Ekzema anak lepas pantang.

 Pagi tadi, CA ke Klinik Desa untuk ambil Oralcon. Nampaklah seorang ibu ni bawa anak kecil yang merah pipinya. Terus teringakan Anas.

Memang macam Anas sewaktu Eczemanya sedang radang. CA terus rasa simpati. 

Anas di usia 6 bulan

"Ha, ni akak ni dah sampai. Kau tanya akak ni. Anak dia dulu lagi teruk daripada ni tau. Aku siap bawa baju biru datang rumah dia tau," kata JM kepada si ibu. CA cuma ketawa pada mulanya.

Kemudian CA pun bertanya usia si kecil dan bila bermulanya.

Katanya sebelum habis pantang dah mula.

Bila mula ada soal jawab, CA pun kongsikanlah secara ringkas.Tips yang CA boleh bagi, CA bagi saja secara percuma.

Sebelum ini, CA memang dapat latihan sebagai Coach untuk bantu ibu-ibu rawat anak eczema sehingga pulih. CA berhenti sebab CA tak cukup kuat dengan ujian dari ibu-ibu ni.

Mereka ni bukan tidak faham, tapi mereka kurang sabar untuk menghadap tangisan anak eczema. Kurang sabar bila melihat kulit anak rosak dan kadang sampai berair. CA faham sangat perasaan itu. 

CA tak tidur malam berbulan-bulan. Muka CA dah macam orang sakit. Mata cengkung. Badan letih. Makan itu tak boleh, makan ini tak boleh.Cuba guna krim yang pernah digunakan kepada kakak-kakaknya dulu yang pernah juga eczema, tapi makin teruk pula jadinya.

BUNTU. Nak makan apa pun takut.

Ada keadaan Anas yang lebih teruk daripada gambar di atas. Sampai tahap berdarah-darah. Dibalut dan diikat supaya dia tak menggaru setiap malam. Masak pun berebut. Nak tidur pun ambil masa sangat lama. Bukan setakat letih tubuh badan, mental juga terganggu.

Sampailah CA jumpa dengan link group Dr. Hafiz Sulaiman. Alhamdulillah. Allah juga yang melorongkannya dan memberi izin kesembuhan. Usaha yang CA buat adalah mengikuti protokol pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Hafiz.

Tidak menggunakan ubat sapuan steroid. Anas sekarang sudah berusia hampir lima tahun. Dia sudah bebas makan seperti orang lain. Tiada lagi timbul ruam gatal seperti dulu-dulu.

Pastilah CA sebagai ibunya sangat bersyukur dan senang hati.

Kalian yang ada masalah Eczema, cubalah follow Dr Hafiz Sulaiman. Buat saja carian namanya di FB. Apa yang beliau sampaikan pun bukan sesuka hati. Semuanya berdasarkan kajian yang telah bertahun-tahun dibuat.

Kita ikhtiar supaya anak kita membesar dengan baik, tanpa gangguan eczema lagi. Insya-Allah.