SAYA TUNGGU AWAK : REVIEW

 



SAYA TUNGGU AWAK.


Tajuk macam cliche kan ? Tapi sebenarnya LANGSUNG TIDAK.

Buku ini adalah antara novel yang sangat menyentuh hati saya bukan hanya dari segi kisah cinta dan sayang.

Ia merupakan sebuah kisah mujahadah seorang isteri mempertahankan cinta yang didamba hingga ke syurga.

Seorang wanita biasa, yang tidaklah lari dari perasaan sedih, kecewa, marah, emosi namun disaat rumahtangganya goyah hanya kerana sangkaan-sangkaan yang tidak benar, dia masih tetap tidak berganjak mempertahankan cintanya kerana Allah.

Dia mengejar pintu syurganya dengan segala daya dan kesungguhan yang dia ada.

Buku ini juga tidak hanya berkisar tentang cinta dengan manusia. Malah ia lebih menceritakan tentang kedudukan hati hamba-Nya kepada Allah.

Bila kita percaya, mempertahankan yang benar di sisi Allah itu lebih utama, yang lain sudah tidak membekas di jiwa.

Penutupnya, fuh! Tak mahulah saya ceritakan. Kesimpulannya ia adalah pengakhiran cerita yang sangat sedih tetapi membahagiakan.

4 Kesilapan membina content



Kesilapan yang biasa orang baru nak membina content lakukan dalam membuat hantaran antaranya :

1. Bila ada idea dari satu topik, semua dicurahkan dalam satu posting, sedangkan pecahan-pecahan idea itu boleh buat banyak topik, maka boleh dapat banyak post juga.
2. Terus post penulisan ke Fb bila siap taip. Tak! Sebaiknya amalkanlah "peram" penulisan. Kadang, bila kita baca kali ke dua, ketiga, kita dapat edit semula menjadi content yang sangat baik.
3. Tidak semak ejaan, jadi ada risiko banyak typo. Ia buat orang tak selesa membaca. Nampak kita tak serius dalam menyampaikan.
4. Hampir semua isu semasa nak diulas. Sebenarnya tak perlu. Sebaiknya, jika isu itu ada kena mengena dengan niche kita ok lah. Kalau tak ada kena mengena tapi ada mesej, pun boleh. Tapi kalau semua hal, gosip artis, lebih lagi isu politik, eloklah, simpan tangan di poket. Tak perlu ulas.
.
.
CA pernah buat kesilapan no 1 - 3. No.4 tu pula, CA memang jenis tak suka nak ulas apa-apa isu yang CA tak ada kena-mengena.
.
.
Penulisan kita menggambarkan siapa kita. Apa yang kita cerita, bagaimana bahasa kita, cara kita bercerita, apa isi cerita kita, semua boleh buat orang nilai kita.

Urus masa bisnes di rumah

 


Sebenarnya, kalau betul-betul nak serius bekerja di rumah sendiri. Bisnes ke, freelance ke, kita kena ada masa 'pejabat' kita sendiri.

Dulu, masa pejabat aku macam ni :
Pagi dari 9 - 10.30 pagi (1 jam 30 minit)
Petang 3 - 5.30 petang ( 2 jam 30 minit)
Malam 11 - 2 pagi ( 3 jam)
Total 7 jam. Lebih kurang kerja kat pejabat juga kan ?
Tapi sejak nak jadi warga senior ni, sesi ke 3 tu dah tutup. Dah tak larat stay up lama sangat. Jadi kita tukar jadual.
9 - 10.30 pagi (1 jam 30 minit)
2.30 - 6 petang (3 jam 30 minit)
9.30 - 10.30 malam ( 1 jam)
Ada 6 jam sehari. Ok lah kan.
Waktu lain tu selit-selit lah balas komen, atau apa yang sempat.
Asalkan jaga waktu solat. Jaga urusan rumahtangga.
Mungkin bila anak-anak dah sekolah, adalah waktu keluar-masuk rumah untuk hantar dan ambil anak. Kita kena fleksibel. Tak perlu stress.
Kita bukan budak sekolah yang kena ikut jadual kelas tu.
"Alamak, dah pukul 9.30, kena start dah ni!"
"Alah, tak boleh keluar, sekarang time saya keja kat rumah!"
Eh konon. Dah kalau hal itu lebih penting, jadual tu tak ada apa pun.
Jadual yang kita ada adalah untuk panduan. Bukanlah semestinya kena ikut. Kalau tak tepat tu tak perlu stress.Tenang-tenang aje.
Nanti ku share lagi pasal urus masa. Walau tak lah sempurna, tapi, tak salah mencuba, kan ?