasaran.
Selalunya, kegagalan datang bukan kerana tidak ada ilmu menjual dan memasarkan, tetapi ilmu untuk menghadapi dugaan-dugaan dalam perniagaan.
Bukan sekadar cara nak kira untung rugi, cara nak pusing modal, cara nak dapatkan tender, cara buat proposal menarik, bukan itu saja.
Ilmu untuk kita menangani emosi dan kekacauan semangat bila jualan tak capai target, bila salah pelan pemasaran, bila tak balik modal, bila proposal ditolak, ini semua adalah sangat penting dari yang lain.
Agar, bila kita terpaksa hadapi semua ini, kita tidak jatuh kemudian terus pengsan, hilang semangat dan mengalah dengan hidup.
Kita perlu belajar bagaimana menerima kekalahan. Bila kita terima kekalahan dengan tenang dan sabar, itulah kemenangan sebenar.
Dari sirah yang tercatat dalam al-Quran, Nabi-Nabi, lelaki soleh dan wanita solehah semua diuji dengan pelbagai ujian berat, namun dapat menghadapinya dengan penuh ketenangan dan akhirnya mencapai kemenangan abadi.
Jika kita fahami ilmu ini, iaitu ilmu menghadapi ujian, jangan kata dalam bisnes, dalam hal apa sekalipun dalam hidup kita, kita terima dengan tenang.
Ujian itu Sunatullah.
Ujian itu fitrah kepada hamba.
Ujian itu penentu kejayaan di dunia akhirat.
Ujian itu untuk mengukur setakat mana kita memahami konsep takdir.
Tiada satu pun manusia yang tidak diuji.
Ujian bukan setakat miskin dan gagal.
Kaya dan berjaya juga ujian yang kita selalunya tak sedar.
Paling kita kena kuat pegang sebagai orang bisnes, konsep ini;
'Apa yang kita dapat, dan kita berjaya capai termasuk dalam takdir kita. Tidak ada satupun usaha kita meninggalkan kesan. Usaha itu sekadar memenuhi fitrah kehambaan yang tiada kuasa mendatangkan sesuatu.'
Pegang ini, insya-Allah, kita berjaya dunia akhirat.
.
.
.

KITA TIDAK MAMPU UBAH TAKDIR.



Dari Imran bin Hushain ia berkata, "Rasulullah ﷺ pernah ditanya,
"Wahai Rasulullah, apakah antara calon penduduk surga dengan penduduk neraka telah diketahui?"
beliau menjawab, "Ya."
orang itu bertanya lagi, "Lalu untuk apa orang-orang beramal?"
beliau menjawab, "Setiap orang akan dimudahkan menuju garis yang telah ditentukan.".
(Hadis Riwayat Abu Daud, 4086,Sahih)
.
.
Hadis ini selari dengan ayat 11, Surah Ar-Ra'd, firman Allah yang bermaksud;
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
.
.
.
Ayat ini, banyak disalah erti.
.
.
.
Ramai yang faham, kalau kita usaha, kita boleh ubah takdir. Salah.
.
Apa saja kejayaan yang kita dapat, telah tertulis. Apa saja ujian kepayahan yang kita lalui juga telah tertulis.
.
.
Bukan soal salah siapa. Soalnya, bagaimana kita menerima takdir Allah untuk kita.
.
.
Setiap kita sudah tertulis takdir kita.
Allah telah tuliskan yang baik untuk kita.
Allah tidak akan mengubah menjadi buruk kecuali kita yang menjadikan ia buruk.
.
.
Fakta tambahan(tertinggal tadi) :
Untuk ayat ini,
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
.
Tafsir sebenar:
.
.
Manusia ini telah dijadikan baik. Fitrah ya manusia baik. Tapi, manusia yang suka buat maksiat, buat dosa, merosakkan kehidupan, dan lain-lain dosa, membuatkan Allah menurunkan bala.
.
.
Ayat ini, bukan di tafsir untuk individu, tetapi untuk satu kaum. Ini yang di tafsirkan oleh ulama Tafsir seperti Ibnu Katsir.
.
.
Sebab itu, tafsir Al-Qur'an ini tidak boleh tafsir ikut Kefahaman kita.
.
.
Bagi kita pula, fitrahnya kita ini baik. Kita patut terima ujian kita dengan reda.
.
.
Tapi, bila kita terima dengan rungutan dan salah menyalahkan, kita telah membawa diri kita menempuh jalan susah di akhirat.
.
.
Seperti hadis di atas, kita dah ditetapkan ke syurga atau neraka.
.
.
Sekiranya kita telah ditetapkan ke syurga, kita tentu ada ujian. Tapi bila kita terima ujian dengan banyak merungut, tidak sabar atau marah-marah, mungkin jadi lambat untuk masuk ke syurga. Perjalanan akan sukar dan ambil masa.
.
.
Tapi kalau kita ikhlas dan berlapang dada, mungkin kita akan pantas melangkah masuk pintu syurga.
Masya-Allah! Insya-Allah. Jom kita didik hati untuk reda dan sabar.
.
.
.
CA rujuk menggunakan Tafsir Ibnu Katsir dan juga hasil mengikuti kelas Tadabur. Insya-Allah, CA tidak tadabbur ikut fikiran sendiri.
.
.
.