KALAU NAK JUMPA ORANG BAIK, KITA KENA JADI BAIK DULU.

 



Itulah kata-kata suami satu masa dulu. Macam senang bunyi dia kan. Tak mudah, kerana semuanya bermula dari hati. . Bila kita nekad mahu berbuat baik, adakalanya kita tergugat dengan ujian di sepanjang perjalanan. Merubah diri dari yang dulu, kepada yang baru, untuk menjadi yang lebih baik, bukan hanya yang terlihat, tetapi lebih kepada yang tidak terlihat. . Bukan sekadar merubah penampilan, tapi merubah pemikiran, cara bercakap, cara bekerja dan lain-lain. . 1. JAGA HATI. . Paling susah nak menjaga hati. Jadi, untuk dapat hati yang baik, bukanlah kemampuan kita. Mohon pada Allah agar bersihkan hati kita. . Jangan kita tinggalkan doa ini: اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك “Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU” . . 2.SANGKA BAIK (Husnuzon) . Bila kita baik sangka, kita bukan saja tidak mudah menyakiti hati orang malah hati kita sendiri. Baik sangka juga membantu memudahkan urusan kita setiap hari. . Buruk sangka pada orang lain , sama saja dengan kita buruk sangka pada Allah. Allah sangat melarang sangkaan. . Sebahagian Firman Allah dari ayat dalam surah Al-Hujuraat 49:12 . "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;...." (Sila rujuk ayat penuh) . Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Al-Israa' 17:36) . 3. PILIH TEMAN BERGAUL. . Kita kena pilih teman untuk bergaul. Tak boleh lagi main 'larung' je. Dalam sebuah hadis, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda : المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل “Seseorang itu sesuai dengan agama temannya. Hendaklah kalian melihat siapakah yang menjadi teman rapatnya.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi, disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Silsilah Ash-Shahihah, no. 927) . Disebutkan juga dalam al-Quran, firman Allah dari surah al-Furqan yang bermaksud : . 28. "Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! 29. "Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)". . Sahabat. Ada tiga perkara penting dari hadis dan ayat di atas. . 1. Kita mestilah bergaul dan berkawan dengan orang yang baik. 2. Mencari teman yang baik dengan cara melihat siapakah rakan rapatnya. 3. Kita sendiri perlulah berusaha berbuat baik dan memilih jalan kebaikan agar yang datang kepada kita juga orang dan perkara yang baik. . . . Inilah yang orang kata tentang circle. Carilah lingkungan kawan yang baik. Kawan yang selalu mengingatkan kita pada kebaikan. Kawan yang selalu mengajak kita kembali kepada Allah. . Elakkan berkata, aku ni bukan baik sangat. Aku bukan orang alim. Mana ada orang nak kawan dengan aku. Seganlah nak kawan dengan dia tu. . Semua itu hasutan. Talbis Iblis yang menakutkan. . Fitrah manusia ini suka kebaikan. Jadi, walau apapun sejarah kita, kita ada hak bergaul dengan orang baik. Apa yang penting niat kita benar-benar mahu mencari kebaikan. . Buat baik tak pernah merugikan. . . . #CikAyuisTyping . Akhirnya, bila kita berusaha jadi baik, Allah akan jumpakan kita dengan orang-orang baik. Begitulah caranya, insya-Allah. . -Lama tak guna papan hitam kan?