NAK JADI BISNES WOMAN BERJAYA




Nak jadi bisnes woman berjaya, kenalah hargai diri dulu.


Bila kita hargai diri kita, sayangi diri kita, orang sekeliling kita pun akan hargai dan sayangi kita. 


Macam mana kita nak hargai diri dan sayangi diri dalam keadaan tertekan, dalam keadaan persekitaran yang negatif?


Sebenarnya kan, kita je yang nampak persekitaran kita negatif. Walhal, bila kita perhatikan betul-betul, banyak sangat kebaikan yang boleh kita dapat.


Caranya ?


1. Kita isi masa buat perkara yang baik. Elakkan perkara lagha.


2. Rajin. Jangan ikutkan malas. Sentiasa fikir apa aktiviti yang boleh dibuat.


3. Sentiasa perbaiki ibadah. Baiki wuduk, solat, amalan sunat.


4. Sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah. Biarpun sekecil-kecil perkara.


5. Sentiasa pastikan diri dalam keadaan bersih, tidak busuk. Kemas dan rapi.


6. Biasakan dengan keadaan yang tersusun dan cantik. 


7. Biarpun anak buat sepah, kita jangan biarkan seharian tidak berkemas. Ajaklah mereka kemas bersama.


8. Usahakan solat awal waktu.


9. Usahakan ada waktu untuk membaca al-Quran dan terjemahan.


10. Usahakan untuk membaca atau belajar sekurang-kurangnya satu ilmu setiap hari.


11. Buang dendam dan belajar memaafkan diri sendiri.


Buat semua di atas untuk dapat reda Allah dan untuk diri sendiri. Bukan untuk mendapat perhatian orang atau untuk dipandang tinggi.


Hargai diri kita. Berikan perkara baik untuk diri kita. Usah jatuhkan diri kita kerana apa sebab sekalipun.


Kita berhak untuk diberi kebaikan dan merasa bahagia.


Bila kita banyak masukkan perkara baik dalam kehidupan, orang yang berada di sekeliling kita juga akan rasa tempiasnya bahagia kita.


Kita yang kena bertindak. 

Bukan masanya untuk menyalahkan orang lain. 

Bukan masanya untuk menyalahkan kehidupan yang Allah beri dengan bermacam ujian.


Semoga bahagia semua sahabat.

TOILET TRAIN untuk anak.

 



"Alamak, nak beyak pulak," kata Anas sambil tangan pegang punggungnya buat mama dan ayah geli hati.

Anas, sangat cepat dari anak-anak CA yang lain, satu hari je dah boleh faham. CA mula minggu lepas. Alhamdulillah, sekarang ni, walau dia pakai diaper sebelum tidur malam, dia tetap nak pergi tandas buang air selagi dia belum tidur Jenuh juga melayan, tapi bagus, sebab dia dah tak rasa selesa membuang guna diaper. CA biasanya memang tunggu cuti sekolah dan nak sediakan mental sendiri dulu. Anak-anak CA biasanya CA akan mula potty train bila usia 2 hingga 3 tahun. Usia itu pada CA sesuai kerana dia sudah faham apa dia cakap, apa kita cakap. Juga sudah boleh buat beberapa perkara tanpa bantuan seperti buka dan pakai seluar. Bahagian dia selalu terrrr tu, biasanya sebab khayal bermain, syok sangat sampai tak sanggup nak tinggalkan kan permainan itu hanya untuk ke tandas, hehe itulah kebiasaannya. Mak-mak yang nak start potty train ni biasanya dalam dilema. Lagin yang WFH, atau surirumah yang juga ada bisnes online. Mesti risau serabut kan jadual kan ? CA nak share Tips dari CA sendiri untuk potty train anak kecil. TIPS NYA ? 1. Ibu perlu sediakan mental yang sihat. sebab kita tak tahu bila dan bagaimana dia nak "terlepas". Bila dah yakin bersedia, boleh mula! 2. Ibu perlu rajin. Rajin bertanya, rajin memeriksa, rajin memerhati, rajin mencuci dan membersih. Kalau malas, lambatlah anak kita nak berhenti pakai diaper dan belum boleh keluarkan dari bajetlah jawabnya. 3. Ibu perlu maklumkan seluruh ahli keluarga, yang kita sedang buat LATIHAN tandas untuk si anak, supaya semua orang ada kesedaran. 4. Tanya setiap setengah jam selepas minum air. Ada orang, proses urin cepat, ada orang lambat. Jadi untuk KESELAMATAN, eloklah selalu tanya. 5. Selalu lah mengingatkan bahawa yang dia "KELUARKAN" itu adalah kotor, geli, busuk dan perlu di buang. Tunjukkan emosi, riak wajah agar anak faham. 6. Jika nak ajar untuk tidur malam, pastikan anak buang segala air sebelum tidur. Pada awal pagi pula, sebelum kita solat subuh, kejutkan dia dan suruh ke tandas. Kalau dia jenis kerap buang air, kenalah kita bangun awal sikit, dalam pukul 3 atau 4 untuk bawa dia ke tandas. Buat sehingga kita yakin dia dah tak "TERKUCIL" lagi. 7. Tidak perlu marah-marah jika dia terkucil. Itu kebiasaan. Kita kena ingat, tak semua anak boleh cepat faham. Memang ada yang jenis khayal bermain sampai sanggup tahan kencing, tahan berak semua tu. Jadi kena tahan marah juga. 8. Puji anak kita bila setiap kali dia berjaya beritahu kita mahu bkencing sebelum terkucil. Dia berjaya buang air di tandas tanpa terkucil. Puji, ucap tahniah. Beri pelukan. 9. Selalu ulang cakap, contohnya bila tiba-tiba dia datang pada kita, kita ulang cakap, "Adik, kalau nak kencing kat mana?" biar dia jawab. Kalau dia jawab kat pampers, kenalah betulkan ya. 10. Boleh mula pada musim cuti sekolah jika dah ada anak yang bersekolah. Jadi ibu tak lah kelam kabut. Nak urus itu ini. Ada abang kakak yang boleh bantu. Semoga Bermanfaat bagi ibu-ibu yang baru nak cuba ajar anak tak pakai diaper. Semoga sabar dan berjaya. Cik Ayu Mom of 7 Kids #cikayushare